Dana Putar Alam
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dagangan CFD di Instaforex

Go down

Dagangan CFD di Instaforex Empty Dagangan CFD di Instaforex

Post by azam575 3/12/2019, 17:46

Dagangan CFD di Instaforex


Dagangan CFD di Instaforex 2Q==

Pasaran pertukaran mata wang secara tradisinya dikaitkan dengan perdagangan mata wang asing yang agak tidak menentu dan mengimplikasikan dengan membuat keuntungan yang besar. Terdapat juga beberapa instrumen dagangan yang tidak menentu tetapi masih boleh menghasilkan keuntungan yang baik. Kelebihan instrumen ini ialah membolehkan para pedagang untuk mencipta portfolio pelaburan yang cekap dan bekerja dengan pelbagai aset yang banyak. Ia merujuk kepada kontrak perdagangan untuk perbezaan (CFD) ke atas saham dalam syarikat terkemuka di dunia.

APAKAH ITU CFD?
CDF adalah kontrak untuk perbezaan harga yang diselesaikan antara pembeli dan penjual melalui pengantara broker. Aset dalam kontrak untuk perbezaan mungkin adalah saham, bon, emas, minyak mentah, perak, dan tembaga, serta indeks saham utama seperti Dow Jones, DAX, NASDAQ, dan S & P. Senarai itu juga termasuk mata wang global dan aset yang tidak menentu. Instrumen kewangan ini tidak menggambarkan kepada pembelian sebenar aset. Ia memberi peluang kepada pelabur privasi/persendirian untuk mendapatkan kadar pertukaran asing yang sentiasa berubah-ubah. Seorang pedagang membeli CFD pada aset yang dipilih dan menjualnya, keuntungan dengan perbezaan harga.


Kontrak tersebut mula-mula muncul di Bursa Saham London pada awal 90-an abad lalu. Selanjutnya, dagangan CFD boleh didapati secara atas talian kerana perkembangan pesat teknologi dan mencetuskan minat pelabur persendirian.
Saham CFD adalah kontrak untuk perbezaan di mana aset yang digariskan adalah saham dalam syarikat terkemuka di dunia seperti Apple, Amazon, Microsoft, Google dan lain-lain. Saham-saham tersebut adalah sebut harga di bursa-bursa utama dan pasaran sekuriti di atas kaunter.

Idea asas CFD adalah agak mudah - untuk membuat keuntungan, seorang pedagang perlu meramalkan sama ada perbezaan antara harga semasa dan harga masa depan akan positif atau negatif.


azam575
Jaksa Pendamai
Jaksa Pendamai

Posts : 631
Join date : 08/12/2017

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You can reply to topics in this forum