Dana Putar Alam
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

HASIL SIASATAN

Go down

HASIL SIASATAN Empty Spyware

Post by Spyware 26/5/2019, 01:19

Xpa.. lambat atau cepat confirm kena hangkut jugak malaun2 ni smua!! Don wori..

Spyware
Guest


Back to top Go down

HASIL SIASATAN Empty COPY DAN PASTE DARI FB - Senarai Penipu, Scammers & Conman - SPSC

Post by はしたな 23/5/2019, 12:22

Ada beberapa persoalan "KENAPA LEPAS BANYAK REPOT DIBUAT, TAPI SI PENIPU TETAP TAK DITANGKAP POLIS?". Mari saya terangkan disini.

Sememangnya org byk salah sangka pasal buat repot polis. Walau 100 repot sekali pun, susah polis nak tangkap org camni sbb dlm pemahaman undang2 yg ada kini, selagi tiada unsur2 ugutan dlm pemberian @ penyerahan wang, maka ianya SAH pemberian itu (walaupun pakai manipulation atau dasar penipuan sbb penipuan itu hanya dr pandangan pengadu tanpa justifikasi dari pihak berkuasa). Jadi sy maklumkan disini bahawa terdapat 2 cara yg biasa digunakan untuk menjalankan proses ini;

.........................................................................................................................

PERTAMA : Selepas membuat laporan polis, tunggu untuk kes itu sampai ke I.O yg bertugas. I.O kebiasaannya akan mendapat maklumat dari pihak kaunter repot bahawa terdapat repot baru oleh seorang pengadu.

Apabila I.O tersebut dipertanggungjawabkan utk menyiasat repot yg baru dibuat tersebut, beliau akan bertindak mengikut NO. REPOT (yg tertera bahagian atas repot) dan nama pengadu (juga yg tercatat dlm repot tersebut).

I.O kebiasaannya akan memanggil pengadu utk berjumpa dgnnya utk mendapatkan cerita & maklumat lebih mendalam (repot hanyalah ringkasan cerita atau kejadian). Cerita pengadu akan dirakam secara bertulis (statement). I.O akan taip ape yg dinyatakan oleh pengadu. Ini adalah penting sekurang2nya utk 2 sebab:

A. Utk pastikan pengadu menceritakan perkara yg benar & munasabah utk menjadi asas bg pihak polis utk memulakan siasatan. Kdg kala terdapat juga pengadu yg membuat repot kurang benar kerana ingin melindungi dirinya terlebih dahulu.

B. Utk pihak polis menjadikan asas bg menjalankan siasatan lanjut. Juga utk pihak polis dapatkan maklumat2 berkaitan, jumlah kerugian, dokumen2/surat2 berkaitan, saksi2 yg terlibat & sebagainya.

Setelah I.O selesai mengambil cerita pengadu secara bertulis, I.O akan print, kemudian memberi kpd pengadu utk tandatangan di setiap mukasurat. Sebelum t.tgn diturunkan, pengadu wajib diberi peluang utk baca & semak ape yg ditulis tadi adalah btol spt ape yg diceritakan. Jika salah, perlu diubah.

Selepas mengambil statement pengadu secara bertulis & ditandatangan, ianya akan dimasukkan ke dalam fail dan tiada salinan kepada pengadukerana ini adalah prosedur di bawah Kanun Prosedur Jenayah yg perlu dipatuhi oleh pihak polis.

Selesai mengambil statement, pihak polis akan membuat penilaian lanjut terhadap cerita pengadu samada berasas atau tidak dgn meminta pengadu mengemukakan dokumen2 berkaitan. Jika duit telah diberikan, bukti duit diserahkan kpd saspek (org yg buat salah tu) perlu ade, samada secara tunai, cash deposit, online transfer dan lain2. Adakah resit diberikan? Atau jika tiada bukti serah duit secara resit/dokumen, adakah org lain yg tau pengadu serah duit pd saspek. Jika ade bg NAMA & no. Hp supaya pihak polis boleh hubungi mereka.

Polis akan mengambil tindakan lanjut dgn kuasa menyiasat yg ade padanye. Polis akan menghubungi pihak bank atau institusi di mana wang diterima/serah.

Utk dapatkan maklumat sahih melalui statement bank, I.O perlu mengikut peruntukan undang2 kerana maklumat akaun seseorg tak lah boleh didedahkan sewenang2nya oleh pihak bank, perlulah mengikut prosedur yg ditetapkan.

I.O perlu berurusan dgn pihak bank kebiasaannya mengambil masa dlm 2-3 bulan, kdg kala mgkin lebih tp tak lah terlalu lame.

I.O juga akan ambik statement saksi2 penting yg berkaitan (bermakna bkn semua org yg tahu cerita pengadu akan dipanggil, hanya yg penting & yg utama shj, klu tak jenoh gak polis nk rakam percakapan ramai sgt saksi kerana pihak polis juga sebok dgn pelbagai kes lain & tggungjawab lain)

I.O juga akan ambil statement bertulis OKT itu. OKT kes tipu ni biasanyer licik (tambahan kalau dh ramai yg ditipunye atau dh biasa menipu) Oleh itu pihak polis boleh juga dikelirukan olehnya.

Pihak polis juga perlu membuat siasatan yg independant / bebas iaitu tak memihak kpd mana2 org samada pengadu atau OKT. Kdg kala ade juga pengadu yg tak beckp benar (ini kesalahan di bawah kanun keseksaan, pengadu boleh didakwa memberi keterangan palsu)

Akhir skali, jika cukup bukti & siastan telah lengkap, pihak polis akan merujuk kertas siasatan (file mengandungi tindakan siasatan & barang2 bukti) kpd Timbalan Pendakwa Raya (TPR) atau bahasa inggerisnya Deputy Public Prosecutor (DPP).

TPR/DPP akan diterangkan mengenai kes & siasatan oleh I.O tadi. Sekiranya DPP berpuashati dgn siasatan & bukti yg ade, arahan utk TUDUH saspek di mahkamah akan diberikan dan waran akan dikeluarkan (jika perlu).

* Sebahagian info digarap dr Svetlana Nordin ........................................................................................................................

KEDUA : Menggerakkan kes ini secara sendirinya. Sebenarnya, utk menguatkan sesuatu kes itu memerlukan gabungan dari pengadu2 untuk menyerahkan semua repot2 yg ada kepada satu peguam yg dilantik. Peguam itu akan menjalankan kertas kerjanya utk disubmitkan kepada mahkamah. Kemudian mahkamah buat sebutan kes dan keluarkan arahan tangkap kepada pihak polis. Then baru lah kuasa polis besar kat situ utk menangkap OKT itu untuk direman dan sebagainya mengikut undang2. Proses ini lebih cepat dr proses yg PERTAMA tadi.

Jadi dalam erti kata lain, repot polis ini hanyalah sebagai satu bentuk informasi secara formal kepada pihak berkuasa akan 'probability' berlakunya sesuatu kejadian jenayah/sivil. Selagi ianya tidak melibatkan jenayah berat seperti bunuh, rogol, ugut, dadah, senjata, rompak dan sebagainya,... ianya tiada atau lambat tindakan susulan seperti yg sering kita harapkan kerana kes2 penipuan ini lebih halus dan 'twisted'. Jadi ianya akan lebih bertindak sebagai 'cover report', iaitu satu laporan untuk meletakkan pengadu didalam satu pihak sementara menamakan OKT sebagai satu pihak lain yang dituduh 'bersalah' oleh pengadu.

Oleh itu, bila ada kes2 sebegini (scammers), cari mangsa2 utk dikumpulkan bukti2 bersama termasuk laporan2 polis untuk diserahkan kepada peguam untuk tindakan susulan.
Sistem undang2 di Malaysia masih ada 'loophole'nya utk scammers2 ni melepaskan diri... so kite perlu bekerjasama untuk memastikan lubang2 itu tertutup.
__________________________________________________________________

Harap maklumat yg diberikan dapat membantu Tuan2/Puan2.. khususnya yg telah menjadi mangsa OKT2 scammer ini. Kedua-dua cara tersebut tiada salahnya cuma berbeda tempoh kerja.

Cara yg nak bagi kes scammer2 ni menyerlah ialah dengan cara VIRAL...!! Sbb dari situ akan timbul mangsa2 lain juga yg boleh digabungkan bersama pengadu. Sambil tu boleh nampak kuncu2 atau OKT2 itu sendiri dgn beberapa akaun palsu (menyamar) cube utk mengalih pandangan admin serta public dlm page yg viralkan kes dia itu dan menyatakan itu tuduhan palsu. Malangnya, they kantoi each time...!!!

Jom kita terus selongkar mereka....!

Semoga berjaya khendaknya. Aminn

- Admin A

はしたな
Guest


Back to top Go down

HASIL SIASATAN Empty HASIL SIASATAN

Post by PENYIASAT TERPERINCI 19/5/2019, 12:09

Bila dah terkantoi scam akan diremovekan dari group orang yang telah sedar untuk mengelakkan ramai lagi yang sedar.....supaya income pengutip duit haram yang dihalalkan tidak terganggu..... THIS IS SCAM BECAUSE I AM A MASTER OF SCAMMER.... WHO KNOW WILL KNOW.. NO NEED TO INTRODUCE
... I JUST WANNA HELP MELAYU YANG TIDAK BERPELUANG SAMBUNG BELAJAR LEBIH JAUH DAN MENDALAM...SIASATAN MASIH DITERUSKAN UNTUK MENYELAMATKAN GENERASI YANG AKAN DATANG DINASIHATKAN TIDAK MEMBUAT SEBARANG PEMBAYARAN DALAM MASA 2 TAHUN BERMULA SEKARANG( 19 MAY 2019 12 PM )
SILA SEBARKAN DEMI MENYELAMATKAN ORANG MELAYU DAN ISLAM

PENYIASAT TERPERINCI
Guest


Back to top Go down

HASIL SIASATAN Empty Re: HASIL SIASATAN

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You can reply to topics in this forum