Dana Putar Alam
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

DANA SSAAKIDZ

5 posters

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Go down

DANA SSAAKIDZ - Page 3 Empty Re: DANA SSAAKIDZ

Post by janganjadigila 25/12/2018, 15:03

daripada korang gila nak bagi duit dpt juta2 baik sedekah ja kat anak yatim ka fakir miskin ka, tak pun sedekah ja kat aku, mana tau asbab korang sedekah ni nanti rezeki lagi murah dan senang

janganjadigila
Guest


Back to top Go down

DANA SSAAKIDZ - Page 3 Empty Re: DANA SSAAKIDZ

Post by Yerlertu 25/12/2018, 14:54

Btl jgk tu..kenapa nk minta yuran keahlian?? Kalo nak membantu melayu dan islam..bagi jela..tak perlu yuran keahlian

Yerlertu
Guest


Back to top Go down

DANA SSAAKIDZ - Page 3 Empty sudah2 le tu

Post by janganjadigila 25/12/2018, 14:04

wahai bangsa melayu yg beragama Islam, sedar lah dari mimpi, asyik kena kencing je dengan harapan palsu, kalau dapat free takpe jugak, ni kena bayar yuran ahli rm300, kalau 1000 org join dah rm300k org atas kenyang, pastu tgh2 bulan kena topap plak konon nak kena bayar pengurusan, sampai tahun 2030 pun duit tak nampak bayang

janganjadigila
Guest


Back to top Go down

DANA SSAAKIDZ - Page 3 Empty Re: DANA SSAAKIDZ

Post by Yerlertu 25/12/2018, 13:48

Gamaknya inilah punca timbulnya rop,smmg segala bagai..ikut cerita dlm youtube tu owner tu sendiri blh kawal aset dia..kenapa pula kena collect duit dari sh??

Yerlertu
Guest


Back to top Go down

DANA SSAAKIDZ - Page 3 Empty Re: DANA SSAAKIDZ

Post by Mari topap 25/12/2018, 10:51

Yezza mari topap sini plak... bosan topap kat romi, rampos, lukman..dah lama sgt miskin.. skrg ada peluang.

Mari topap
Guest


Back to top Go down

DANA SSAAKIDZ - Page 3 Empty Re: DANA SSAAKIDZ

Post by metabox99 25/12/2018, 09:39

SSAAKIDZ

       SSAAKIDZ adalah singkatan kepada SULTAN SHEIKH AHMAD ABDUL KADIR ISKANDAR D'ZULKARNAIN  ( @Ahmad Abdul Kadir bin Ismail )

      Pertubuhan SSAAKIDZ ditubuhkan untuk memertabatkan agama Islam dan bangsa Melayu di bawah payung pemerintahan Sultan berperlembagaan yang sekian lama disembunyikan oleh pemerintah Malaysia yang terdahulu dan terkini.

      Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain @ Ahmad Abdul Kadir bin Ismail lahir pada bulan Mei 1972 di negeri Perak. Empat bulan setelah kelahiran baginda, kerajaan Malaysia telah mewartakan Akta Rahsia Rasmi 1972 dengan perkenan SPB Yang DiPertuan Agung pada bulan September 1972.

Dengan perlaksanaan Akta Rahsia Rasmi ( OSA ) 1972, keberadaan Tuanku Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain telah disembunyikan dan hak beliau untuk memerintah telah dinafikan secara total oleh kerajaan Malaysia.

      Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain @ Ahmad Abdul Kadir bin Ismail adalah anakanda kepada Almarhum Sultan Ismail Mughayat Shah, bekas pemerintah negeri Perak. Semenjak dilahirkan, baginda telah dinafikan hak oleh pihak pemerintah disebabkan beliau mewarisi sejumlah aset yang amat tinggi nilainya serta telah dijanjikan sebagai pemerintah Sultan berperlembagaan yang takhtanya di atas kesemua Raja-Raja yang sedia ada di Tanah Air kita.

Sejarah silam negara kita telah diputarbelitkan oleh penjajah-penjajah terdahulu dengan kerjasama oleh pemerintah-pemerintah yang dilantik atau yang condong kepada sistem pemerintahan penjajah terdahulu. Pihak penjajah memerlukan pemerintah-pemerintah yang akur dan setia dengan sistem pentadbiran mereka dan Sultan serta kerabat yang sebenar yang berhak memerintah telah disembunyikan dan ada yang dibunuh atau dibuang ke negara lain.

Oleh yang demikian, kita harus akur dan faham dimanakah sebenarnya letaknya keadilan negara kita apabila yang berhak memerintah dinafikan hak dan tali barut penjajah yang dahulu sehingga kini memerintah negara.

    Ingin dimaklumkan di sini bahawa kesemua raja-raja yang dilantik semasa era penjajahan terdahulu selepas perjanjian Inggeris - Belanda 1824 adalah kesemuanya berpangkat "Sir" dan bukannya "Sultan".  Mereka terdiri dari susur galur Bendahara, Temenggung dan ada dari keturunan gundik kepada Sultan terdahulu. Sultan yang sebenar dinafikan hak semenjak termeterainya perjanjian Inggeris - Belanda 1824 sehinggalah ke anak cucu cicit mereka terpinggir dan menjadi rakyat jelata yang ditindas dan dinafikan hak.

    Apapun perancangan manusia, mereka tidak boleh mengatasi perancangan Allah swt. Inilah yang terjadi kepada Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain @ Ahmad Abdul Kadir bin Ismail, apabila baginda bangkit dan menentang kezaliman yang sekian lama dilakukan oleh pemerintahan terdahulu dan terkini. Baginda masih mempunyai informasi dan bukti fizikal cap mohor pemerintahan yang kukuh untuk menuntut hak memerintah walaupun mendapat tentangan hebat dari pihak pemerintah.

Setelah 5 tahun baginda bergerak secara bersendiri, sudah tiba masanya baginda bangkit bersama rakyat untuk menuntut hak yang telah lama dinafikan bermula dari penjajah sehingga pemerintah kita sendiri iaitu bermula dari Perdana Menteri berserta raja-raja keseluruhan negeri-negeri di Malaysia. Ini adalah percaturan dari yang Maha Esa dan sudah tiba masanya rakyat negara kita bangkit dari kepalsuan dan pembohongan oleh pemerintah.


    Tuanku Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain@ Ahmad Abdul Kadir bin Ismail diwariskan sejumlah aset yang bernilai teramat tinggi dan kesemuanya masih disembunyikan oleh pihak pemerintah di bawah Akta Rahsia Rasmi ( OSA ) 1972. Aset-aset tersebut adalah amanah terdahulu untuk agihan kepada rakyat Malaysia agar dapat keluar dari belenggu kemiskinan dan hutang piutang. Dengan ekonomi yang kukuh dan stabil, baginda berharap dapat bersama-sama membawa Malaysia kemercu kejayaan baik duniawi dan akhirat.

Sama-samalah kita menyokong perjuangan Tuanku Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain @Ahmad Abdul Kadir bin Ismail untuk naik takhta sebagai Sultan berperlembagaan yang satu dan berdaulah, duduknya di atas kesemua raja-raja dan pemerintah terkini.

DAULAT TUANKU !

NOTA:

Pihak Pertubuhan SSAAKIDZ kini giat menjalankan gerak gempur dan 'roadshow' keseluruh pelusuk negeri.

Petisyen secara manual ( tandatangan diatas kertas ) kini giat dijalankan juga agar kita dapat mengumpul sebanyak mungkin sokongan dan tandatangan anda, rakyat Malaysia supaya Tuanku Sheikh dapat dimasyorkan sebagai Sultan yang sah untuk memerintah negara Malaysia.

Untuk makluman lanjut tentang petisyen dan 'roadshow' SSAAKIDZ, sila email kepada hqssaakidz@gmail.com atau telefon kepada kakitangan bertugas di pejabat SSAAKIDZ beribupejabat di Muar, Johor: ( maklumat untuk negeri-negeri lain akan dipamerkan dalam masa terdekat )

                                                             
En. Nizam: 012-611-2560                            
En. Azehan : 012-346-1734                        
En. Hodri: 010-780-7753
En. Saufi: 016-750-6010
Puan Rahmah: 018-975-4611
En. Hamdan: 018-329-7609
En. Jazli: 018-668-4211      

AMARAN :  Setakat 14hb Disember 2018, Petisyen 'online' belum lagi diedarkan kepada orang ramai dan jika ada pihak-pihak tertentu yang telah mengedarkan versi mereka melalui media sosial, sila abaikan dan tunggu petisyen 'online' yang sah dari pihak pengurusan tertinggi SSAAKIDZ dalam masa terdekat ini bergantung kepada arahan dan kelulusan Tuanku Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain @ Ahmad Abdul Kadir bin Ismail. Harap maklum.




SOALAN-SOALAN LAZIM / FAQS ( Frequently asked questions )

1.       Apakah maksud singkatan SSAAKIDZ ?

a.       SSAAKIDZ adalah singkatan kepada Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain.  


2.       Siapakah Tuanku Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain ?

a.       Tuanku Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain atau nama sebenar Ahmad Abdul Kadir bin Ismail ( Kad Pengenalan: 720516-08-6411 / A2156530 ) ialah Sultan Berperlembagaan yang berhak memerintah negara Malaysia tetapi telah dinafikan hak dan disembunyikan keberadaan serta aset-aset Baginda dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 ( OSA ) semenjak Baginda dilahirkan pada bulan Mei, 1972 ( tahun yang sama Akta Rahsia Rasmi 1972 berkuatkuasa )

3.       Berapakah nilai aset-aset Tuanku Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain?

a.       Jumlah aset-aset Baginda bernilai mencecah USD Zillion ( 72 angka kosong ) iaitu lebih dari nilai USD Trillion.

4.       Bagaimanakah cara Tuanku Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain untuk naik takhta dan memerintah Malaysia?

a.       Pertubuhan dan agensi antarabangsa seperti PBB, Interpol, ICJ ( International Court of Justice ) dan ketua-ketua negara seluruh dunia untuk benua Asia dan Eropah telah sedia maklum akan keberadaan Tuanku walaupun Baginda dinafikan hak di negara sendiri. Tuanku telah berhubung dengan pihak kerajaan Malaysia ( salinan kepada pertubuhan dan agensi antarabangsa ) melalui surat menyurat rasmi semenjak tahun 2013 dan jika masih tiada respon positif, Tuanku akan menggunakan suara rakyat atau jika perlu bantuan antarabangsa untuk naik takhta sebagai Sultan Berperlembagaan yang berdaulah memerintah Malaysia.

5.       Adakah Tuanku mempunyai peluang untuk berjaya menuntut hak memerintah dan bilakah anggaran waktu ianya akan berlaku ?
a.       Ya, peluang memang ada kerana urusan Baginda adalah ketentuan dan percaturan Allah s.w.t dan ianya sekarang adalah diperingkat akhir. Tuanku akan dimasyurkan lebih cepat sekiranya rakyat berganding bahu menyokong perjuangan Tuanku melalui tandatangan petisyen untuk mahkamah dalaman dan luaran bertindak bersama bantuan pihak antarabangsa. Anggaran tempoh waktu paling cepat untuk Tuanku naik takhta adalah paling awal pada penghujung Disember 2018 atau awalan Januari 2019 dan selewat-lewatnya padaMac 2019.  

6.       Berapakah yuran keahlian SSAAKIDZ ?
a.       Yuran keahlian SSAAKIDZ adalah RM300.00, sekali seumur hidup.  

7.       Siapakah yang layak untuk menjadi ahli SSAAKIDZ ?
a.       Warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.  

8.       Apakah keistimewaan  keahlian SSAAKIDZ ?
a.       Setiap individu yang berdaftar sebagai ahli SSAAKIDZ berhak untuk mendapat elaun seumur hidup sebanyak RM2,500.00 sebulan. Setiap pembayaran keahlian akan diberi resit dan Sijil Keahlian SSAAKIDZ. ( Contoh: Jika satu keluarga mempunyai anak-anak berusia 15 tahun sebanyak 3 orang, kesemua anak-anak mereka berhak mendapat elaun RM2,500.00 sebulan untuk setiap seorang. Ibubapa keluarga tersebut juga berhak mendapat ealuan RM2,500.00 setiap seorang. )  

9.       Bilakah agihan elauan bulanan sebanyak RM2,500.00 sebulan akan mula berkuatkuasa?
a.       Agihan elaun bulanan sebanyak RM2,500.00 kepada setiap ahli berdaftar SSAAKIDZ akan bermula sebaik sahaja Tuanku Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain naik takhta sebagai Sultan Berperlembagaan yang berdaulah untuk memerintah negara Malaysia secara rasmi.  

10.   Bagaimanakah agihan elaun bulanan akan dilakukan ?
a.       Apabila Tuanku naik taktha, Royal SSAAKIDZ Bank ( dengan modal berbayar sebanyak RM900 Trillion ) akan mula beroperasi dan setiap ahli SSAAKIDZ haruslah membawa Sijil Keahlian SSAAKIDZ ke Royal SSAAKIDZ Bank untuk secara automatik layak membuka akaun simpanan individu ( tanpa sebarang bayaran tambahan ) di Royal SSAAKIDZ Bank. Setiap pemegang akaun Royal  SSAAKIDZ Bank akan diberikan kad debit ( VISA/Master Card ) untuk kegunaan elauan bulanan RM2,500.00 yang diagihkan.  

11.   Selain elaun bulanan, apakah elaun-elaun lain yang akan diberikan kepada rakyat?
a.       Elaun ketua keluarga bernilai RM180,00.00 setahun layak kepada ketua keluarga berbangsa Melayu ( dan bangsa lain - mualaf ) yang beragama Islam.
b.      Elaun sara hidup warga emas berusia 60 tahun dan ke atas bernilai RM4,000.00 sebulan ( Layak jika tiada tanggunan pada usia tersebut disebabkan beliau tidak berhak untuk elaun ketua keluarga RM180,000.00 )

12.   Jika suami isteri telah berpisah atau bercerai, layakkah kedua-duanya menuntut elaun ketua keluarga bernilai RM180,000.00 setahun?
a.       Layak jika salah seorang mempunyai tanggungan dalam keluarga masing-masing.
b.      Contoh:                                                                
i.      Jika situasi dimana selepas bercerai pihak wanita mendapat hak penjagaan anak-anak, pihak lelaki tidak berhak menuntut elaun ketua keluarga. Elaun ketua keluarga adalah milik pihak wanita tersebut.                                                              
ii.      Sekiranya pihak wanita berkahwin selepas edah, elaun ketua keluarga akan berpindah milik kepada suami baru wanita tersebut.                                                            
iii.      Sekiranya di pihak lelaki berkahwin dengan pasangan baru yang mempunyai anak-anak, maka pihak lelaki juga berhak mendapat elaun ketua keluarga untuk keluarga baru tersebut.  

13.   Adakah suami yang mempunyai isteri lebih dari satu berhak mendapat elaun ketua keluarga mengikut bilangan isteri-isteri yang beliau kahwini?
a.       Tidak layak untuk mendapat elaun ketua keluarga mengikut bilangan isteri-isteri.
b.      Pihak lelaki jika beristeri lebih dari satu hanya layak menuntut untuk satu elaun ketua keluarga.  

14.   Adakah pasangan yang berkahwin pada usia muda layak untuk mendapat elaun bulanan RM2,500.00 sebulan dan elaun ketua keluarga RM180,000.00 setahun?
a.       Ya, setiap individu yang berusia 15 tahun dan ke atas masih layak menerima elaun bulanan RM2,500.00 dan setiap ketua keluarga dengan tanggungan minima isteri beliau ( jika belum mempunyai zuriat ) layak menerima elaun ketua keluarga RM180,00.00 setahun.  

15.   Adakah elaun ketua keluarga sebanyak RM180,000.00 setahun diagihkan secara sekali setahun atau berkala secara berperingkat?
a.       Jumlah elaun RM180,000.00 akan dimasukkan ke dalam akaun individu ketua keluarga melalui Royal SSAAKIDZ Bank secara pukal jumlah kesemuanya bermula awal tahun.
b.      Penggunaan harian elaun ketua keluarga melalui debit kad Royal SSAAKIDZ Bank adalah terhad kepada RM500.00 sehari dan RM15,000.00 sebulan.  


Terima Kasih

Untuk info berkenaan Pertubuhan SSAAKIDZ & Benefit:
https://ssaakidzhq.business.site/

Info semasa di FB:

https://www.facebook.com/ssaakidz.tuanku.3

CONTACT :

017-378 9466
012-346 1734
012-611 2560

Address

G-02, Komplek Hentian Maharani
Jalan Maharani
84000 Muar
Johor
Malaysia

Business Hours

Mon: 9:00 AM – 5:00 PM
Tue: 9:00 AM – 5:00 PM
Wed: 9:00 AM – 5:00 PM
Thu: 9:00 AM – 5:00 PM
Fri: Closed
Sat: Closed
Sun: 9:00 AM – 5:00 PM


metabox99
Warga Tetap
Warga Tetap

Posts : 129
Join date : 29/05/2017

Back to top Go down

DANA SSAAKIDZ - Page 3 Empty DANA SSAAKIDZ

Post by metabox99 25/12/2018, 09:34


metabox99
Warga Tetap
Warga Tetap

Posts : 129
Join date : 29/05/2017

Back to top Go down

DANA SSAAKIDZ - Page 3 Empty Re: DANA SSAAKIDZ

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You can reply to topics in this forum