Dana Putar Alam
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

+19
Gagak Hitam
oman35
admin978
penunggu_gua
no name __
Bajupurple
kongkalikong
akukaya
sayakacak
Kubaguli
metabox99
LebaiMid
Mantol
Silverscreen
me81aa
kucengnaga
Ahli Fikiran
Yerlertu
GagakHitam
23 posters

Page 1 of 40 1, 2, 3 ... 20 ... 40  Next

Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Dana SMMG

Post by Adik abe ngoh 27/12/2019, 15:16

apa yg abe ngoh buat tu...
(dgr ngan mata kepala & solat istikharah)
masih x boleh dijadikan asas yg kukuh
kerana BNM & JAKIM telah keluarkan kenyataaan..
byk lg perkara lain yg perlu kita perhatikan dan kita teliti.

- masih byk keraguan dlm SMMG
- ada perkara2 yg tidak jelas dan samar2
- sebhg besar ahli dan leader masih tertanya2 ??
- menimbulkan keresahan di kalangan ahli
- tiada penjelasan yg benar2 menyakinkan
- ada antara ahli masih dlm dilema sejak awal masuk hingga kini
- dll



-------

https://danahajijasman.forumms.net/viewtopic.php?t=485

Adik abe ngoh
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Lemon Tinggi 27/12/2019, 14:51

Abe ngoh dengar pun pakai mata acanaaaa tu XD

Lemon Tinggi
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Abe Ngoh 27/12/2019, 14:11

Setelah Abe Ngoh dengar dgn mata kepala sendiri penerangan TSR yg cukup jelas dan solat istikharah 7 malam berturut-turut, Abe Ngoh yakin SMMG adalah benar lagi sahih.

Abe Ngoh
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Misteri 27/12/2019, 13:46

Abe ngoh...

Mmg romi ni scam sy x mau sebut smmg sbb dia baru je create nama tu romi ni suka tiru2 org je..x perlu org berilmu tinggi utk memahami perjalanan cerita investment romi ni ckup budak spm ekonomi pun dah boleh baca benda ni scam...

Misteri
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by abe cik 27/12/2019, 13:41

Kita hidup ni skali je..nyawa tu tiada nilai setara dgn wang ringgit..abe ngoh smpai sggup pertaruh nyawa krn smmg ni...hurmmm murah btol nyawa abe ngoh..x berbaloi kot abe ngoh..baik abe ngoh g kat palestin ni or g cina tu blawan kat sana..untung allah syg bleh mati SYAHID..syurga allah tu pasti bg yg berhak

abe cik
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by abe cik 27/12/2019, 13:37

Jgn janji gtu abe ngoh..kang abe ngoh x berani kuar rumah org tuntut janji abe ngoh tu. Ramai dah yg kna gini..dulu satu kes dlm perlawanan bola tu x ingt lwn mana..ada sorg fan fanatik ni ckp..kalu la mereka menang aku sggup BERLARI BOGEL keliling stadium..takdir allah, pihak lwn menang..so bila org tuntut janji, Aishhh, org yg bt janji tu bleh kata bkn dia yg ckp, org hack akaun dia..palabane..jgn nnti abe ngoh kuar tv ckp org hack akaun abe ngoh plk..ingat janji perlu DITEPATI..sbb org MUNAFIK je x tepati janji..

abe cik
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by trillionaire_zuhud 27/12/2019, 13:05

e-MUAMALAT
PORTAL RASMI MUAMALAT DAN KEWANGAN ISLAM
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan berasaskan internet berasaskan Skim Cepat Kaya?

Pelaburan internet yang berasaskan Skim Cepat Kaya adalah melibatkan syarikat atau institusi yang tidak dilesenkan atau diberikan kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau membuat urus niaga mata wang asing. Aktiviti sedemikian lazimnya menawarkan pulangan pelaburan yang menarik atau peluang pelaburan yang membabitkan kadar pulangan yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.

Hukum Terlibat Skim Cepat Kaya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 di Johor Bahru telah membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Hukum terhadap Skim Cepat Kaya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.

Apakah Ciri-ciri Skim Cepat Kaya?

Antara ciri-ciri pelaburan cepat kaya antaranya ialah:

Seseorang pelabur boleh melabur seberapa banyak wang yang dikehendaki dan pihak pengurus skim akan membayar balik keuntungan mengikut peratus yang ditetapkan.

Semua pelaburan yang dibuat selalunya dicatatkan dalam buku senarai pelabur dan resit akuan terima wang juga tidak dikeluarkan. Urus niaga skim ini berdasarkan prinsip percaya mempercayai dan tiadasurat perjanjian khusus tentangnya.

Semua pelaburan adalah dibuat dalam bentuk wang tunai.

Pihak pengurus skim juga melantik wakil-wakil dan ajen-ajen di beberapa tempat bagi mendapatkan pelabur-pelabur baru. Setiap wakil atau ajen mendapat bayaran sagu hati mengikut kadar yang dipersetujui berasaskan jumlah pelaburan yang dipungut

Pihak pengurus skim tidak terikat untuk membayar balik wang pelabur sekiranya pelaburan berkenaan mengalami kerugian.

Skim ini akan terus beroperasi sekiranya pada setiap masa ada pelabur baru yang melabur. Jika tiada, pihak pengurus akan menghadapi masalah untuk membuat pembayaran keuntungan kepada pelabur yang sedia ada. Apabila hal ini terjadi (tiada lagi pelabur baru) maka pelabur yang sedia ada yang baru menyertai skim ini tidak akan mendapat pulangan dan akan kehilangan wang yang telah dilaburkan

Tiada bukti menunjukkan pihak pengurus skim ini melaburkan wang yang terkumpul ke dalam mana-mana institusi kewangan atau pelaburan saham dalam atau di luar negara.

Bagaimana untuk melindungi diri daripada terjebak dengan Skim Cepat Kaya?

Bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan Skim Cepat Kaya terdapat beberapa perkara yang wajar diberikan perhatian antaranya:

Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesendan peniaga mata wang asing yang di beri kuasa;

Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet;

Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan;

Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur;

Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis;

dan Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang berkaitan dengan pelaburan dan komunikasi dengan selamat.

Jangan terpengaruh dengan sesuatu promosi atau skim yang menawarkan pulangan yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal atau “too good to be true” kerana ia merupakan satu penipuan.
trillionaire_zuhud
trillionaire_zuhud
Infomer King
Infomer King

Posts : 963
Join date : 24/12/2019

Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Abe Ngoh 27/12/2019, 12:48

Kalau SMMG ni scam seperti kamu cakap Abe Ngoh rela serahkan tengkuk Abe Ngoh ni untuk di sembelih.

Abe Ngoh
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Pening 27/12/2019, 12:43

masalah skrg abe ngoh / smmg junior ahli nk tau bila duit tu dpt? x guna pong pang kata itu ini tp semua ayatnya JANGKAAN, SELESAI, TAMAT tp apa benda pun x nampak dh bertahun dh kata mcm2.

Pening
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by trillionaire_zuhud 27/12/2019, 12:12

Elakkan Menjadi Mangsa

Sindiket penipuan kewangan mensasarkan semua latar belakang, umur dan tahap pendapatan. Loteri palsu, fee bayaran awal, skim cepat kaya dan skim pelaburan internet adalah salah satu cara paling mudah yang digunakan sindiket-sindiket ini untuk mendapatkan wang dari orang ramai. Variasi baru penipuan ini muncul sepanjang masa. Walaupun program kesedaran yang berterusan dilakukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dan liputan media mengenai nasib mangsa-mangsa, ramai yang masih dalam keadaan sedar atau tidak, terus menjadi mangsa.

Cara yang terbaik untuk memerangi penipuan kewangan ini adalah melalui pencegahan. Elakkan menjadi mangsa!

Bank Negara Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi pengawal selia yang berkaitan untuk menumpaskan aktiviti yang melibatkan penipuan kewangan dan mempromosi program kesedaran pengguna mengenai skim kewangan haram.

Sarikata oleh: CEO Self Made Quadrillionaire Group (SMQG)
trillionaire_zuhud
trillionaire_zuhud
Infomer King
Infomer King

Posts : 963
Join date : 24/12/2019

Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty $$$

Post by smmg junior 27/12/2019, 11:39

trilin zuhud..
seblm jwb....check dulu
jgn nampak x cerdik sgt

smmg junior
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Hahahahanatt 27/12/2019, 11:38

Sekarang modus operandi tukar sikit, matlamatnya sama. Tunjukkan edit screenshoot baki triliun2, dakwa dlm akaun leader kononnya. Lpas ni buat modal utk kutipan seminar. Terkinja2 ahli berjimat bayar utk seminar. Nak jadi jutawan konon. Boleh 10 tahun lagi buat seminar kenyanglah.
Klu dah ada bagi jelah. Ni sekor ahli pun tak dapat lagi. Hahahanat

Hahahahanatt
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by trillionaire_zuhud 27/12/2019, 11:33

setuju walaupun dah beroperasi lebih kurang 10 tahun SMMG masih teguh apa lah sangat pun kalau 7 - 8 tahun lagi
trillionaire_zuhud
trillionaire_zuhud
Infomer King
Infomer King

Posts : 963
Join date : 24/12/2019

Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty $$$

Post by smmg junior 27/12/2019, 11:14

SMMG VS SKIM CEPAT KAYA

nampak sama tapi tak serupa

smmg junior
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty $$$

Post by smmg junior 27/12/2019, 11:12

SMMG ni.....aktivitinya amat terbuka
mudah sekali dikesan untuk diambil tindakan
oleh pihak berkuasa tetapi....
tetap "TEGUH"

smmg junior
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by trillionaire_zuhud 27/12/2019, 11:03

Penguatkuasaan ‘lemah’ Punca Skim Cepat Kaya Terus Berleluasa
21 December 2017

KUALA LUMPUR – Ramai yang terlopong kehairanan tidak kurang juga bimbang dengan jenayah skim ‘cepat kaya’ atau penipuan pelaburan wang yang telah mencecah kerugian hampir RM5.8 bilion dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh kelmarin mendedahkan hampir sejuta rakyat negara ini yang menjadi mangsa kepada berpuluh-puluh syarikat pelaburan yang kini sudah didakwa pihak berkuasa.

Malah ada yang sudah dijatuhkan hukuman dan juga yang kini di bawah pengawasan.

Peliknya, skim cepat kaya ini bukan baharu di negara ini, sebaliknya sudah lama menghantui kita iaitu lebih 30 tahun lepas.

Ketika itu antara nama popular adalah seperti skim Pak Man Telo, Labu Peram, Tingcon Credit Development, Permata Bakti dan banyak lagi sejak tahun 80-an lagi.

Skim cepat kaya yang biasanya beroperasi secara haram menerima wang deposit daripada orang ramai (pelabur) dengan menjanjikan pulangan yang besar dalam tempoh singkat.

Persoalannya, mengapa sehingga kini kita bukan sahaja tidak dapat menangani isu ini, malah jumlah kerugian semakin meningkat dengan drastik sehingga mencecah sehingga berbilion ringgit?

Adakah masyarakat sahaja akan dipersalahkan kerana mempunyai sikap tamak dan mahu menjana pendapatan atas angin dengan cara paling mudah dan cepat menjadi punca mengapa skim cepat kaya ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan?

Menurut Presiden Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak, penguatkuasaan yang ‘lemah’ terhadap undang-undang sedia ada sebenarnya punca utama mengapa dalang-dalang dalam syarikat pelaburan ini naik ‘tocang’ dan berterusan bermaharajalela.

Jelasnya, undang-undang sedia ada perlu diperketatkan dengan hukuman jauh lebih berat dan penguatkuasaan yang berterusan serta serius antara jalan untuk menghentikan jenayah ini daripada terus meningkat.

“Sebenarnya, undang-undang kita tiada masalah sekiranya penguatkuasaan dari semua agensi kerajaan dilakukan secara serius dan betul.

“Hakikatnya sehingga kini, rata-rata agensi kerajaan tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain dan hanya menuding jari kepada satu pihak sahaja. Bagaimana caranya untuk melaksanakan undang-undang ketat sekiranya tiada pelaksanaan dari pihak berwajib dengan betul?

“Apabila polis menerima laporan dan mencari bukti kukuh untuk mendakwa, pihak pendakwa tidak pula mendakwa. Kadangkala laporan dibuat namun tindakan pula lambat di ambil. Kita banyak pakar undang-undang namun ada juga agensi kerajaan yang ‘lepas tangan’. Sepatutnya kita berpadu tenaga dan sama-sama bekerjasama antara satu sama lain daripada menuding jari.

“Tidak cukup dengan itu, hukuman lebih berat dan menggerunkan perlu diperkenalkan kepada penyangak-penyagak ini. Pada mereka, membayar denda walaupun berpuluh ribu dan terlepas daripada jenayah itu adalah perkara biasa serta tidak menghairankan,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika di hubungi hari ini.

Halim yang juga merupakan bekas Veteran Komando 69 berkata, kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang bagi membuka syarikat jualan langsung selain menghadkan penubuhannya kerana rata-rata jenayah skim cepat kaya dilakukan melalui syarikat seperti itu.

Kata beliau, pihak berwajib juga boleh membuka sebuah laman sesawang baharu yang membolehkan mangsa membuat laporan dengan segera selain membuat aduan terhadap mana-mana syarikat pelaburan yang disyaki melakukan pelaburan haram.

“Masih ramai lagi yang berani menjalankan aktiviti skim cepat kaya walaupun pernah didakwa kerana merasakan diri mereka sebenarnya sangat ‘kebal’ walhal kerajaan pada hakikatnya bertungkus lumus membanteras skim ini sejak dulu lagi.

“Tindakan segera selepas aduan itu dibuat juga perlu dilakukan tanpa mengira ‘bulu’. Bayar denda ini mereka tidak hairan sangat, mungkin lepas ini mana-mana yang terlibat boleh didakwa melalui Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA). AMLA mempunyai kuasa membekukan akaun mereka sekiranya terlibat dengan perkara seumpama ini,” tegasnya.

Tambah beliau, agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam perundangan dan mampu membanteras berhabis-habisan skim cepat kaya ini adalah seperti Bank Negara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kejaraan Tempatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

“Seandainya semua berpadu tenaga dan mengabil tindakan tegas serta ketat, maka kita akan dapat melihat pengurangan drastik dalam jenayah pelaburan wang skim cepat kaya.

“Dalam masa sama, orang ramai perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, jangan cuba ‘buat’ duit dengan cara yang singkat yang mudah. Jangan jadi terlampau tamak sehingga merugikan diri anda dan mendatangkan musibah kepada negara pada kemudian hari.

“Kenapa masih lagi wujud judi haram, nombor ekor? Kerana itu, syarikat jualan langsung atau memperkenalkan produk baru untuk mendapatkan wang lebih, contohnya, labur RM1,000 anda layak mendapat RM5,000 dalam tempoh sebulan. Semua ini menyebabkan mereka menjadi tamak dan sukar di kawal,” katanya.
trillionaire_zuhud
trillionaire_zuhud
Infomer King
Infomer King

Posts : 963
Join date : 24/12/2019

Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty $$$

Post by smmg junior 27/12/2019, 11:02

Mengapa senarai @ list shj yg keluar...
mana tindakan ???
jadi klu siapa dlm ni ada bukti2 yg "CUKUP KUAT" yg menujukkan
SMMG ni salah..tipu dsbnya
sila tunjuk !!!
klu setakat tunjuk list yg BNM senaraikan belum cukup "KUAT " lg.

smmg junior
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty $$$

Post by smmg junior 27/12/2019, 10:53

skim cepat kaya spt   skim buluh emas...skim harun mat saad....skim highway dll yg beroperasi dan mengaut beratus juta ringgit dan telah membeli serta memiliki aset2 telah berjaya diambil tindakan / dibanteras oleh BNM dlm jangkamasa pendek saja. Tak sampai pun 4 tahun mereka beroperasi.
Tapi mengapa SMMG yg telah beroperasi lebih kurang 10 tahun masih meneruskan operasinya???
Apakah BNM tak tahu......mustahil !!

smmg junior
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Abe Ngoh 27/12/2019, 10:50

[12/27, 07:52] PTA Chefroy: Mengenai Abe Jenal, Sbnarnya dia layak jadi penceramah standing dgn Datuk Hj Ramli, dan YB Faizal...
Cara beliau berinteraksi dgn ahli2 dlm group BERAPI sudah cukup membuktikan beliau bnyak pengalaman serta berpengetahuan luas dlm bidang ekonomi.
Stiap pergerakan serta penghijrahan beliau kemana shj di kongsi bersama dlm Group BERAPI.
Meeting sana sini juga di kongsi dgn ahli.
Itulah kelebihan Abe ,tidak riak dan sombong dgn status beliau yg ada. Seingat aku,Abe Jenallah org pertama yg join smtg berapi. Bnyak juga soalan yg di ajukan utk aku. Alhamdulillah mudah pula aku menjawabnya ,walau pun soalan yg diberikan di luar dugaan aku... Cool babe.
Berbalas balas soalan, ada satu ketika sampai Abe terdiam, Tak ada soalan tak ada jawapan. Aku dah jumpa buku dan ruas.
Stiap apa yg di hujah dlm Group, aku komen mengikut knowledge aku. Dari sini dia boleh menilai siapa aku. Abe ikuti stiap perkembangan aku memerhati stiap tuturkata aku dgn ahli. Aku perasan itu. Tapi just make don't know sebab nya memang tugas aku utk menceriakan ahli. Aku jaga ahli aku sebaik yg mampu. Abe nampak semua tu.
Lantas, aku di gelar
IRON LADY oleh Abe..
Sound funny for me. But appreciate.

By the way. For Abe, thanks join in my group.
[12/27, 10:00] jayjayroyalmagicuniversal: Abe Jenal ahli SMTG BERAPI 👍👍👍

Abe Ngoh
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by trillionaire_zuhud 27/12/2019, 10:33

Skim Cepat Kaya ini Menggunakan Tun M, Bank Negara & Nama Kementerian Kewangan untuk Menipu Rakyat Malaysia

Diterbitkan pada 1 tahun lalu pada 17 Ogos, 2018 oleh WORLD OF BUZZ

Seorang pembaca baru-baru ini telah menghubungi WORLD OF BUZZ meminta kami untuk mendedahkan sekumpulan orang yang menipu beratus-ratus atau beribu-ribu mangsa. Untuk keselamatannya sendiri, beliau telah meminta identiti beliau dirahsiakan.

Beliau memberitahu kami bahawa modus operandi sindiket ini sangat serupa dengan yang digunakan dalam Dana Haji Jasman, satu sindiket yang telah disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2012 kerana penipuan.

Inilah screenshot dari Dana Haji Jasman yang disenarai hitam di laman web BNM.

Untuk dipendekkan cerita, sindiket ini mendakwa bahawa terdapat kekayaan besar yang dimiliki oleh Raja-raja Melayu yang disimpan di England dan mendakwa kerajaan British telah berjanji untuk mengembalikan dana bernilai RM2,400 trilion selepas 100 tahun disimpan di sana. Bunyi seperti kisah dongeng kepada kami!

Sindiket tersebut kemudiannya menawarkan pakej tidak masuk akal dengan mengumpan mangsa untuk melabur wang dalam membawa pulang dana itu. Contohnya, ahli yang melabur RM100 akan mendapat RM1.5 juta sebagai imbuhan. Pulangan imbuhan akan bertambah selari dengan jumlah yang dilaburkan.

Memang sukar untuk dipercayai, tetapi dianggarkan lebih 160,000 pelabur telah mengambil bahagian dalam penipuan ini pada bulan Mac 2015 tetapi mereka tidak pernah dibayar satu sen pun. Dana Haji Jasman telah disenaraihitamkan, tetapi legasinya terus hidup dengan melahirkan sindiket-sindiket baru yang menggunakan taktik yang sama.

Salah satunya ialah Barclays Private Investment Project (BPIP).

Pada dasarnya, ahli-ahli BPIP dikehendaki melabur serendah RM100 dan dalam tempoh masa yang singkat (biasanya dalam masa satu atau dua minggu), mereka diberi jaminan dengan imbuhan sekitar dari RM75,000 hingga RM5 juta, bergantung kepada jumlah dan saluran dana yang dilaburkan.

Berikut adalah pakej yang ditawarkan dalam kumpulan Whatsapp BPIP, yang menjamin wang tunai RM10 juta dengan pelaburan hanya RM200.

Bila sudah tiba masanya untuk membayar balik imbuhan para pelabur, para “Leaders” akan memberi pelbagai alasan untuk menjelaskan mengapa pembayaran harus ditangguhkan.

Bahkan, nama-nama seperti bekas PM dan Tun Mahathir telah diperguna untuk meyakinkan mangsa-mangsa dan ini akan mencegah mereka daripada meninggalkan kumpulan pelabur.

Pentadbir kumpulan BPIP juga menghantar gambar surat palsu yang mengandungi nama Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia untuk meyakinkan 'pelabur' bahawa rundingan antara kerajaan dan 'pengurusan' sedang berlangsung.

Butir-butir seperti surat sokongan palsu seperti gambar yang telah di”photoshopped” dan nombor siri projek palsu telah dihantar kepada “group” yang berkenaan.

Kami telah menghubungi MOF dan telah diberitahu bahawa tiada “Bahagian Penguatkuasa Kewangan” di dalam kementerian, manakala Bank Negara Malaysia secara khusus, memberitahu kami bahawa mereka tidak terlibat.

Berikut adalah jawapan dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Emel anda yang bertarikh 26hb Julai 2018 telah dirujuk, dan kami ingin memaklumkan bahawa BNM tidak terlibat dalam pengaturan tersebut.

Sila ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada ditipu. Berdasarkan pengalaman kami, sindiket akan berjanji kepada mangsa dengan pulangan yang “too good to be true” seperti jumlah wang yang besar yang memerlukan mangsa untuk membayar sejumlah wang “permulaan” untuk memudahkan pemindahan wang asing. Oleh itu, jangan terlibat langsung dalam apa-apa transaksi seperti ini dan jangan sesekali memberi apa-apa nilai jumlah wang yang diminta.

Kami dimaklumkan bahawa mangsa-mangsa terdiri daripada pesara askar, anggota polis, pemandu teksi, dan juga profesional yang berpendidikan tinggi. Mereka menjangkakan untuk menjadi jutawan pada bulan Mei tetapi sehingga kini (Ogos), tiada seorang pun daripada mereka yang menerima apa-apa pulangan wang.

Sementara itu, ketua kumpulan yang ingin dirinya dikenali sebagai Dato Lokman, muncul dengan promosi-promosi yang melibatkan hadiah menarik seperti Toyota Vellfire, Lamborghini Urus (bernilai RM1 juta), voucher Habib bernilai RM100,000 dan 1kg bar emas untuk mengumpan mangsa dengan melabur lebih banyak. Jumlah yang diperlukan biasanya sekitar RM50 hingga RM100 sahaja, supaya mangsa tidak akan teragak-agak untuk memberikan wang tersebut.

Selain BPIP, sumber kami mendedahkan bahawa terdapat kumpulan-kumpulan dana yang lain, beroperasi dengan menggunakan modus operandi yang sama, tetapi di bawah nama yang berbeza. Mereka adalah:

  Roll Over Program (ROP)
  Self Made Millionaire Group (SMMG)
  Gerakan Dana Keusahawanan 2020 (GDU 2020)
  Dana WIH (Dawih)

Kami masih berusaha untuk mengesahkan kumpulan yang disebutkan di atas dengan pihak berkuasa.

Sekiranya pihak berkuasa tidak membanteras penipuan-penipuan ini, lebih ramai orang akan menjadi mangsa. Walaubagaimanapun, mudah-mudahan artikel ini dapat menyedarkan serta membimbing beribu-ribu pelabur naif yang masih bermimpi untuk menjadi jutawan segera.

jika nak link kepada sumber artikel boleh pm, nak bui link kat sini tak boleh pula.. artikel asal dengan imej-imej dia dalam bahasa english, hat di atas ambo terjemahkan untuk saing-saing kita, bakal-bakal billionaire...
trillionaire_zuhud
trillionaire_zuhud
Infomer King
Infomer King

Posts : 963
Join date : 24/12/2019

Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Think positif

Post by Loser negetif 27/12/2019, 10:15

Kesian hohohoho tu. Kemaruk sgt kot benci org, bahasa pun mcm org kurang upaya akak OKU, kesian.. xpa la Hohohoho , mgkin kamu rasa post kamu tu betul tapi ingatlah setiap patah perkataan maki hamun kamu tu akan di hutung nanti. Janji Allah benar.. muhasabah diri dulu.. nak nasihat org lain tapi ayat yg di gunakan maki hamun. Kesian

Loser negetif
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty $$$

Post by smmg junior 27/12/2019, 10:08

To....Hohoho
$250J + Hutang
kome x respek ...byk hutang !!!
SMMG dpt bantu settle hutang

smmg junior
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Abe xbpe ngoh 27/12/2019, 10:06

Woiii setakat ko pnye masterlist tu budak sekolah rendah pun boleh siapkan 1hari je woii...
B . O . D . O . H. KORANG NI..
LEBIH KARI

Abe xbpe ngoh
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Abe xbpe ngoh 27/12/2019, 09:51

Abe ngoh ni mesti leader kan.. Agak2 la nak makan duit org lagi.. PENYAMUN LA KO NI..
Dulu pnye ayat master list dh serah kt pengurusan..skrg tgh wt masterlist..SEMBANG LEBIH DARI KARI LA KORG NI..

KARI LEBIH

Abe xbpe ngoh
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Abe xbpe ngoh 27/12/2019, 09:33

Kita sekarang di minggu ketiga. Minggu depan adalah cuti krismas dan ramai yang bercuti atau menghabiskan cuti termasuk karyawan Bank. Ini adalah alasan paling concrete bahawa kelewatan adalah di pehak Bank.

Kepala otak ko senget woii INFO SMMG.. Agak2 la woii.. Operasi tetap dijalankan..kalau cm tu semua orang gaji lambat la woii.. semua orang yang berurusan dgn bank slow la.. Tunggu tahun depan ye.. Bodoh ko punye ayat.

Abe xbpe ngoh
Guest


Back to top Go down

DANA SMMG/ROP (DANA ROMI) Empty Re: DANA SMMG/ROP (DANA ROMI)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 40 1, 2, 3 ... 20 ... 40  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You can reply to topics in this forum