DANA BPIP

Post new topic   Reply to topic

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

Go down

Re: DANA BPIP

Post by josan85 on 29th December 2018, 9:43 pm


[You must be registered and logged in to see this link.]

[You must be registered and logged in to see this link.]

josan85
Warga Baru

Posts : 26
Join date : 03/06/2018

Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Bapa bodoh on 27th December 2018, 1:01 am

By josan85, kasi link. Tq

Bapa bodoh
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by josan85 on 27th December 2018, 12:40 am

Join percuma. Daftar dapat percuma 10USD. Tunggu setiap 5 jam. Boleh claim profit ini
Link pendaftaran : [You must be registered and logged in to see this link.]

josan85
Warga Baru

Posts : 26
Join date : 03/06/2018

Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Brotherhood on 26th December 2018, 7:27 pm

Yang percaya leader tuh buat apa? Takkan tak boleh pikir logik bagi duit dengan doc peribadi suruh org lain buatkan sedangkan nak buka acc DB kena sign dr pemohon sendiri. Buta2 bg duit apa cerdik sangat otak tuh? Takkan tak tau langsung prosedur buka acc? Sebelum nih buka acc macam mana? Hadoii laa. Jangan tetiba ah long depan rumah korang tuntut hutang. Rupanya si lokman tuh guna doc peribadi korang buat hutang ah long. DB nih salah satu bank yang ketat prosedur dia. Aku buka bank standard chartered pun ada jer doc yang diorang minta siap nak kan bil2 terkini sebab nak tengok alamat sama tak macam yang di isi dalam borang. Sebab ic aku tak sama dengan alamat yang aku duduk. 3 kali kena reject sampai company aku kena masuk campur baru diorang approve. Lokman nih siapa senang2 bawa doc org untuk tolong buka kan acc?

Brotherhood
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Topup on 26th December 2018, 7:09 pm

Bukan semak dgn leader pasala akaun di Dutch Bank tu. Semak terus dgn DB ada tak nama anda di daftar utk buka akaun, kalau tak ada sah dan nyata kena kencing lagi. Ada yg masih mengharapkan esok akn dapat habuan, lepas esok, esok, entah berapa lama esok depa ni. Yg nyata Dana ini adalah jelas PENIPU.

Topup
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Topapian on 26th December 2018, 3:22 pm

Terima kasih abcdefg. So kepada yg ada buat bayaran utk buka acc DB, mohon lah semak balik dgn leader yg korg bayar tu.

Topapian
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Ahlilama on 26th December 2018, 11:33 am

Test

Ahlilama
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by abcdefg on 26th December 2018, 11:33 am

Salam Topopian,

Saudara boleh membuat kesimpulan seperti itu kerana Deutsche bank mempunyai polisi sendiri mengikut undang2 yang sah. Saya boleh cuba menyampaikan kesahihan selebihnya jika saya mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai program ini untuk diberikan kepada kawan saya di Deutsche bank. Dia boleh tolong cek melalui sistem jika siapa dan syarikat yang terlibat telah disenarai hitamkan oleh bank tersebut. Jika tidak, diharap pihak2 yang terkena boleh melapor terus kepada bank negara dan polis. Saya tahu ramai yang telah melabur sehingga ratusan ribu demi mendapat apa yang dijanjikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dia juga bagitahu sebelum ini orang beramai-ramai pernah datang dari jauh ke bank tersebut untuk membuka akaun selepas mendapat maklumat daripada pihak tak bertanggungjawab dimana mereka akan mendapat pulangan wang yang begitu banyak jika membuka akaun di bank tersebut. Deutsche bank tidak pernah mengeluarkan maklumat dan mempunyai polisi yang diwarwarkan selama ini. Saya harap orang ramai tidak menyalurkan wang kepada program ini kerana ianya adalah penipuan secara terang-terangan.

Sebarang kemasukan / keluaran wang dalam jumlah besar mestilah melalui bank untuk memastikan keselamatan kedua2 pihak. Dan tiada istilah menggunakan akaun peribadi (akaun scammer/penipu) sebagai tempat simpanan sementara kerana ianya mestilah melalui akaun bank syarikat itu sendiri.  

Untuk menjadi shareholder syarikat, kedua2 pihak iaitu owner syarikat dan pelabur mesti meghadiri mesyuarat rasmi yang dikendalikan oleh syarikat itu dan syarikat itu mesti menyatakan dalam medium syarikat itu sendiri melalui website/ polisi syarikat/ audit atau apa2 yang bertulis sebagai hitam putih kepada kedua2 pihak yang terlibat. Sebab itu letterhead syarikat amat penting untuk menunjukkan kesahihan/ kebenaran urusan yang dijalankan. Ini amat penting kerana anda terus boleh cek siapa yang terlibat melalui website selepas cek letterhead syarikat tersebut.

Saya memberi nasihat di atas pengalaman saya yang menjalankan perniagaan mengikut SOP yang betul yang melibatkan pihak bank dan juga pelanggan (client) kerana ianya penting untuk audit tahunan syarikat.

abcdefg

Posts : 2
Join date : 26/12/2018

Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Topapian on 26th December 2018, 10:55 am

Wslm abcdefg,

kesimpulan lain adalah kutipan yg konon2 nak bukak acc DB tu bukan la nak bukak acc pon. Boleh jadi pengutip guna utk tujuan lain seperti joli sakan, dll..

Topapian
Guest


Back to top Go down

BPIP

Post by abcdefg on 26th December 2018, 10:20 am

Salam Warga BPIP,

Maafkan saya kerana terpaksa menyembunyikan identiti saya tapi izinkan saya menjelaskan serba sedikit tentang Deutsche bank yang diguna pakai dalam program ini. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Deutsche bank sudah tidak membenarkan sesiapa untuk membuka akaun peribadi (personal account) sejak beberapa tahun lepas kerana bank ini dibuka di Malaysia hanya untuk menjaga kepentingan syarikat-syarikat luar dan dalam negara yang membuat pelaburan di saluran yang betul. Oleh yang demikian, semua surat yang dituju kepada Deutsche bank mesti mempunyai letterhead company syarikat (nama dan alamat company) sebagai urusan rasmi.

Saya hanya menyampaikan maklumat daripada kawan saya yang bekerja di Deutsche bank dan beliau mengendalikan semua fraud case/ scam case. Kesimpulannya, tiada istilah pembukaan akaun peribadi di bank tersebut yang dihebohkan kepada orang awam selama ini.

Sekian terima kasih.

abcdefg

Posts : 2
Join date : 26/12/2018

Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Tersontot on 24th December 2018, 7:10 pm

Kono sontotlah tu..
Hahaha..

Tersontot
Guest


Back to top Go down

BPIP

Post by Topup on 24th December 2018, 2:05 pm

Kenapa la bodoh sangat orang kita dok percaya pada Dana NOIP ni. Sejak tahun 2009 lagi depa dok melabur tak dapat apa2 sampai la ni. Ada yg dah matipun. Asyik dok mibta topup je. Apa macam, dak bukanke akaun di DB. Oh....lupa esok dah Krismas, pegawai dah cuti, kena tangguh lepas Krismas baru. Oleh buka akaun...... alasan demi alasan akn depa bagi. Tengoklah nanti, lepas Krismas akn ada topup lagi, DB nak kena bayar insuran pula kpd bank baru duit selamat dlm DB.....hahahhaaa.....seronok juga baca forum ni......
Sedarlah makcik2 semua, dana ni tak ada satu sen pun, kecuali duit makcik2 yg don topun sekian kali tu.....itupun dah lebir oleh Drk Lokaman. Hahahhaaaa.........

Topup
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by CatherineFeli on 22nd December 2018, 12:51 am

[You must be registered and logged in to see this link.]


Last edited by CatherineFeli on 29th December 2018, 12:43 am; edited 1 time in total

CatherineFeli
Warga Baru

Posts : 8
Join date : 11/12/2018

Back to top Go down

SCAM: DANA ISLAM MALAYSIA / FEDERAL RESERVE CHICAGO BOND

Post by Mencari sinar on 14th December 2018, 9:53 am

Terjumpa di carian google:-

SCAM: DANA ISLAM MALAYSIA / FEDERAL RESERVE CHICAGO BOND
Menu

26/6/16: Pesanan bekas ekstrimis FRCB DIM Part 2
SEMENTARA PIHAK POLIS SEDANG MENJALANKAN TUGAS MEREKA, MARI KITA SEMAK SEMULA BUKTI BUKTI YANG TELAH DIKUMPUL. WALAUPUN CUMA BEBERAPA DIANTARA MEREKA YANG DIREMAN, RAMAI LAGI YANG TERLIBAT DALAM URUSAN DANA INI. CONTOH IALAH LEADER & SUB-LEADER YANG MENGGUNAKAN AKAUN BANK MEREKA UNTUK DIJADIKAN TEMPAT MENYIMPAN DANA SEMENTARA SEBELUM DIHANTAR KE PIHAK PENGURUSAN.
TIDAK KIRA BERAPA BANYAK DANA DILUAR SANA YANG BELUM DIBONGKAR DAN MASIH MELAKUKAN KUTIPAN, KITA TUMPUKAN PADA DANA ISLAM MALAYSIA (DIM) ATAU FRBC ATAU DDL. BILA KES INI TUTUP, BARU KITA DEDAHKAN DANA DANA YANG LAIN.
SEKARANG, KITA TIDAK BOLEH BUAT APA APA DENGAN DANA LAIN SEBAB BOB SENDIRI TIDAK MASUK DANA LAIN. SAMPAIKAN INFO INFO INI KEPADA AHLI LAIN SUPAYA MEREKA SEDAR BAHAWA MEREKA SUDAH LAMA DITIPU.
BUAT AHLI AHLI DI DDL, DIM, BILA KUTIPAN DILAKUKAN UNTUK MENGUMPUL WANG BAGI LAWYER FEES DAN SEBAGAINYA, BERHENTI SEKARANG.
26/6/16: Luahan hati bekas ekstrimis FRCB DIM
ASTAGA… KORANG MASIH LAGI DENGAN DANA NI.. DAH SEKIAN LAMA BOB MENGHILANGKAN DIRI, INGATKAN DAH TAMAT.. MASIH LAGI DIKEJAR KEJARKAN. RAYA LAGI BERAPA HARI JE. TAUBAT LAH WAHAI ORANG ORANG ISLAM. JGN DIHARAPKAN LAGI BENDA YANG TELAH LAMA DIJAWAP IAITU DANA INI TIDAK WUJUD SAMA SEKALI. PERGILAH BUAT PERSIAPAN DIRI DALAM BULAN RAMADHAN NI DAN TIDAK PERLU BERBELANJA SAKAN UNTUK RAYA NANTI. WALAU BAGAIMANA PUN, DANA DIM / DDL AKAN TETAP KALAH SEBAB DI MAHKAMAH SEMALAM, LAWYER GAGAL UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA DANA INI WUJUD. IANYA HANYA SESI BANTAHAN. LOKMAN DAN GENG AKAN TETAP DIREMAN SAMPAI BILA BILA. PADA LEADER LEADER DILUAR SANA YANG RASA MEREKA TERSELAMAT DARIPADA DIREMAN, JGN TERLALU YAKIN SBB SATU HARI NANTI PIHAK POLIS AKAN MENCARI PIHAK PIHAK YANG LAIN YG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN SEPERTI MENGGUNA AKAUN BANK SENDIRI UNTUK MENGUMPUL DANA UNTUK DIHANTARKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN. SESIAPA SAHAJA YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN DANA INI AKAN DISOAL SIASAT JUGA, LAGI LAGI PADA LEADER & SUB-LEADER YG MENGGUNALAN AKAUN BANK MEREKA SEBAGAI TEMPAT MENYIMPAN DANA SEMENTARA.
PADA AHLI AHLI YANG LAIN, KALAU LEADER ATAU SUB LEADER ANDA MEMBUKA TOP UP UNTUK MENOLONG KUMPUL DUIT BAYAR LAWYER FEES, JANGAN LAYAN SEBAB YANG PANGGIL LAWYER ADALAH LOKMAN AND THE GENG DAN KELUARGA MASING MASING. YANG HARUS MEMBAYARNYA IALAH MEREKA DAN KELUARGA MEREKA. KITA SEBAGAI AHLI TIDAK HARUS MELIBATKAN DIRI DENGAN MEREKA, KALAU TIDAK, KITA AKAN BERSUBAHAT DALAM URUSAN MEREKA.
TIDAK PERLU LAGI MEMINTA BUKTI KESAHIHAN TENTANG DANA INI SEBAB SEMEMANGNYA TIDAK ADA BUKTI DOKUMEN YANG KUKUH. YG PERNAH DIKEMUKAKAN BUKTI DOKUMEN DARI BARCLAY’S BANK PUN DOKUMEN PALSU. MACAM MANA BOB TAU PALSU? CUBA LIHAT PADA FORMAT SURAT TERSEBUT DAN BUTIRAN SYARIKAT BARCLAY’S. KALAU ANDA MASIH SIMPAN LAGI SURAT TU, CUBA BACA LAGI.
SUDAH LAH WAHAI AHLI AHLI SEKALIAN, MARI KITA TERUSKAN HIDUP KITA DGN MENCARI REZEKI DENGAN PEKERJAAN HALAL UNTUK MENAMPUNG DIRI, DAN ORANG ORANG TERSAYANG. KITA TELAH DIJANJI JANJI DGN PELBAGAI HARTA SUPAYA KITA TOPAP LEBIH, SELEPAS TU MENGGUNAKAN AGAMA DALAM KATA KATA SEMENTARA MENARIK PERHATIAN AHLI DGN TOPAP.
BANGUNLAH…

24/6/16: Statement Terkini Pengurusan FRCB DIM
Berikut adalah statement terkini pemangku pengurusan FRCB/DIM berkenaan keputusan Mahkamah pagi tadi.
Dari pemangku CEO En Hamid, Master PO Utama Al-Ustaz Zaidi Al-Hafiz, Master PO Tn Haji Ali Napiah, Master PO Puan Fazliyana, PO-PO utama, leader-leader utama dan lain-lain.
[14:58, 24/06/2016] DDL Amin: AsSalam...wbt. Info dari PO terkini..

[6/24, 1:11 PM] ‪+‬: Keputusan telah d beri‬

Kita KALAH BANTAHAN
Kita d kenakan penyambungan siasatan lg 39hr.

Ptg ne lawyer akan buat lg rayuan pada IO d balai.

????????????????????????
[6/24, 1:47 PM] ‪‬: Awal sblm bicara..lawyer sdh beritahu 80% poca akan d kenakn 2bulan ..tp kami masihh mengharap yg terbaek..‬
DAN MMG LAWYER2 MEMBERI HUJAH YG TERBAIK YG MEYAKINKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA
Hingga hakim yang bodoh itu memohon masa break utk buat keputusan selama 15minit ..dan akhirnya kembali dgn keputusan bantahan d tolak dan penahanan d smbung 39 hari lagi.
Selepas itu kami ada minta pandangan lawyer kami yang hebat.
????????????????????
SOLUTION KITA SELEPAS INI
Lawyer kita akan buat bantahan dimahkamh tinggi dan persekutuan...yg ke2 lawyer akan cuba kawtim dgn 2 orang io kes ni...deal dgn io adalah jalan paling baik dan mudah tp masalahnya kita kena ade duit yg banyak utk suap ke mulut mereka...Duit je lah kita kena sediakan
Bak kata lawyer ade duit je semua cepat..mngu depn abg hamid akn cuba suap 2 io ni...
LAWYER CUBA SEBAiK MGKIN SBLM RAYA SUDAH KUAR
[6/24, 1:52 PM] ‪: Diharp kita terus mnyokong pihk pngurusan...dl n po siap dh wat strategi brkenaan pmbukaan akaun kita....alhmdllh..dato siap ckp kalo dy dpt kuar dy akn clearkn hc kita dlm masa 2hari.....‬
[15:05, 24/06/2016] ‪+60 12-348 7173‬: Bgmana dgn yg katakan ada cpurtangn dr pihak dua istana sblm ni...?‬
[15:07, 24/06/2016] ‪+60 19-369 3850‬: Klu lihat perenggan Solution selepas ini, kita kena buat drastik collection.‬
[15:12, 24/06/2016] DDL Amin: pihak istana memberi laluan pada kita untuk selesaikan...mereka ada cara tersendiri
[15:12, 24/06/2016] DDL Amin: memang ada colection dari group selain kita....
21/6/16: Rayuan Wang Utk Dato dan OKT
Dari pemangku CEO DIM FRCB En Hamid dan Master-master PO yang masih setia:
Asalamualaikum.... kepada semua ahli budiman.

Saya P.O. Hamid mohon kepada semua ahli diwajibkan 100. Seorang bantuan urusan mengeluarkan sahabat2 kita yg masih ditahan.

Jaminan pihak Lawyer sahabat2 kita akan dapat dikeluarkan mengikut landasan undang2 negara kita.

Mari lah kita bergabung tenaga agar urusan pembebasan sahabat kita dapat dikeluarkan seberapa segera. Harap maklum

Mohon kerja sama semua ahli. " TABUNG PERIHATIN "
15/6/16: Audio Misteri
Audio misteri perdebatan di antara Dato Lokman dan Master PO dari Johor. Nantikan kemunculannya.

10/6: Terkini Dari Master PO Saadiah & Jamal
Assalamualaikum..semua jemaah DIM yg dihormati dan dikasehi...saya baru dapat maklumat dari po sadiah...dia mohon maaf banyak2 sebab telah beberapa hari tiadà info berikutan berlakunya peristiwa terhadap dato dan po2 utama DIM...
Maklumat dari po sadiah bahawa DIM adalah genuiene dan dipihak yang benar dengan sokongan2 dokumen yang soheh.... peguam kita dato kamarul ariffin sedang berusaha mengeluarkan dato dan po2 utama yg terlibat dalam bulan ini...in shaa Allah peguam kita memberi keyakinan hardcash yang telah siapsedia akn diagihkan sejurus dato keluar...marilah kita sama2 teruskan munajat kita kepada Allah Subhanahuwatalah semoga perjalanan DIM tiada gangguan dn berjalan dengan aman..
Sekian ...bg pihak saya dan po sadiàh po jamaludin mohon banyak2 keampunan diatas kelewatan yang berlaku dan yang tidak disengajakan.
Terima kasih.
9/6/16: Pendedahan Berani Master PO (audio sahaja)
Dato palsu dan ketagihan dadah yang melampau.
9/6: Press Statement Terkini Dari Master PO
Peringatan dari Master PO yg telah insaf:
Mesti baca!!!
Satu kajian untuk pertimbangan kpd yg trlibat dengan Dana federal reserved chicago bond@ DIM Kononnya Dana Islam Malaysia (ditukar nama setelah siasatan polis bermula)

Kepada SH, yg terlibat dgn top up dgn janji manis utk dapatkan duit hibah yg mmg tak masuk akal..cubalah tarik nafas..berlapang dada, buang sikap positif atau sikap negatif dan perhalusi beberapa perkara berikut.

1. Mungkin ada diantaranya yg menerima maklumat ttg DIM adalah genuine.. Digembar gemburkan pula kononnya kerajaan mghalang kecairan dana dgn membuat tangkapan dan menahan kepala2 pengurusan dana ni.. Kononnya ada usaha nak menggagalkn dana nie krn ada yg busuk hati.. Mungkin inilah ayat pelepas leader2 anda utk menutup segala kepincangan dan mgelak drp tuntutan refund.. Ia juga untuk mencuri masa agar sh semua menunggu dan brharap kpd keajaiban yg akhirnya duit pelaburan sh semua lenyap begitu saja.. Leader2 dpt lari awal2 lg utk megelak menjawab sgala soalan sh..

2. Dana ini wujud dan disertai oleh pioneer p.o,leader, sub leader dll tanpa ada sbrg siasatan yg sebenar2 sahih kewujudannya dgn kata lain leader2 anda join utk mengheret sh sdgkan mrk sendiri percaya bulat2 dgn kata2 dan dokumen palsu.. Ia membusuk dari peringkat awal lagi.. Malangnya apabila p.o terjun dlm lubang najis mengheret semua yang berada dibawahnya..

3. Ada juga leader yg memberi maklumat dan fakta yg tidak benar utk mengheret sh baru dan dijanjikan mcm2 bagi memancing sh utk menyumbang.. Setelah join, sh diminta utk bayar mcm2 perkara yg sh sendiri tidak faham dan ada juga ugutan untuk leburkan amaun penyertaan sh jika tidak membayar sumbangan kononnya prosedur bagi memenuhi perkara berkaitan pencairan dana.. Semua sh menjadi mangsa kutipan bagi menabung kpd pmbayaran yg sh sendiri tidak ditunjukkan resit atau dokumen pmbayaran sbg bukti..

4. Permintaan utk sumbangan tidak dibuat secara bertulis official.. Memadai whatsap dan mklumat kpd p.o utk dihadam oleh leader dan disalurkan kpd sh serta dijanjikan hibah tambahan yg juga tidak masuk akal amaunnya brbanding nilai sumbangan. Kerana tiada memo rasmi drp pgurusan maka brgantung kpd p.o..leader dll utk mgutip dana sumbangan dan hnya subleader dan leader yg tahu siapa sh yg menyumbang dan amaun sbnr kutipan yg trkumpul.. Sekiranya tabungan yg dikumpul disalahguna oleh p.o, leader atau subleader, tiada siapa yg tahu mklumat yg tepat kecuali ada penyumbang yg membuat laporan..

5. Semua informasi diselitkan dgn ayat2 cantik..ayat2 agama.. Bahawa keajaiban akan brlaku.. Sh bakal kaya raya.. Jgn brputus ada utk menyumbang.. Top up dll.. Menberikan harapn supya sh rileks tak putus asa menunggu durian gugur tapi tiada masa n tarikh yg dijanjikn krn sblum ini semua tarikh berlalu dgn penuh cerita dongeng.. Ayat2 power agama menjurus kpd sh utk tidak menekan refund drp leader dan seolah2 bagi gambaran utk sh redho untuk kehangusan segala wang yg dilaburkn..

6. Tangkapan yg dibuat.. Siasatan pdrm yg merangkumi segala agensi yg kononnya brkaitan pncairan dana sprt BNM dll agensi gagal menunjukkan kwujudan dana dan pdrm mndpt kelulusan mahkamah utk menahan lokap kepala2 pgurusan dana. Malah kertas pndakwaan sdg disiapkn utk dirujuk kpd pndakwaraya.. Ada bukti penipuan brlaku dan ada sabitan walau bukti yg tidak kukuh dan pdrm prcaya dgn penahanan mrk akn mencungkil lg bukti yg tidak kukuh kpd bukti yg kukuh. Tambahan lg.. Laporan yg dibuat oleh sh akan membantu pdrm menggali bukti bg pndakwaan utk myelamatkn sh yg sedia ada dr terus dikenakan top up atau bakal2 yg mnjadi target mangsa baru sbg sh baru.. Buktinya semua leader senyap dan blom kdgaran top up.. Tahanan dbawah POCA adlh drp mengelakkan kepala2 dana penipuan bebas dan melenyapkn diri mrk utk lari dari pendakwaan. Kelulusan mahkamah atas akta POCA utk menahan mrk bukan utk menganiaya tp mmg ada asas yg kukuh yg menjuruskn pendakwaan penipuan bon yg tak wujud.
7. Saya antara yg trlibat secara tidak lnsung dgn dana FRCB ini menyeru kpd sh untuk menerima hakikat usahlh brharap lg..usahlh menutup lubang yg pecah..usahlh memujuk diri utk prcaya.. Membuka minda yg rasional.. Menghalusi setiap yg brlaku..menolak sifat tamak nk kaya mudah.. Tiada keajaiban yg akn brlaku krn Allah menjadikn sstu perkara bersebab.. Oleh kerana sebab yg dana ini tidak wujud sejak dr permulaannya maka tiadalh juga pd akhirnya..hnya membuang masa..tenaga dan wang.. Seandainya masih ada peluang utk menuntut refund, brtindaklh sekarang..sekiranya tiada maka redhalh yg kita tertipu krn ketamakan diri kita membatasi akal kita utk menyertai skim ini.. Bila asalnya pokok sudah beracun maka buahnya juga turut beracun.. Bersama kita membantu pdrm menumpaskn penipuan ini.. Salurkan mklunat dan bukti. Terimalh hakikat kebenaran… Terimalh hakikat terutama yg masih positif kpd dana ini.. Belajar terima hakikat walau amaun rm anda lebur dgn banyak dlm skim dana ini.. Mahalnya harga pgalman kita..Banyak perlu kita belajar dlm hidup dan skim dana ini adlh salah satu pgalmn yg brmkna utk kita semua berpunca dari sikap TAMAK kita sendiri yg menutupi akal pertimbangan.
Maaf silap salah.. Yg baik daripada Allah yg buruk adalah krn kelemahan kita sendiri..
Wassalam dan selamat berpuasa kpd muslimin muslimat..
9/6/16: Live dari Bukit Aman
Nantikan pendedahan ekslusif dari Bukit Aman tetang keadaan terkini Dato L yang berada dalam situasi yang menyedihkan kerana ketagihan ICE, sejenis dadah sintetik golongan kenamaan. Sekali ambil berpuluh-puluh ribu kosnya. MasyaAllah! Patutlah mintak duit sentiasa!
9/6/16: Press Statement Terkini Dari Master PO
Tunggu statement dan nasihat terkini dari Master PO (nama dirahsiakan) yang telah insaf dan bertaubat.
8/6/16: Press Statement Terkini Dari Master-Master PO
INFO TERKINI dari Master-Master PO dan PO (Ust Zaidi, Jamal, Ali Napiah, Sabariah, Datin Nurhayati, Hasmizal, Wan Mokhtar, Salina dan lain-lain lagi). Memang bodoh sungguh puak-puak ini. Ya Rabbi!

*ASSALAMUALAIKUM*
UNTUK MAKLUMAN SMUA AHLI YANG DIHORMATI ,PELBAGAI UJIAN KITE HADAPI DI BULAN BAIK INI BERTUJUAN UNTUK MENGUJI DIRI DR BERSABAR DAN BERTAWAKAL KEPADANNYA.
SY TELAH MENDPAT INFO DR INDIVIDU ????YG BOLEH DIPERCAYAI DIMANA, LWYER MENGATAKAN MAHKAMAH TELAH BERSETUJU( DR PIHAK POLIS????) UNTUK MEMANJANGKAN PENAHANAN SOAL SIASAT KEPADA 5 SAHABAT KITE BAGI PROSES SIASATAN .MAHKAMAH MEMANJANGKAN TEMPOH SIASATAN TERSEBUT KEPADA *21 HARI* ????( *BERMULANYA HARI INI -6 JUN 2016-ISNIN*) KERANA MEREKA (PIHAK POLIS????) TIDAK MEMPUNYAI BUKTI KUKUH UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN SAHABAT2 KITE. ???? *MALANGNYA MASIH ADA AHLI2???? DILUAR SANA YANG MEMBUAT REPORT DAN INI MEMBUATKN POLIS AKAN TERUS MENJALANKAN SEGALA SIASATAN BERDASARKAN REPORTTERSEBUT.MAKA TEMPOH ????SOAL SIASAT AKAN LAGI BERTAMBAH SEKALIGUS MELAMBATKAN URUSAN DANA KITA.*
BAGI PIHAK LWYER???? AGAK SUKAR UNTUK DIORG BUAT KERJA JIKA TERDPTNYA REPORT2 INI . PIHAK LWYER CUBA SEHABIS BAIK UNTUK MENYELESAIKANNYA.
KITE SEBAGAI AHLI DIHARAPKAN BERSABAR???? DAN TERUS BERDOA???? AGAR SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN DAN MOGA MUSIBAH YG BERLAKU INI BERLALU SEGERA ..PERLU D INGATKN PIHAK PENGURUSAN TIDAK AKAN BERDIAM DIRI???? MELIHAT SAHABAT KITE TERANIAYA. APA YG BERLAKU SUDAH MENJADI KETENTUKAN TUHAN DIMANA DIA INGIN MELIHAT BAGAIMANA KITE MENGHADAPI NYE UJIAN NYA DGN LEBIH TENANG SERTA BERTINDAK DGN BIJAK.????
PIHAK PENGURUSAN JUGA BERSIMPATI???? TERHADAP AHLI2 KELUARGA SAHABAT YG TERLIBAT . DIBULAN BAIK INI MARILAH KITE BERDOA AGAR ALLAH MEMBERI JALAN TERBAIK UNTUK KITE MENEMPUHI SEGALA-GALANYA.TIADAYG LEBIH MENGGEMBIRAKN BUAT KAMI DISINI MELAINKAN SAHABAT2 KITE BEBAS ????DR SEGALA TUDUHAN.
*ALLAH NK TUNJUKKN PADA KITE KEBENARAN SEBELUM KITE MEMPEROLEH SESUATU REJEKI, MESTI ADA MUSUH DALAM SELIMUT(DLM PROJECT INI) YG MEMPNYAI HATI YG BUSUK DAN YG INGIN JATUHKN KITE BERSAMA2.*
JIKA KITE FIKIR DILUAR KOTAK????, KITE AMAT BERSYUKUR KERNA DIA TUNJUK KN INDIVIDU2 INI AWL SBLM IANYA TERZAHIR. DIHARAPKAN KITE BERSABAR DGN APA YG BERLAKU.
APA2 PN *????SELAMAT MEYAMBUT RAMADHAN????* DAN SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SATU SEMANGAT ????TUK KITE BERJUANG ????MELAWAN ANASIR2 JAHAT???? DARI LUAR..
Info Topap Terkini Dari Team DIM FRCB
Masih tak serik-serik lagi nampaknya puak-puak yang bodoh ini.
BANTUAN EMERGENCY REFUND ROP
TARGET RM20K/RM25K…
TEAM FCG PRIVATE GROUP
Tiada paksaan… Cuma sesiapa nak bantu… Bantulah kami sedayanya ada..
Syukur alhamdulillah..
1. CYMERA RM300 ✅
2. ZAHARAH RM100 ✅
3. KAKSYA RM500 ✅
4. KAKZURA RM500 ✅
5. LYNA RM100 ✅
6. NADIAH RM100 ✅
7. ALI RM 100 ✅
8. LILY RM 100 ✅
9. ABD ZED RM 100 ✅
10. UNCLE RM100
11. ADEL RM250 ✅
12. YOP RM400 ✅
13. PAK MALAU RM100 ✅
14. FAIZAL RM200 ✅
15. POKPA RM100 ✅
16. KHAI RM100
17. ADIEY RM200 ✅
18. BAD RM200 ✅
19. NUMIROL RM400
20. SHAHNAZ RM1,000 ✅
21. ROSLEY RM250 ✅
22. IMAH RM100 ✅
23. AJAI RM100 ✅
24. ALISHA RM200✅
25. POJI RM500
26. KAK ANI RM300✅
27. SAL RM1200 ✅
28. SYAFIQ RM300 ✅
JUMLAH TERKUMPUL BOOKING DAN PAID:
RM7,800/RM25,000
TAWARAN KAMI UNTUK ANDA…
RM100 DAPAT RM100K
RM250 DAPAT RM250K
RM500 DAPAT RM650K.. **
RM1,000 DAPAT RM1,5J.. **
????????????????????????????????????????????????????????????????????
KAMI BUKA SAMPAI RABU…

Berita terkini: 6/6/16
Salam smua sh2 kna tau akta polis TAK BOLEH mnahan seseorg individu LEBIH 14 HARI TANPA DIBICARAKAN ATS 1 REPORT KEATSNYA. Dlm kes dto lukman insuran ada tempoh 1 bln sblm habis tempoh. Dsini dto lukman bleh hdir ke bnk utk mngesahkn HC dn ACC. Tambah lg duit Dana Islamik mmg dh ada dlm msia. So kita TAK PERLU RISAU sbb ada msa sblm sbln.Klu tak kita kna uat collection lg utk ckupkn RM1.7J utk hdupkn insuran bg sbln brikutnya.Hrp2 takde lg ahli yg dengki uat report polis palsu lg ats kjayaan kita ini. Klu tak lg lama dto lukman kna tahan.Mklum.
Lokman dah lepaz ke kklang
Berita Terkini: 5/6/16
Asalamualaikum.... semua... Alhamdulillah berkat doa tuan semua, 4 kawan2 kita telah dilepaskan.
1. FAUZI
2. OTHMAN ALI
3. BAHARUDIN
4. CIK MAT

Lawyer kita akan berusaha mengeluarkan lagi 5 orang sahabat kita pada hari esok.
Berita Terkini: 2/6/16
Asalamualaikum
????????
Dr USTAZ ZAIDY AL-HAFIZ, MASTER PO UTAMA

Salam semua..pertama skali saya nk mnta maaf pd admin skiranya apa yg saya bakal kongsi ni adalah sulit. Saya cuma berkongsi info sbg salah sorg sh.

Secara kebetulan, saya dpt tahu lawyer yg dilantik oleh pihak pengurusan ddl utk lawan balik kes ni. Jadi saya cuma nk smpaikan apa yg diberitahu oleh lawyer tu.

Dia ckp buat masa ni dia belum boleh buat pembelaan disebabkan semua dokumen berkaitan dana ni ada pada dato. Dato pula skrg masih direman, dan polis bercadang utk lanjutkan tempoh reman ahad ni. Jd lawyer ni akan cuba buat bantahan lanjutan reman dan cuba ikat jamin dato.

Sekiranya dato berjaya diikat jamin, lawyer ni akan meneliti semua dokumen yg ada pada dato dan sekiranya kita di pihak yg benar, insya Allah kita boleh lawan balik kes ni.

Lawyer tu ckp, tindakan pihak polis dan media adalah salah di sisi undang2. Mereka x boleh dedahkan psl kes ni kpd media sbb kes ni masih dlm siasatan dan belum diputuskan oleh hakim. Ni adalah salah mengikut akta.

Jadi dia ckp, kalau terbukti kita di pihak yg benar, lawyer ni suruh pihak pengurusan buat saman malu dan saman fitnah terhadap PDRM n pihak media.

Jadi tujuan saya sampaikan info ni pada semua sh, satu je harapan saya. Jgn kalut2 dan buat apa2 spekulasi. Tenang dulu buat masa ni. Dan sempena menjelang ramadhan ni, jom kita doa supaya dato dpt dilepaskan supaya kita boleh tentukan siapa di pihak yg benar.

Ingat, di dunia ni ramai musuh dlm selimut. Semoga Allah zahirkan kebenaran dan hapuskan kebatilan. Sekian










Share this page
• Share on Facebook
• Share on Twitter
• Share on Google+
Create a website
Everybody can create a website, it's easy.
Try it for FREE now
This website was created with SimpleSite
Get Your own FREE website. Click here!
033600


Mencari sinar
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Berhenti mengharap. on 14th December 2018, 8:54 am

Tula kesian pada siapa yg berharap sgt tu. Bapak ko mesti ada pasang niat nak meriahkan korg sbb tu dia sanggup sampai mcm tu. Cuba kalau ko yg minta tanah tu, payah. Yang penganjur ni mmg xdulik, janji dorg kenyang.

Berhenti mengharap.
Guest


Back to top Go down

kenapa menipu eh?

Post by qaz on 14th December 2018, 8:50 am

sian kat bapak aku sampai pajak tanah pasal BPIP.

qaz
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by dropzone on 12th December 2018, 5:39 pm

duit dah kutip utk buka acc DB tapi sampai sekrg x ada buka acc pun ??

dropzone
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Yelah tu on 12th December 2018, 10:33 am

Tahun lepas, bulan yang sama, info sama juga, cuma tahun lain. Patut Mac tahun dah kaya juta pound sterling. Mac 2019 kaya hancing la.

Yelah tu
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Kembang semangkuk on 11th December 2018, 9:43 pm

Bulan March 2019 akaun local masing2 akan berisi dengan saguhati ye.. Boleh dah nak berangan nak buat apa dengan duit sagu tu. July 2019 baru masuk dalam akaun DB segala hibah semua

Kembang semangkuk
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Mak Su on 10th December 2018, 8:35 pm

Alhamdulillah syukur...kiranya rezeki akhir zaman...

Mak Su
Warga Baru

Posts : 14
Join date : 11/03/2018

Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Gtr on 10th December 2018, 8:17 pm

Selamat datang bakal jutawan positif,detik kita tunggu akan tiba...rezeki allah akan muncul...tak sangka tak semudah untuk dapat rezeki melainkan usaha dan pengorbanan...tak apa..asal dapat...nanti yg positif dah dapat,Pm sama aku..kita pergi showroom kereta...kita kasi meletup macam Abu dhabi...welcome jutawan Bpip...

Gtr
Guest


Back to top Go down

Copy Paste Dari Topic Sebelah

Post by はしたな on 10th December 2018, 2:41 pm


Re: PERBINCANGAN MENGENAI INFO DATO LUKMAN HAKIM BIN ABDULLAH

Post by Kacang Tanah Yesterday at 9:30 pm
Assalamualaikum, dah alang2 ada leader dalam nih aku nak tanya beberapa soalan. Harap ada telur/kelentit lah nak menjawab.
1) kita sedia maklum bahawa beberapa isu kutipan di lakukan oleh leader2 atas arahan lukman yang kononnya untuk permit lori dan bayaran gudang. Alih2 bayaran tidak dapat di berikan secara cash di sebabkan oleh faktor keselamatan. Kenapa saat akhir boleh twist kan benda nih? Kenapa tidak dari awal?
2) isu berkenaan pembayaran insurans pada bank, sy dapat tahu dari rakan sy yang bekerja di BNM bahawasanya mana-mana bank tak kira bank local atau bank luar negara tidak boleh menahan duit yang berada di dalam bank lebih dari 3 bulan. Sy berada di bpip selama 3 tahun. Kutipan dan janji pengeluaran sentiasa di berikan tarikh 'minggu depan' sampailah 3 tahun sy berada di dalam bpip ini.
3) kenapa tidak lantik sahaja peguam untuk lawan kes duit nih dengan pihak bank? Seperti soalan di atas tadi bank tidak berhak untuk menahan duit lebih dari 3 bulan tak kira sebesar mana pun nilai duit tersebut? Kita mempunyai peguam2 yang handal dan sekiranya ianya duit ini duit raja2 melayu, boleh je gunakan khidmat peguam negara. Paling cikai gunalah khidmat Siti Kassim.
4) kenapa tiada arahan yang sahih dari pihak bank semasa membuat kutipan? Tiada bukti bertulis untuk di tunjukkan pada pemohon yang mana inilah bukti bank yang perlukan. Bukan cakap mulut dari leader dan tulis di dalam group whatsapp. Kami mahukan bukti baru kami boleh kerjasama dan bayar.
5) soalan sy yang terakhir, atas apa kutipan taklimat apabila taklimat di batalkan. Di mana duit taklimat itu di salurkan? Kenapa ada perkataan 'wajib' menghadiri majlis taklimat sekiranya ia di batalkan pada saat akhir? Rm50 untuk yang berkemampuan tuh tak apalah. Pada yang tidak mampu rm50 tuh agak besar dan boleh di gunakan untuk keperluan yang lain. Kenapa tidak di pulangkan semula kalau taklimat nih di batalkan? Dan sebelum adanya 'BAYARAN WAJIB TAKLIMAT', ada juga plan2 lain seperti 'PLAN HOT SEAT', 'PLAN VVIP', 'PLAN RED CARPET' (plan2 nih di bukan pada bulan 8 & 9) yang merujuk kepada sesi taklimat dan bayaran juga sama rm50 kononnya untuk bayar sewa dewan, anggota keselamatan (semasa sesi taklimat) dan sebagainya. Kenapa tekan kan dan memaksa pemohon2 untuk bayar sekiranya semua ini hanyalah 'angan2'? Setuju atau tidak ini adalaha lakonan dan penipuan oleh anda dan lukman?
Harap leader boleh menjawab persoalan saya. Saya nak tanya leader saya di dah tutup ruangan conversation di group whatsapp. Call/whatsapp personal tak di jawab. Dia hanya muncul ketika ada kutipan sahaja. Itu sahaja, wassalam.

BPIP ni under si lukman ni la, konon duit dah dalam gudang, skrg kena buka acc DB... apa mau ceta bhai. putar2 supaya terus dapat minta sumbangan bagai dari yg masih percaya.

はしたな
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by はしたな on 10th December 2018, 2:32 pm

tunggang je la agama selagi boleh bhai... nak tgk bukti masuk putrajaya? aku kat putrajaya weh... apa dah... putarjaya.. ko dah kering hanceng masih lagi nak bg info ntah apa2... xleh terima la klu nak tgk bukti masuk putrajaya... sahih apa mcm tu.. statement ko pun ntah hapa2

はしたな
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Gtr on 10th December 2018, 1:24 pm

Susah manusia yg tak percaya rezeki allah..nama pun akhir zaman kan..apa bukti? Kalau kau nak tengok bukti,masuk lah putrajaya..kau akan nampak bukti..bro,kalau nak berjaya,bukan duduk makan koci,makan kacang cap jari,makan anggur..kalau nak bukti,kena lah buka minda,gerak kan kaki dan tangan untuk cari bukti..bukan duduk cakap tapi tak gerak langsung...kadang kadang ahli yg masuk ni labur sikit ja..silap silap tak masuk pun ada,meroyan..entah entah dapat Po yang fake,tu yg marah sangat...maki ja bro..kata lah apa nak cakap..nanti kalau dah dapat duit Bpip ni,jangan pula kau yg masuk bukit aman,bawa akta hasutan...cakap ja...cuma nak pesan,zaman moden ni,jadi lah islam melayu move on ke depan..nak masuk syurga pun kita manusia kena buat amalan..bukan lepas lahir duduk goyang telur..nak dapat anak pun kena tunggu 9 bulan..kalau dapat,dapat lah..kalau tak dapat,jangan meroyan dan itu maksud tak ada rezeki...so kalau kau nak bukti Bpip,pergi masuk putrajaya..kau akan dapat ok..kalau setakat p kaunter pertanyaan untuk tanya,jumpa pegawai bawahan,pasti lah depa tak tahu dan jawab scam...kalau kau nak minta kerja,tak akan kau minta dekat pekerja kaunter or pangkat bawahan..mestilah pangkat atas or org atas yg dilantik...kalau dah buat report polis bagus lah,so tunggu lah polis siasat..kalau tak ada tindakkan,so faham sendiri lah..kepada yg positif kita jumpa di penyerahan duit nanti...#bakal jutawan akan muncul dan tiba masa melayu islam ambil alih ekononi negara....#bye bye

Gtr
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by はしたな on 10th December 2018, 1:12 pm

Positif x pasal ko ni bhai, ingat report polis pastu sesenang je polis nak tangkap, bukti xkukuh.. so apa bukti ko yg kukuh mende ni sahih? apa? ini untuk kewangan org melayu sahaja iaitu bumiputera... ada juga bangsa lain join bhai... jgn nak tunggang agama la... selagi dorg ni dapat kutip topap, selagi tu la dorg ni spin2 ayat... so apa bukti ko yg kukuh mende ni sahih?

はしたな
Guest


Back to top Go down

Re: DANA BPIP

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

Back to top


 
Permissions in this forum:
You can reply to topics in this forum