Dana Putar Alam
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

dana Pokemon Paiman saiko

+2
Copacabana
Pay Man
6 posters

Page 11 of 17 Previous  1 ... 7 ... 10, 11, 12 ... 17  Next

Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Kannene 16/2/2024, 16:35

Kacang poi semua tuuuu

Kannene
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Dukun dana

Post by Dukun dana 16/2/2024, 15:50

Tul kan bulan 2 ni tiada saya dah tilikdahhhh tiada hanya jangkaan dan agak agak mereka sajaaaa

Dukun dana
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Utusan tahunan

Post by Piman 16/2/2024, 13:06

SALAM.

10HB FEB 2023.
JAM 12.30 PM.

F.O BARU SHJ MEMAKLUMKAN, PIHAK COMMERCIAL BANK BARU SAHAJA SELESAI MELAKUKAN URUSAN BANK POSTING DAN MEMASUKKAN SEMUA TRANSAKSI PINDAHAN DIDALAM URUSAN TERSEBUT.

WALAU BAGAIMANAPUN, PROSES PEMAPARAN HANYA AKAN BERLAKU DIANTARA JAM 3 PM- 6 PM INI, 10HB FEB 2023.

TUNGGU MAKLUMAN F. O KEPADA SAYA NANTI SEHINGGA DIBERITAHU

SEKIAN HARAP MAKLUM.

*#paymaster*
*#mandate 1.1*

Piman
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by ??@ 16/2/2024, 11:33

Lupakan jer lah memang takkan ada nya

??@
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty ???

Post by ??? 16/2/2024, 06:40

Dah 2hari mana janji by...kata jam 8pm.

???
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Eman Resu 14/2/2024, 22:58

Gigih sungguh jampi mentera gula². Padahal masa dgn DOJ siap bukti email kononnya rasmi. Xkan lah dgn bank² kat malaysia hanya guna taipan sesedap mulut je?

Eman Resu
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty badai.com.my

Post by .... 14/2/2024, 11:17

SALAM.

13HB FEB 2024.
JAM 4.45 PM.

URUSAN CONNECTING ALL SERVER MASIH LAGI BELUM _READY_ DI PIHAK COMMERCIAL BANK SETAKAT SEKARANG INI.

HAL INI BERLAKU KERANA CUTI PANJANG CNY DAN BANYAK TRAKSAKSI HARIAN BIASA YG PENDING DAN PADA HARI INI SISTEM DI COMMERCIAL BANK TERPAKSA MEMBERI LALUAN KEPADA URUSAN TRANSAKSI YG PENDING TERLEBIH DAHULU.

APA YANG TEAM TEKNIKAL MAKLUMKAN SEBENTAR TADI, SISTEM AKAN _READY_ SEPENUHNYA SELEPAS URUSAN BANK POSTING HARIAN SELESAI SEKITAR JAM 8 MALAM INI DAN INSYAALLAH SEMUA SERVER YANG TERLIBAT UTK PELEPASAN DAN PROSES PEMAPARAN AKAN SIAP SEDIA SELEPAS JAM 8 MALAM INI UTK MEMBERI LALUAN KEPADA PROSES YANG KITA NANTI2KAN.

MUDAH2AN APA YG DIMAKLUMKAN AKAN BERLAKU PADA MALAM INI SETELAH SEMUA URUSAN CONNECTING SERVER2 UTAMA SELESAI.

SEKIAN HARAP MAKLUM.

AKAN MEROYAN LAGI ...

*#paymaster*

....
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Dukun dana

Post by Dukun dana 9/2/2024, 18:14

Mengikut tilikan nii..hanya agak agak mereka saja..seterusnya nanti saya tilikan semulaaa

Dukun dana
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Naya

Post by Ku terjebak 9/2/2024, 15:13

Ssy pernah tengok satu cerita tan seri.p.ramli lupa tajuk die.skrip nya begini mak kalau kita jujur dgn nanti org pijak kepala kita.tapi kalau kita tak jujur dgn org.org akan sanjung kita walau pun kita menipu org kita dipandang mulia mak.ah begitu lah agak nya skrip nya KLU salah tolong betul kan ye

Ku terjebak
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by gila info 7/2/2024, 18:08

Ada latest info ka?

gila info
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty golddust7.com.my

Post by sotong kering 6/2/2024, 16:35

SALAM.

5HB FEB 2024.
JAM 5.20 PM.

FO TELAH PERGI KE BANK UTAMA PADA JAM 4.30 PTG TADI.

SELAKU FUND OWNER, BELIAU PERLU MENYELESAIKAN SEGALA URUSAN2NYA TERLEBIH DAHULU BERKENAAN PELEPASAN MAIN ACCOUNT DAN URUSAN PENERIMAAN SEMUA DOKUMEN2 YANG TERLIBAT.

SETELAH SEMUA URUSAN YANG MELIBATKAN FUND OWNER SELESAI HARI INI, BELIAU AKAN MEMAKLUMKAN DAN TIBA GILIRAN PAYMASTER DAN LAIN2 UTK BERURUSAN DI BANK UTAMA UTK PENERIMAAN MAIN ACCOUNT DAN DOKUMEN.

URUSAN INI BERLAKU DI CUSTOMER RELATION DEPT DAN BUKANNYA DI BANK COUNTER DAN URUSAN DI SANA BOLEH DIJALANKAN SEHINGGA JAM 9 MALAM.

SAYA AKAN MAKLUMKAN LAGI NANTI UNTUK PROGRESS SETERUSNYA DAN MUDAH2AN SEMUANYA SELESAI PADA HARI INI.

SEKIAN HARAP MAKLUM.

*#paymaster*
* EPISOD AKHIR *

sotong kering
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty golddust7.com.my

Post by Emang Manang 1/2/2024, 17:21

lol! lol!

Emang Manang
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty CT

Post by Eman Resu 1/2/2024, 16:55

CyberTrooper (romi & paiman) sdg berdakwah.

Eman Resu
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty golddust7.com.my

Post by SINGER 1/2/2024, 10:46

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Mohon Keampunan dan Keselamatan

عن ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يدع هؤلاء الكلمات إذا أصبح وَإذا أَمْسَى: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada waktu petang dan pagi: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.” (HR Abu Daud No: 5074) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa memohon kepada Allah kerana ia adalah sebahagian daripada ibadah.

2.  Antara doa seorang Muslim adalah memohon keampunan iaitu  pelepasan daripada melakukan dosa dan memohon afiyah iaitu keselamatan.. 

3.  Syarah Sunan Ibn Majah menjelaskan: memohon ‘afiyah adalah memohon  keselamatan daripada sebarang kerosakan dan juga kesusahan. Menutup aib bermaksud menutup apa-apa yang memalukannya dan tidak disukai apabila ia dilihat oleh orang lain. Adapun, berilah ketenteraman di dalam hatiku bermaksud ketenangan hati daripada perasan takut, berbangga dan sebagainya. [Lihat: Syarah Sunan Ibn Majah, 1/276]

4.  Menurut Imam al-Nawawi: makna ‘afiyah di dalam doa di atas, adalah satu lafaz umum yang mana terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin serta agama sama ada di dunia dan juga di akhirat. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 46/12]

5.  Syeikh al-Munawi menjelaskan: ‘afiyah bermaksud keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan. [Lihat: Faidh al-Qadir, 107/4]

6.  Doa ini memohon keselamatan dan kesejahteraan pada agama daripada segala bentuk fitnah, pada tubuh badan daripada segala penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah. Hal ini termasuklah perlindungan daripada pelbagai wabak penyakit.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Marilah kita amalkan doa ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesejahteraan yang berpanjangan serta menjauhkan kita daripada segala perkara yang tidak baik sama ada di dunia mahupun di akhirat.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

01hb Februari 2024
20hb Rejab 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

SINGER
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Sincere 1/2/2024, 10:33

INGAT INI SAMPAI BILA BILA FWD KAN KE KAUM KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI

JANGAN JADI BODOH SANGAT BEEHENTI LAH DR BELI PLAN DAN BERHARAP SUDAH SUDAH LAH DISBBKAN BERHARAP JADI MALAS NK KERJA DAN UNTUK MAJU KAN DIRI SENDIRI

MR R:
KRONOLOGI DANA M5301 PAKEJ I.0,1.1,1.2 -1.8 CITYBANK & AFFIN BANK*

1)Seorang Con Man bernama Tan Sri Paiman Shakimon @ Dr Aldrin Pratama Widjaja (Nama samaran di Indonesia) telah mencipta satu skrip scammer.

2)Mengupah programmer utk buat Fake Copy/Fake Duplicate Virtual Banking sendiri (Server duplicate yg boleh dikawal oleh beliau & programmer dia shj)
Nak munculkan berapa amount di screen pun boleh (Zillion,Trillion,Billion or ETC).
Tapi bila nak dikeluarkan memang la tak boleh sebab hakikat sebenar duittu tak wujud pun apatah lg utk disambungkan server ni kemana2 bank.
(Sebagai refferal seperti Forex atau Saham DEMO ACCOUNT)

3)Melantik paymaster, mandate dll dgn menunjukkan bukti dari server.

4)Wow nampak real so semua org percaya.So bermula drama bersiri sampai sekarang.

5)Lebih menarik bila skrip dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamed dan dokumen serta penyataan palsu yang menyatakan dana ini mendapat kelulusan dari FED,DOJ,BNM,MKN,LHDN,AMLA,MOF dan berbagai lagi Agensi Kerajaan Malaysia dan US.

Duit terus disalurkan kpd conman dgn server penipu diciptanya memberi arahan dsb sebagaimana tuannya arahkan.

So bila nak TAMAT?
Sehingga paymaster dan ahli angkat tangan tak mampu lagi menampung jumlah FEE yang dikenakan setiap hari.
(Jumlah sasaran antara RM75K hingga RM145K)
Bayaran ini kononnya utk menampung kos penggunaan SERVER dan urusan2 lain (MX)

So kesalahan PROJEK GAGAL diletakkan atas paymaster dan ahli....
Sebab utama SERVER DOWN atau tak leh RUN sebab sewa tidak dibayar.

So diteruskan dgn paymaster baru dan ahli baru.

Sampai BILA?
1)Hingga Con Man habis nyawa dan tiada calon pengganti...Kalau ada maka bersambungla episod.
2)Hanya boleh terhenti jika pihak keselamatan / kewangan negara benar2 amat serius utk membanteras.
3)Ahli 2 bertindak mengambil tindakan undang2 seminimanya satu laporan polis.
4)Kefahaman jelas kpd semua komuniti dan tiada lg wang disalurkan kpd scammer ini akan menyebabkan ia mati sendiri @ di rebranding dlm btk baru.

KENAPA IA BERTAHAN LAMA DAN BERKEMBANG DLM DIAM?

Kewujudan dana temberang ni bukan isu luar biasa dan terdapat banyak lg dana lain yg wujud dgn jalan cerita yg berbeza...

Founder/Pencipta dan tukang2 karut ni bersama penasihat2 taktikal mereka sering menggunakan kaedah psikologi asas dan menepati ciri SISTEM PERNIAGAAN YG BERJAYA iaitu MENAWARKAN PENYELESAIAAN MASALAH INDIVIDU....
seterusnya mengaktifkan emosi sedih,marah,hasad,ketamakan,semangat dan keterbegantungan.

CONTOH:
1)Menawarkan keuntungan/habuan luar biasa dgn modal yg kecil.

(Kaedah ini mampu menarik semua golongan dlm jumlah yg ramai / mampu milik)

2)Seterusnya menawarkan pakej ekslusif dan secara halus mengaktifkan sikap tamak yg ada dlm diri setiap manusia.

3)Menekan dgn situasi supaya habuan yg diingini semua pihak kononnya bakal diperolehi dlm masa terdekat dan ada sedikit shj lg keperluan diperlukan memaksa secara halus peserta utk terus melakukan bayaran walaupun kononnya bukan paksaan.

4)Mempengaruhi ahli baru amat penting bagi mengekalkan kesinambungan & ini tidak sukar kerana ahli lama sendiri yg dah tak mampu membayar akan promote secara percuma asalkan sistem dapat dikekalkan.

leader2 takkan dgr tu..diaorg dh d butakan dgn komisen yg diaorg dpt bila kutipan plan

Sincere
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty CT

Post by Eman Resu 28/1/2024, 10:42

Biaslalah diorang (romi & paiman) ni kan ramai pembela (cyber troopers). Duit dah bnyak kaut, kena lah belanja juga pada pembela² (cyber troopers) diorang.

Eman Resu
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Sincere 28/1/2024, 08:40

JANGAN JADI BODOH SANGAT BEEHENTI LAH DR BELI PLAN DAN BERHARAP SUDAH SUDAH LAH DISBBKAN BERHARAP JADI MALAS NK KERJA DAN UNTUK MAJU KAN DIRI SENDIRI

MR R:
KRONOLOGI DANA M5301 PAKEJ I.0,1.1,1.2 -1.8 CITYBANK & AFFIN BANK*

1)Seorang Con Man bernama Tan Sri Paiman Shakimon @ Dr Aldrin Pratama Widjaja (Nama samaran di Indonesia) telah mencipta satu skrip scammer.

2)Mengupah programmer utk buat Fake Copy/Fake Duplicate Virtual Banking sendiri (Server duplicate yg boleh dikawal oleh beliau & programmer dia shj)
Nak munculkan berapa amount di screen pun boleh (Zillion,Trillion,Billion or ETC).
Tapi bila nak dikeluarkan memang la tak boleh sebab hakikat sebenar duittu tak wujud pun apatah lg utk disambungkan server ni kemana2 bank.
(Sebagai refferal seperti Forex atau Saham DEMO ACCOUNT)

3)Melantik paymaster, mandate dll dgn menunjukkan bukti dari server.

4)Wow nampak real so semua org percaya.So bermula drama bersiri sampai sekarang.

5)Lebih menarik bila skrip dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamed dan dokumen serta penyataan palsu yang menyatakan dana ini mendapat kelulusan dari FED,DOJ,BNM,MKN,LHDN,AMLA,MOF dan berbagai lagi Agensi Kerajaan Malaysia dan US.

Duit terus disalurkan kpd conman dgn server penipu diciptanya memberi arahan dsb sebagaimana tuannya arahkan.

So bila nak TAMAT?
Sehingga paymaster dan ahli angkat tangan tak mampu lagi menampung jumlah FEE yang dikenakan setiap hari.
(Jumlah sasaran antara RM75K hingga RM145K)
Bayaran ini kononnya utk menampung kos penggunaan SERVER dan urusan2 lain (MX)

So kesalahan PROJEK GAGAL diletakkan atas paymaster dan ahli....
Sebab utama SERVER DOWN atau tak leh RUN sebab sewa tidak dibayar.

So diteruskan dgn paymaster baru dan ahli baru.

Sampai BILA?
1)Hingga Con Man habis nyawa dan tiada calon pengganti...Kalau ada maka bersambungla episod.
2)Hanya boleh terhenti jika pihak keselamatan / kewangan negara benar2 amat serius utk membanteras.
3)Ahli 2 bertindak mengambil tindakan undang2 seminimanya satu laporan polis.
4)Kefahaman jelas kpd semua komuniti dan tiada lg wang disalurkan kpd scammer ini akan menyebabkan ia mati sendiri @ di rebranding dlm btk baru.

KENAPA IA BERTAHAN LAMA DAN BERKEMBANG DLM DIAM?

Kewujudan dana temberang ni bukan isu luar biasa dan terdapat banyak lg dana lain yg wujud dgn jalan cerita yg berbeza...

Founder/Pencipta dan tukang2 karut ni bersama penasihat2 taktikal mereka sering menggunakan kaedah psikologi asas dan menepati ciri SISTEM PERNIAGAAN YG BERJAYA iaitu MENAWARKAN PENYELESAIAAN MASALAH INDIVIDU....
seterusnya mengaktifkan emosi sedih,marah,hasad,ketamakan,semangat dan keterbegantungan.

CONTOH:
1)Menawarkan keuntungan/habuan luar biasa dgn modal yg kecil.

(Kaedah ini mampu menarik semua golongan dlm jumlah yg ramai / mampu milik)

2)Seterusnya menawarkan pakej ekslusif dan secara halus mengaktifkan sikap tamak yg ada dlm diri setiap manusia.

3)Menekan dgn situasi supaya habuan yg diingini semua pihak kononnya bakal diperolehi dlm masa terdekat dan ada sedikit shj lg keperluan diperlukan memaksa secara halus peserta utk terus melakukan bayaran walaupun kononnya bukan paksaan.

4)Mempengaruhi ahli baru amat penting bagi mengekalkan kesinambungan & ini tidak sukar kerana ahli lama sendiri yg dah tak mampu membayar akan promote secara percuma asalkan sistem dapat dikekalkan.

leader2 takkan dgr tu..diaorg dh d butakan dgn komisen yg diaorg dpt bila kutipan plan

Sincere
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by SINCERE 28/1/2024, 08:38

Sebb Ape Meka letak Yang ttak berkenaan di sini Panjang berjela jela sebab nk hilang kan jejak yg Ada info tentang Dana ni Jadi sesiapa yg Lihat Sila scroll sampai Habis UTK Tahu info Dana Nik TK

SINCERE
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty golddust7.com.my

Post by kuh kuh 25/1/2024, 08:52

*G🅰RA🅿AN 🔛9⃣ 🅰L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*KHAMIS 25 JANUARI 2024 MASIHI BERSAMAAN 13 REJAB 1445 HIJRAH* 

*WAKTU SOLAT KLANG DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:06am*
*SUBUH* : *06:16am*
*SYURUK* : *07:25am*
*ZOHOR* : *13:29pm*
*ASAR* : *16:51pm*
*MAGHRIB* : *19:27pm*
*ISYAK* : *20:40pm*

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*artikel disiarkan pada tarikh 24jan*

*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1⃣ *Bangi: Kabinet bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baru kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, satu pengumuman mengenai tempoh dan tarikh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Beliau berkata, bagi penjawat awam tetap sedia ada, status berpencen mereka tidak pun terjejas, sementara penjawat awam baru itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).*

*GOA_L* 2⃣ *Batu Pahat: Jenazah Mila Sharmila atau Bella selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Jalan Tanjung Laboh, sebentar tadi. Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Bella, 22. Terdahulu jenazah tiba di tanah perkuburan pada 5.45 petang sebaik selesai disolatkan di Masjid Jamek Dato Bentara Luar.*

*GOA_L* 3⃣ *Johor Bahru: "Ini pengakhiran yang mengecewakan dan tragis bagi Bella yang sebelum ini memang mahu memutuskan hubungan dengan lelaki itu, saya belum reda dengan pemergian arwah," kata kakak kepada mangsa bunuh, Mira Sharmila, 32, atau Bella, Norisham Samsusah, 36. Kerani sekolah itu berkata, ketiadaan adiknya itu suatu kehilangan besar buat keluarganya, terutama dua orang cahaya mata arwah.*

*GOA_L* 4⃣ *Johor Bahru: Polis melakukan siasatan secara telus dan menyeluruh bagi menyelesaikan kes pembunuhan Bella atau nama sebenarnya, Mila Sharmila Samsusah, 32. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis menafikan dakwaan keluarga mangsa yang mempersoalkan siasatan dilakukan polis termasuk lambat bertindak bagi menyelesaikan kes berkenaan. Menurutnya, pihaknya juga tidak memberi layanan istimewa terhadap suspek kes pembunuhan Bella terbabit.*

*GOA_L* 5⃣ *Johor Bahru: Motif pembunuhan Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmila Samsusah, 32, adalah disebabkan cemburu dan sakit hati. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata motif berkenaan dikenal pasti hasil siasatan menyeluruh dilakukan polis. "Motif pembunuhan Bella ini adalah kerana kes cemburu dan sakit hati.*

*GOA_L* 6⃣ *Batu Pahat: Teman lelaki kepada Bella atau nama sebenar Mila Sharmilah Samsusah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh wanita itu, bulan lalu. Tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Asidah A Rahman namun tiada pengakuan direkodkan.*

*GOA_L* 7⃣ *Ipoh: Polis menahan tiga lelaki membabitkan kes pengarah syarikat pengurusan yang kerugian akibat terpedaya dengan penipuan pelaburan mata wang kripto CCGDS. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komerisal (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata tiga suspek warga tempatan berusia lingkungan 35 hingga 55 tahun itu ditahan awal pagi hari ini di sekitar Lembah Klang serta Pahang.*

*GOA_L* 8⃣ *Seremban: Polis menyelamatkan 12 individu yang dieksploitasi untuk menjual kerepek, keropok dan pelbagai barangan di negeri ini. Lapan suspek yang disyaki terbabit turut ditahan dalam enam serbuan berasingan di Seremban, Kuala Pilah dan Rembau bermula 22 Januari hingga 23 Januari. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, operasi berkenaan dijalankan bertujuan membanteras eksplotasi kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk mengaut keuntungan.*

*GOA_L* 9⃣ *Putrajaya: Keanggotaan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan akan diumumkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penubuhan RCI itu perlu disembah maklum terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong. Katanya, selepas mendapat perkenan Tuanku, barulah boleh diumumkan keanggotaan dan komposisi serta terma dan rujukan RCI itu.*

*GOA_L* 🔟 *Pasir Mas: Kerajaan negeri bercadang untuk memasang jaring di beberapa lokasi yang kerap berlaku kes terjun jambatan di negeri ini. Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.*

*GOA_L* 1⃣1⃣ *Kuala Lumpur: Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam adalah langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan membabitkan pindaan akta berkaitan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.*

*GOA_L* 1⃣2⃣ *Kuala Lumpur: Kerajaan digesa menyegerakan pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi meningkatkan hak asasi manusia di peringkat domestik dan antarabangsa. Pengasas Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin berkata, ketiadaan kepimpinan utama Suhakam akan menjejaskan keupayaan Malaysia dalam menyumbang secara aktif berhubung hak asasi manusia.*

*GOA_L* 1⃣3⃣ *Putrajaya: Kerajaan tidak memberikan cuti umum khas sempena pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada 31 Januari ini. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu tidak dibincangkan Jemaah Menteri minggu lalu. "Malangnya hari ini tidak ada pengumuman sedemikian diputuskan Jemaah Menteri melainkan Perdana Menteri memikirkan ada kewajarannya.*

*GOA_L* 1⃣4⃣ *Kuala Lumpur: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu kontraktor pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) serta pasukan projek terbabit mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah kelewatan yang masih dilaporkan berlaku kini. Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pendedahan mengenai kelewatan pembinaan itu yang dimaklumkan melalui Prosiding Tindakan Susulan projek terbabit, hari ini, adalah mengejutkan dan membimbangkan.*

*GOA_L* 1⃣5⃣ *Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Terengganu semakin meningkat kepada 96 orang daripada 31 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 63 orang daripada 17 keluarga pagi tadi. Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa terjejas di negeri berkenaan, merangkumi empat di Dungun dan masing-masing dua di Kemaman dan Setiu.*

*GOA_L* 1⃣6⃣ *Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mendakwa tiada siasatan dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. SPRM dalam kenyataan berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu sudah membuka enam kertas siasatan untuk menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan akuan bersumpah Datuk Abdul Murad yang dikeluarkan pada 26 Oktober 1999.*

*GOA_L* 1⃣7⃣ *Kuala Lumpur: Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) ke Proses Semakan Berkala (UPR) kali keempat mengunjungi wakil negara ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland. Kunjungan itu diadakan bagi menyerahkan laporan UPR4 PBB dan Laporan Sulung Islamofobia MACSA.*

*GOA_L* 1⃣8⃣ *Kuala Lumpur: Peminjam yang mempunyai komitmen bulanan dengan institusi kewangan lega Kadar Dasar Semalaman (OPR) baharu yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) kekal 3.0 peratus. Pengusaha syarikat perancang perkahwinan, Mohd Fadlie Mat Said, 39, berkata, dalam keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya, wajar OPR dikekalkan pada kadar semasa, 3.0 peratus.*

*GOA_L* 1⃣9⃣ *Shah Alam: Seorang pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan dua syarikat yang ada kaitan dengan suaminya. Norzuriati Zainol Rashid, 44, didakwa mengesyorkan syarikat yang ada kaitan dengan Syed Rosdi Syed Mohd, 46, bagi melaksanakan projek 'Cadangan Perkhidmatan ICT Bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Sokongan Sistem Pengurusan Latihan (E-Latihan)' di LLM dengan harga tender RM98,800.*

*GOA_L* 2⃣0⃣ *Kuala Lumpur: Bekas Setiausaha Politik kepada bekas menteri bersama tiga ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima suapan dari syarikat dan kontraktor yang mendapat tender kementerian. Menurut sumber, penahanan terhadap keempat-empat mereka dibuat selepas suspek utama (bekas setiausaha politik seorang bekas menteri) meminta dan menerima suapan bagi memastikan tender pembekalan di sebuah kementerian diperoleh pihak kontraktor.*

*GOA_L* 2⃣1⃣ *Kuala Lumpur: Seorang lagi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi menyatakan sokongannya berkuat kuasa hari ini selepas menyedari keperluan kepada kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi negara serta menginsafi keperitan kehidupan rakyat dengan kos sara hidup yang menghimpit ketika ini.*

*GOA_L* 2⃣2⃣ *Gombak: Aliran trafik di beberapa laluan alternatif sekitar Batu Caves di sini, lancar walaupun dibanjiri pengunjung menjelang sambutan Thaipusam serta penutupan beberapa laluan. Tinjauan pada 2 petang semalam, situasi semasa aliran trafik di sekitar kawasan mengarah ke Batu Caves kini masih dalam keadaan terkawal. Turut dilihat beberapa anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengawal keadaan lalu lintas di beberapa titik lokasi laluan yang dijangka akan mengalami kesesakan.*

*GOA_L* 2⃣3⃣ *Kuala Lumpur: Wanita warga Indonesia bertindak agresif apabila diminta untuk membawa motosikal ditunggangnya ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Setapak di sini, untuk pemeriksaan. Terdahulu, wanita berusia 42 tahun didapati menunggang motosikal di Jalan Cempedak, Sentul di sini, pada 11.16 pagi oleh anggota penguat kuasa JPJ yang bertugas dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Op Pewa) hari ini.*

*GOA_L* 2⃣4⃣ *Kuala Lumpur: Mampu mengenakan kadar harga sewa yang tinggi menyebabkan warga tempatan didapati menyebabkan isu pemandu warga asing masih belum dapat diselesaikan. Difahamkan, ada individu tempatan yang sanggup menyewakan kenderaan mereka antara harga antara RM300 hingga RM3,000 sebulan bergantung kepada jenis kenderaan.*

*GOA_L* 2⃣5⃣ *Ayer Keroh: Kerajaan negeri mengumumkan purata kenaikan tarif air bagi kategori domestik di Melaka yang akan berkuat kuasa pada 1 Februari ini adalah 16 sen bagi setiap meter padu. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kenaikan itu sekali gus menyenaraikan Melaka sebagai negeri keempat terendah di negara ini dengan purata kenaikan tarif kategori domestik di Semenanjung adalah 22 sen bagi setiap meter padu.*

*GOA_L* 2⃣6⃣ *Johor Bahru: Kertas siasatan berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai masyarakat India didakwa tidak setia kepada negara, dijangka siap dalam tempoh antara tiga hingga empat hari lagi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) selepas siasatan dilengkapkan. "Semalam kita sudah ambil percakapan Tun Dr Mahathir dan siasatan diteruskan.*

*GOA_L* 2⃣7⃣ *Kuala Lumpur: Pengasuh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menampar dan mengetuk dahi bayi lelaki berusia 11 bulan hingga menyebabkan kecederaan di sebuah kediaman di Putrajaya, awal bulan ini. Tertuduh, Norliza Osman, 42, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. "Saya mengaku (bersalah)," katanya ringkas.*

*GOA_L* 2⃣8⃣ *Johor Bahru: Polis menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau seolah-olah diperlakukan seperti 'penjenayah' selepas lebih 10 kali disoal siasat oleh polis sejak beberapa tahun lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan Tun Dr Mahathir itu adalah tidak benar berikutan polis hanya menjalankan tugas.*

*GOA_L* 2⃣9⃣ *Padawan: Seorang wanita mati mengejut hanya beberapa jam selepas dipukul suaminya ketika bertengkar di rumah sewa mereka di PPR Batu Gong, Siburan di sini. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kematian wanita berusia 43 tahun itu kira-kira jam 10.10 malam semalam, dipercayai akibat kecederaan dialaminya. "Susulan itu suami mangsa ditangkap dan direman di Mahkamah Kuching semalam untuk membantu siasatan," katanya.*

*GOA_L* 3⃣0⃣ *Klang: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara berjaya menyelesaikan 402 pelbagai kes jenayah termasuk kegiatan judi, kontraban, samun dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, hasil kejayaan itu, pihaknya melupuskan 5,220 barang kes membabitkan 2021 hingga 2023 dengan nilai keseluruhan RM1.58 juta.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


             🇵🇸 *Washington: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa berkata kemusnahan yang dialami penduduk di Gaza adalah pada skala yang tidak diketahui dalam "sejarah baru-baru ini."*
           *Guterres berkata demikian pada sesi di Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung Situasi di Timur Tengah termasuk Isu Palestin, di New York, pada Selasa.*
           *Beliau memberikan gambaran mengenai situasi di Gaza dalam tempoh 100 hari yang lalu sebagai "menyayat hati dan menjadi malapetaka" bagi orang awam di wilayah terkepung itu, lapor Agensi Anadolu (AA).*

             🇵🇸 *Tel Aviv: Seramai 24 tentera Israel terkorban ketika melakukan operasi darat di Gaza pada Isnin, yang disifatkannya paling dahsyat sejak operasi itu bermula.*
           *Mereka terkorban termasuk 21 anggota pasukan simpanan yang maut selepas bom dipasang tentera Israel pada sebuah bangunan meletup, kata Pasukan Pertahanan Israel (IDF).*
           *Menurut IDF, pejuang Hamas melepaskan empat pelancar roket grenad (RPG) yang mencetuskan letupan terbabit.*
           *"Skuad pejuang mengejutkan pasukan dengan tembakan RPG itu," kata seorang jurucakap.*

            🇺🇸 *New York: Malaysia menuntut akauntabiliti atas pencabulan jelas Israel ke atas undang-undang antarabangsa dalam tindakannya di Gaza, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.*
           *Ketiadaan akauntabiliti atas jenayah perang Israel menggugat kesahihan undang-undang antarabangsa dan usaha mengakhiri pendudukan **RAM Palestin.*
            *Mohamad menyatakan ini di Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung Situasi di Timur Tengah termasuk Isu Palestin, pada Selasa (hari Rabu, waktu Malaysia).*

            🇺🇸 *New York: Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian berkata Tehran telah memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung keputusannya untuk melancarkan serangan bersama dengan Britain ke atas Yaman, dengan menegaskan langkah sedemikian adalah satu kesilapan strategik.*
         *Beliau membuat kenyataan itu dalam reaksinya terhadap soalan oleh pewarta Agensi Berita Iran (IRNA) di New York pada Isnin (waktu tempatan), selepas tamat mesyuarat dua hala pada hari pertama lawatannya ke bandar raya berkenaan.*
           *"Kami menghantar mesej dan amaran serius kepada Amerika Syarikat.*

            🇹🇭 *Bangkok: Wanita warga Australia menyifatkan dirinya seperti mendapat peluang hidup kedua selepas menderita disengat obor-obor di perairan Koh Pha Ngan, Thailand.*
         *Insiden itu menyebabkan Zoe Cahill, 23, dari Queensland terlantar di hospital selama lebih sebulan dan kini berkongsi kesedaran kepada pelancong lain mengenai bahaya berenang di Thailand.*
         *Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dalam pengembaraan solo pertamanya ke Asia Tenggara bagi meneroka Bali, Indonesia dan Thailand.*
         *Sebelum ini Cahill pernah beberapa kali berenang di sekitar Ko Pha Ngan tanpa sebarang masalah, tetapi berdepan pengalaman buruk pada Oktober lalu ketika berenang berhampiran Pantai Zen.*

            🇹🇭 *Bangkok: Pekerja warga India dikesan membeli peti sejuk baharu di sebuah pusat beli-belah di Thailand, sebelum peti sejuk itu ditinggalkan di sebuah rumah bersama mayat lelaki yang sudah dikerat.*
        *Penemuan mengejutkan itu dilapor pada 21 Januari lalu di premis penginapan buruh asing di daerah Bang Khun Thian District, Bangkok.*
         *Ketika itu kediaman terbabit dihuni buruh warga Myanmar yang menunggu panggilan kerja.*
          *Mereka diketuai lelaki warga India berusia 23 tahun dikenali Sundaravel, yang bertanggungjawab mengurus pekerja warga asing di Thailand.*

            🇹🇷 *Istanbul: Qatar pada Selasa berkata usaha pengantaraan untuk mencapai gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tebusan antara Israel dan Hamas masih diteruskan, lapor Agensi Anadolu.*
         *"Kami terlibat dalam rundingan dan perbincangan yang serius antara kedua-dua pihak dalam krisis di Gaza," menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari pada sidang media di Doha.*
           *"Usaha pengantaraan antara Palestin dan Israel masih diteruskan dan tidak akan berhenti, tanpa mengira keadaan di lapangan," katanya.*

            🇹🇷 *Istanbul: Pemeriksaan dalaman yang dilakukan Alaska Airlines ke atas pesawat Boeing 737 Max 9 miliknya menemukan banyak bolt longgar pada jet itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ben Minicucci pada Selasa.*
         *"Saya lebih daripada kesal dan kecewa, saya marah. Perkara ini berlaku kepada Alaska Airlines. Ini berlaku kepada tetamu kami dan berlaku kepada kakitangan kami.*
           *"Permintaan saya kepada Boeing ialah apa yang mereka akan lakukan untuk meningkatkan program kualiti dalaman mereka," kata Minicucci semasa bercakap dengan saluran media Amerika Syarikat (AS) NBC.*

             🇿🇦 *Johannesburg: Polis Afrika Selatan menahan seorang lelaki selepas dia mengaku memulakan kebakaran yang mengorbankan 76 orang di sebuah bangunan di bandar ini, tahun lalu.*
           *Suspek berusia 29 tahun membuat pengakuan mengejut itu dan menunjukkan bukti ketika siasatan, kata polis.*
            *Tahun lalu, kebakaran bangunan Usindiso di Marshalltown yang majoriti penghuninya golongan miskin, mengorbankan 77 orang termasuk kanak-kanak dan ramai cedera.*
            *Tragedi itu membangkitkan isu mengenai bangunan terbiar dan ditinggalkan pemilik dengan tidak terurus di Afrika Selatan.*

              🇨🇦 *Toronto: Tiga maut dan empat kritikal selepas helikopter membawa sekumpulan peluncur ski terhempas di wilayah British Columbia Kanada.*
          *Pesawat itu antara tiga helikopter yang digunakan membawa peluncur heli-ski ke kawasan pedalaman apabila terhempas pada 4.15 petang (waktu tempatan) Isnin, kata Polis Diraja Kanada (RCMP) dalam kenyataan dipetik The Guardian.*
          *Dua lagi helikopter berjaya membawa keluar empat mangsa cedera dari kawasan kemalangan dan mereka dihantar ke hospital di bandar Terrace terletak 50 kilometer (km).*

             🇰🇪 *Nairobi: Pemimpin kultus dan puluhan pengikutnya didakwa di mahkamah Kenya atas tuduhan membunuh lebih 200 orang.*
         *Paul Nthenge Mackenzie dan 94 tertuduh lain termasuk isterinya, mengaku tidak bersalah terhadap 238 tuduhan menyebabkan kematian.*
          *Mackenzie yang menghadapi tuduhan berkaitan keganasan minggu lalu, didakwa menghasut pengikutnya supaya mati kelaparan untuk 'bertemu Jesus' dalam kes yang menggemparkan seluruh dunia.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
 

               ⛽ *Kuala Lumpur: Dakwaan kerajaan akan menarik balik subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun ini adalah tidak benar.*
          *Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan Jemaah Menteri.*
         *Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, dalam masa yang sama tidak ada cukai baharu seperti tersebar grafik dalam media sosial kononnya cukai baru akan dilaksanakan tahun ini.*
           *"Jelas sekali sebaran itu tidak tepat yang hanya timbulkan kekeliruan dan kecurigaan.*

               📄 *Kuala Lumpur: Satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaan tiga wakil Perikatan Nasional (PN) dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.*
         *Berdasarkan laporan polis yang tular di media sosial itu, kenyataan dibuat Chegu Bard berhubung tiga wakil parti PN itu adalah tidak tepat.*
          *Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa kenyataan dibuat Che'gubard itu disedari menerusi video berdurasi 52 saat di aplikasi TikTok pada 22 Januari lalu kira-kira jam 6 petang di pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, di sini.*
           *Justeru, satu laporan mengenai perkara terbabit dibuat di Balai Polis Travers, di sini 8.35 malam tadi.*

               👑 *Kuala Lumpur: Melalui perkongsian terbaharu pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Instagramnya, beliau beriltizam untuk meneruskan usaha 'mematikan' bola sepak di Malaysia.*
         *Tulis Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, usaha itu bukan baharu direncanakan, sebaliknya sudah lebih satu dekad pasukan dari selatan tanah air melakukannya dan oleh itu, TMJ menyeru peminat bola sepak di Malaysia menghentikan agenda itu.*
          *"Bukan musim ini. Pada masa akan datang. Sebagai pembunuh bola sepak tanah air dari dulu saya dah banyak kali katakan yang saya akan terus membunuh bola sepak tanah air.*
            *"Dah 11 tahun saya merosakkan bola sepak tanah air dalam setiap aspek. Saya menyeru kepada semua penyokong bola sepak tanah air bersatu padu dan beramai-ramai hentikan agenda saya. Terima kasih dan semoga berjaya," tulis TMJ.*

               🐅 *Kuala Lumpur: Penyokong setia Harimau Malaya masih tidak putus harapan menitipkan sokongan yang menjadi dorongan berharga kepada pasukan kebangsaan walaupun sudah tersingkir awal dalam Piala Asia di Qatar.*
           *Tinjauan Arena Metro di halaman rasmi Facebook Harian Metro mendapati rata-rata penyokong meninggalkan komen positif meskipun skuad itu meraih mata tercorot dalam kalangan pasukan Asia Tenggara.*
             *"No big deal. Bukan mudah nak ke peringkat sekarang. Bagi yang jarang dengan bola Malaysia semestinya kutuk kaw2," kata Mohammad Zaimi Saad.*

              🫣 *Sitiawan: "Waktu itu saya seorang saja, namun tak sangka pula ada yang nak solat sama dengan jadi 'makmum'," kata Raja Muhammad Al-Mahi Raja Badrol Hisham.*
          *Kejadian itu berlaku ketika dia singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Perak baru-baru ini.*
            *Video mengenai kejadian itu yang dikongsi Raja Muhammad Al-Mahidi di TikTok mendapat perhatian warganet dan sehingga kini meraih lebih 3.1 juta tontonan.*
              *"Pada hari itu, saya bertolak dari Kuala Lumpur pada 1 pagi sebelum tiba di R&R berkenaan pada 3.40 pagi.*
            *"Saya berseorangan dan singgah di R&R untuk solat serta berehat memandangkan perjalanannya masih jauh iaitu kira-kira lebih satu jam lagi untuk sampai ke rumahnya.*
             *"Ketika masuk rakaat terakhir, saya sedar ada sesuatu menepuk bahu dan kemudiannya seperti ada angin sekali lalu.*

              🎙️ *Kuala Lumpur: Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nuhaliza sekali lagi mencatat sejarah apabila tiket Konsert Fenomena Datuk Sri Siti Nurhaliza Live In Singapore yang bakal diadakan pada 29 Jun depan habis terjual dalam tempoh kurang dua jam.*
          *Ketua Pegawai Eksekutif SAH Entertainment yang juga penganjur konsert penyanyi Sufi Rashid berkata, pihaknya tidak menjangka tiket konsert habis dalam waktu yang singkat.*

               🐈 *Moscow: Lebih 300,000 individu menandatangani petisyen, menggesa seorang konduktor kereta api di Rusia dibuang kerja selepas dengan kejamnya membuang kucing peliharaan dari gerabak kereta api.*
          *Portal CBS News melaporkan kucing diberi nama Twix melarikan diri daripada kurungan pemiliknya ketika menaiki kereta api yang dalam perjalanan antara Yekaterinburg dan St Petersburg pada 11 Januari lalu.*
          *Twix kemudiannya ditemui konduktor yang bertindak membuang haiwan itu ketika kereta api berhenti di bandar Kirov, timur Moscow.*
         *Ratusan orang berkumpul dalam suhu bawah sifar untuk mencari kucing berkenaan, yang kemudiannya ditemukan mati pada 20 Januari lalu, kira-kira 0.5 kilometer (km) dari landasan tempatnya dibuang.*
             

*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
                 

*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


            🐐 *Riyadh: Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr menangguhkan dua perlawanan di Jelajah China kerana penyerang itu cedera, umum kelab Arab Saudi itu, hari ini.*
          *Ia menimbulkan kesangsian mengenai pembabitan bintang Portugal itu menjelang perlawanan dengan kelab diwakili Lionel Messi, Inter Miami.*
           *Al-Nassr dijadualkan berdepan Shanghai Shenhua pada hari ini dan Zhejiang, empat hari lagi dan kedua-dua aksi itu ditangguhkan.*
          *"Kami mahu menamatkan kem latihan seperti dirancang di Shenzhen, iaitu bandar yang menyambut baik kami dan menunjukkan rasa cinta tinggi kepada kami dan kapten," kata Al-Nassr dalam satu kenyataan.*

            👣 *Riyadh: Karim Benzema mahu meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad selepas berbalah dengan pihak pengurusan, kata sumber rapat dengan kelab itu kepada AFP.*
         *Kata sumber itu, bekas penyerang Real Madrid berusia 36 tahun itu mengadakan pertemuan panas dengan pengurusan dan pengendali kelab dari Argentina, Marcelo Gallardo pada Jumaat lalu.*
         *Benzema memberitahu jurulatih dan pengurusan kelab betapa "dia tidak merasa mampu memberikan yang terbaik kerana tekanan hebat di Ittihad."*

           🤕 *London: Penyerang Liverpool dan Mesir Mohamed Salah dijangka kembali beraksi dalam tempoh tiga hingga empat minggu lagi jika proses pemulihannya berjalan lancar, menurut penolong pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Pepijn Lijnders hari ini.*
          *Pemain antarabangsa Mesir itu akan berlepas ke England untuk menjalani rawatan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika seri 2-2 dengan Ghana dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika yang mencetuskan suasana panik di Liverpool.*
            *"Ada koyakan di hamstring, dia hanya akan kembali bermain dalam masa tiga hingga empat minggu lagi jika semuanya berjalan lancar dan tanpa masalah baharu," kata Lijnders kepada wartawan menjelang aksi separuh akhir Piala Liga menentang Fulham.*

           😓 *Kuala Lumpur: Legenda Manchester United, Teddy Sheringham menjangkakan skuad kendalian Erik ten Hag tidak akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat teratas.*
         *Jelas Tedyy, ketika ini United menghadapi musim yang sukar selain prestasi yang tidak konsisten dalam setiap perlawanan menyukarkan mereka untuk memburu tempat terbaik.*
         *Tambahnya, Red Devils mempunyai pemain yang bagus tetapi tiada pemain yang boleh menjadi contoh serta memainkan peranan di dalam padang untuk membantu pasukan.*

           🦁 *London: Chelsea mara ke final Piala Liga selepas membelasah Middlesbrough 6-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi, sekali gus mengubah defisit kekalahan 0-1 pada separuh akhir pertama, sebelum ini.*
         *The Blues menjaringkan empat gol sebelum rehat menerusi gol sendiri as Jonny Howson, Enzo Fernandez, Axel Disasi dan Cole Palmer bagi membolehkan anak buah Mauricio Pochettino ke final di Wembley, bulan depan.*
          *Palmer dan Noni Madueke menambah luka Middlesbrough pada hujung perlawanan yang mungkin membuktikan perubahan dalam rejim Pochettino selaku pengemudi mereka.*

           🏆 *Abidjan: Skuad Equatorial Guinea di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dijanjikan bonus 1 juta euro (RM5.1 juta) selepas kemenangan mengejut 4-0 ke atas tuan rumah, Ivory Coast, sekali gus muncul juara Kumpulan A dan layak ke pusingan kalah mati.*
         *Presiden mereka, Teodoro Obiang Nguema turut mengumumkan cuti umum selepas mereka mengaibkan tuan rumah di Abidjan, sekali gus mengatasi nama besar seperti Nigeria dan Ivory Coast.*
         *Menerusi kenyataan, Nguema yang juga pemimpin paling lama memerintah, turut menyaksikan perlawanan itu dengan bersemangat apabila pasukannya menang besar.*

           🏆 *Doha: Kapten Palestin, Musab Al-Battat berkata, pasukannya mengotakan 'janji kepada rakyat Palestin' selepas mara ke pusingan kalah mati Piala Asia buat kali pertama, malam tadi.*
         *Kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong yang juga kemenangan pertama mereka dalam sejarah kejohanan sudah cukup untuk mara dalam kelompok 16 terakhir sebagai satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga.*
          *Oday Dabbagh muncul wira di Doha apabila menjaringkan dua gol dan sebaik wisel penamat ditiupkan, pemain dan pegawai pasukan berpelukan di padang sambil mengibarkan bendera negara mereka.*

           🏆 *Abidjan: Bekas juara, Algeria tersingkir daripada saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas dikejutkan oleh Mauritania.*
        *Algeria memenangi gelaran AFCON kedua mereka di Mesir pada 2019, tetapi tersingkir di peringkat kumpulan di Cameroon, dua tahun lalu apabila hanya mengutip satu mata dan menjaringkan satu gol.*
         *Kempen kali ini turut menjadi mimpi ngeri buat skuad kendalian Djamel Belmadi, yang seri pada dua perlawanan pertama Kumpulan D menentang Angola dan Burkina Faso, tetapi masih mampu layak jika berjaya menewaskan Mauritania di Bouake.*

           🏆 *Al Wakrah, Qatar: Uzbekistan mengiringi Australia ke peringkat 16 terakhir selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B hari ini manakala Syria menewaskan India dalam satu lagi aksi kumpulan sama.*
           *Australia yang sudah pun mara lebih awal ke peringkat kalah mati meraih tujuh mata untuk menduduki tangga teratas manakala Uzbekistan di tempat kedua dengan lima mata.*
           *Juara Asia 2015 itu menyaksikan jaringan awal mereka dibatalkan susulan ofsaid tetapi diberikan penalti sejurus sebelum rehat selepas bola terkena tangan Odiljon Hamrobekov dengan Martin Boyle menyempurnakannya.*

           🧬 *London: Seorang wanita yang mendakwa dia anak Pele mahu kubur legenda bola sepak itu digali semula bagi membolehkan ujian DNA dijalankan ke atas mayatnya.*
         *Media Brazil melaporkan Maria do Socorro Azevedo, 60, berkata dia adalah anak kelapan Pele dan berhak mendapat sebahagian daripada 60% hartanya.*
          *Pele yang nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento mati pada Disember 2022 tetapi dipercayai dia ketika hayat ada menyebut mengenai anak kelapannya yang tidak pernah ditemuinya.*

            �‍� *London: Kapten skuad Piala Ryder Eropah, Luke Donald mengekalkan Edoardo Molinari sebagai naib kapten pada kejohanan 2025.*
         *Pasukan Eropah akan cuba mempertahankan kejuaraan mereka di Bethpage Black di Farmingdale, New York.*
         *Skuad diketuai Donald menewaskan Amerika Syarikat (AS) dan kapten, Zach Johnson 16 1/2 hingga 11 1/2 di Rom, Itali pada 2023.*

           🏀 *Los Angeles: LeBron James dan Stephen Curry antara bintang ternama dalam kelompok 41 pemain diumumkan Persatuan Bola Keranjang Amerika Syarikat (AS) bagi mengumpulkan pasukan untuk mempertahankan pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.*
         *Kelompok itu termasuk 28 pemain yang pernah mewakili AS di Olimpik dan/atau Piala Dunia Bola Keranjang FIBA yang sudah bersama-sama memenangi 23 pingat emas Olimpik atau Piala Dunia, sebelum 12 daripada mereka akan disenaraikan dalam skuad akhir.*
           *AS memenangi kejuaraan Olimpik keempat berturut-turut di Olimpik Tokyo 2020 dan menduduki tempat keempat di Piala Dunia.*

            🎾 *Melbourne: Pemain Itali, Jannik Sinner bakal berdepan tugas berat di separuh akhir Terbuka Australia apabila menentang Novak Djokovic, selepas dia menyingkirkan Andrey Rublev di Melbourne Park, malam tadi.*
          *Sinner, pilihan empat kejohanan mempamerkan kesabaran dan ketahanan untuk menang 6-4, 7-6(5) dan 6-3 ke atas pemain Rusia itu, yang memiliki rekod buruk 10 kali tersingkir di 10 suku akhir Grand Slam.*
           *Sinner yang menewaskan Djokovic dua kali pada hujung 2023, mara ke separuh akhir tanpa melepaskan sebarang set.*

             🎾 *Melbourne: Dayana Yastremska menewaskan pemain Republik Czech, Linda Noskova, 6-3 dan 6-4, hari ini, sekali gus muncul pemain wanita pertama dari pusingan kelayakan layak ke separuh akhir sejak kejohanan diadakan di Melbourne pada 1978.*
          *Beraksi di bawah suhu 30 darjah Selsius, pemain Ukraine itu menampilkan pukulan forehand padu untuk mengatasi lawan berusia 19 tahun itu, yang juga pemain termuda masih kekal dalam kejohanan.*
           *Dayana, 23, mengikut jejak langkah Christine Dorey, iaitu pemain pusingan kelayakan terakhir yang layak ke separuh akhir di Melbourne Park, 45 tahun lalu.*

             🏸 *Kuala Lumpur: Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak perlu bermandi peluh untuk menempah tiket ke pusingan kedua Masters Indonesia apabila lawan dari Taiwan, Ye Hing Wei-Lee CHia Hsin menarik diri.*
         *Mereka yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan akan berdepan wakil tuan rumah, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati selepas menewaskan rakan senegara, Adnan Maulana-Nita Violina Marwah 21-9, 21-10 di pusingan kedua.*

             🏸 *Kuala Lumpur: Masih belum ada bayangan bahawa badminton boleh menyumbangkan pingat di temasya Olimpik Paris yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.*
         *Perkara itu diakui sendiri oleh Pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky selepas menilai prestasi pemain yang berada di bawah pemantauan beliau.*
         *Mungkin jika ingin disandarkan harapan hanyalah pada pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi yik.*

             🐯 *Doha: "Saya tak peduli. Saya dah buktikan sejak dua tahun lalu pasukan meraih keputusan positif."*
          *Itu nada tegas pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon apabila ditanya adakah benar wujudnya 'tangan ghaib' dalam menentukan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya di Piala Asia ketika ini.*
            *Jelas Pan-gon, sejak dirinya membimbing pasukan kebangsaan pada Mac 2022 lalu, beliau berjaya memacu pasukan mencatat 18 kemenangan dalam 28 perlawanan termasuk layak ke Piala Asia secara merit selepas 43 tahun.*

             🐯 *Doha: Tonggak pertahanan negara, Dion Cools yang pernah beraksi di Eropah akui kerjasama berpasukan adalah kunci bagi menjayakan misi merantai pergerakan rankaian penyerang Korea Selatan khususnya, Son Heung-min.*
          *Malaysia dan Korea Selatan bakal berentap esok pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, di sini.*
           *Cools berkata demikian berdasarkan pengalaman apabila berdepan pemain-pemain ternama di Eropah ketika mewakili Club Brugge dan FC Midtjylland dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) mahupun Liga Europa.*

             🐯 *"DIA pun manusia biasa, saya berasa kelebihan kita sebab kita bertahan dan dia menyerang." Itu kata pemain skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid yang percaya pergerakan bintang Korea Selatan, Son Heung-min mampu 'digari' apabila Malaysia turun menentang skuad Taegeuk Warriors di Stadium Al Janoub, Khamis ini.*
          *Safawi yang pernah 'bertarung' tenaga dengan Heung-min dalam temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia lalu berkata, rakan sepasukannya sudah bersedia untuk menyekat gerakan penyerang Tottenham Hotspur itu.*

            🐯 *TIGA pemain kemungkinan tidak akan beraksi pada aksi terakhir Kumpulan E membabitkan skuad Harimau Malaya dan Korea Selatan di Stadium Al Janoub, di sini, Khamis ini.*
         *Pemain yang kemungkinan diketepikan antaranya tonggak warisan yang teruk dikecam, Natxo Insa.*
          *Dua lagi pemain lain iaitu ketua pasukan, Matthew Davies dan Syahmi Safari yang dilihat hanya berjalan di tepi padang.*

              elephant *Kuantan: Pemain naturalisasi, Sergio Aguero kekal bersama Sri Pahang FC bagi tempoh dua musim akan datang dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024 hingga 2026.*
         *Pengumuman itu dilakukan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, yang masih percaya sentuhan pemain kelahiran Argentina itu.*
          *"Pemain tengah Sergio Aguero telah menandatangani lanjutan kontrak selama dua musim untuk terus bersama Sri Pahang FC.*

              
*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*# MEROYAN *

kuh kuh
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Maafkan kami 24/1/2024, 22:44

Maafkan kami, semoga urusan kalian dipermudahkan.

Aaminnn

Maafkan kami
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Dana angka mesin slot

Post by Eman Resu 24/1/2024, 12:51

Angka pada aplikasi mesin slot mmg selalu jejak sampai beratus² billlion beratus² trillion

Eman Resu
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by SINCERE 20/1/2024, 07:20

JANGAN JADI BODOH SANGAT BEEHENTI LAH DR BELI PLAN DAN BERHARAP SUDAH SUDAH LAH DISBBKAN BERHARAP JADI MALAS NK KERJA DAN UNTUK MAJU KAN DIRI SENDIRI

MR R:
KRONOLOGI DANA M5301 PAKEJ I.0,1.1,1.2 -1.8 CITYBANK & AFFIN BANK*

1)Seorang Con Man bernama Tan Sri Paiman Shakimon @ Dr Aldrin Pratama Widjaja (Nama samaran di Indonesia) telah mencipta satu skrip scammer.

2)Mengupah programmer utk buat Fake Copy/Fake Duplicate Virtual Banking sendiri (Server duplicate yg boleh dikawal oleh beliau & programmer dia shj)
Nak munculkan berapa amount di screen pun boleh (Zillion,Trillion,Billion or ETC).
Tapi bila nak dikeluarkan memang la tak boleh sebab hakikat sebenar duittu tak wujud pun apatah lg utk disambungkan server ni kemana2 bank.
(Sebagai refferal seperti Forex atau Saham DEMO ACCOUNT)

3)Melantik paymaster, mandate dll dgn menunjukkan bukti dari server.

4)Wow nampak real so semua org percaya.So bermula drama bersiri sampai sekarang.

5)Lebih menarik bila skrip dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamed dan dokumen serta penyataan palsu yang menyatakan dana ini mendapat kelulusan dari FED,DOJ,BNM,MKN,LHDN,AMLA,MOF dan berbagai lagi Agensi Kerajaan Malaysia dan US.

Duit terus disalurkan kpd conman dgn server penipu diciptanya memberi arahan dsb sebagaimana tuannya arahkan.

So bila nak TAMAT?
Sehingga paymaster dan ahli angkat tangan tak mampu lagi menampung jumlah FEE yang dikenakan setiap hari.
(Jumlah sasaran antara RM75K hingga RM145K)
Bayaran ini kononnya utk menampung kos penggunaan SERVER dan urusan2 lain (MX)

So kesalahan PROJEK GAGAL diletakkan atas paymaster dan ahli....
Sebab utama SERVER DOWN atau tak leh RUN sebab sewa tidak dibayar.

So diteruskan dgn paymaster baru dan ahli baru.

Sampai BILA?
1)Hingga Con Man habis nyawa dan tiada calon pengganti...Kalau ada maka bersambungla episod.
2)Hanya boleh terhenti jika pihak keselamatan / kewangan negara benar2 amat serius utk membanteras.
3)Ahli 2 bertindak mengambil tindakan undang2 seminimanya satu laporan polis.
4)Kefahaman jelas kpd semua komuniti dan tiada lg wang disalurkan kpd scammer ini akan menyebabkan ia mati sendiri @ di rebranding dlm btk baru.

KENAPA IA BERTAHAN LAMA DAN BERKEMBANG DLM DIAM?

Kewujudan dana temberang ni bukan isu luar biasa dan terdapat banyak lg dana lain yg wujud dgn jalan cerita yg berbeza...

Founder/Pencipta dan tukang2 karut ni bersama penasihat2 taktikal mereka sering menggunakan kaedah psikologi asas dan menepati ciri SISTEM PERNIAGAAN YG BERJAYA iaitu MENAWARKAN PENYELESAIAAN MASALAH INDIVIDU....
seterusnya mengaktifkan emosi sedih,marah,hasad,ketamakan,semangat dan keterbegantungan.

CONTOH:
1)Menawarkan keuntungan/habuan luar biasa dgn modal yg kecil.

(Kaedah ini mampu menarik semua golongan dlm jumlah yg ramai / mampu milik)

2)Seterusnya menawarkan pakej ekslusif dan secara halus mengaktifkan sikap tamak yg ada dlm diri setiap manusia.

3)Menekan dgn situasi supaya habuan yg diingini semua pihak kononnya bakal diperolehi dlm masa terdekat dan ada sedikit shj lg keperluan diperlukan memaksa secara halus peserta utk terus melakukan bayaran walaupun kononnya bukan paksaan.

4)Mempengaruhi ahli baru amat penting bagi mengekalkan kesinambungan & ini tidak sukar kerana ahli lama sendiri yg dah tak mampu membayar akan promote secara percuma asalkan sistem dapat dikekalkan.

leader2 takkan dgr tu..diaorg dh d butakan dgn komisen yg diaorg dpt bila kutipan plan

SINCERE
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Dukun dana

Post by Dukun dana 19/1/2024, 18:56

Mabuk ketum...melayu separuh niii hihihih

Dukun dana
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty badai.com.my

Post by CCTV 19/1/2024, 11:32

*G🅰RA🅿AN 🔛9⃣ 🅰L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎            *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*JUMAAT 19 JANUARI 2024 MASIHI BERSAMAAN 7 REJAB 1445 HIJRAH* 

*LAST GOA_L MINGGU NI.*

*WAKTU SOLAT KLANG DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *06:04am*
*SUBUH* : *06:14am*
*SYURUK* : *07:24am*
*ZOHOR* : *13:27pm*
*ASAR* : *16:49pm*
*MAGHRIB* : *19:25pm*
*ISYAK* : *20:38pm*

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*artikel disiarkan pada tarikh 18jan*

*by:hanipiloiempire*
*since2011*

 *GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1⃣ *Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk meminta syarikat Meta menurunkan video berita Bernama TV yang diolah secara palsu menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di Facebook. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, beliau sendiri telah menghantar pautan video itu yang memaparkan wajah penyampai berita Bernama TV membaca laporan mengenai skim pelaburan meragukan untuk diambil tindakan selanjutnya oleh suruhanjaya berkenaan.*

*GOA_L* 2⃣ *Johor Bahru: Penutupan sementara rawatan di Zon Hijau Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam adalah bagi menampung peningkatan pesakit Zon Kuning serta Zon Merah yang melebihi kapasiti. Pengarah HSA Dr Sal Atan bagaimanapun berkata, perkhidmatan rawatan di zon itu dibuka semula pada hari sama sekitar 5 petang meskipun notis pemakluman menyatakan ia ditutup dari 2 petang hingga 9 malam.*

*GOA_L* 3⃣ *Kuala Lumpur: Pelarasan tarif air dengan kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 1 Februari ini mengundang rasa bimbang orang ramai. Tinjauan Harian Metro di sekitar ibu kota mendapati, ramai pengguna tidak bersetuju dengan pelaksanaan pelarasan tarif air terbabit.*

*GOA_L* 4⃣ *Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang bersama abangnya dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini, 1 Januari lalu ditemui selamat hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. "Ya, sudah ditemui. Nanti saya kongsikan kenyataan media secara rasmi," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.*

*GOA_L* 5⃣ *Pelabuhan Klang: Helah seorang lelaki menipu pengawai penguat kuasa dengan mendakwa dirinya adalah warganegara terbongkar selepas maklumat pada kad pengenalan dengan kad kerjanya tidak sama. Lelaki berusia 40-an itu mendakwa dia berasal dari Sabah datang ke Semenanjung beberapa tahun lalu sebelum bekerja sebagai jurukimpal.*

*GOA_L* 6⃣ *Pelabuhan Klang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas tujuh kereta mewah dan 10 motosikal kerana disimpan melebihi tempoh ditetapkan di gudang berlesen di Pelabuhan Utara, 28 Disember lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, rampasan dilakukan susulan operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Perkastaman JKDM Zon Tengah.*

*GOA_L* 7⃣ *Pelabuhan Klang: Ikrar bawa masuk tanglung, baju, kotak dan perabot namun tindakan sindiket penyeludupan rokok dan arak cuba mengaburi mata pihak berkuasa gagal. Ia berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas menjalankan pemeriksaan ke atas enam kontena dan satu premis di Pelabuhan Utara, di sini pada 14 Disember hingga 8 Januari lalu.*

*GOA_L* 8⃣ *Hulu Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini pada pagi 1 Januari lalu, dipercayai tidur seorang diri di sebuah hotel terbiar berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur selama enam hari. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, terdahulu remaja malang itu bersama abangnya berusia 17 tahun tinggal bersama seorang lelaki berusia 42 tahun di sebuah hotel di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.*

*GOA_L* 9⃣ *Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah memanggil ahli perniagaan Mirzan Mahathir, semalam bagi membantu siasatan. Mirzan hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.30 pagi, semalam dan satu perintah notis disampaikan kepada beliau di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.*

*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur: Pihak pendakwaan dalam kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berdepan dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan, membantah permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Selayang. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud berkata tindakan pihak pembelaan memfailkan notis usul pada 11 Januari lalu untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, bukan suatu alasan yang perlu dipertimbangkan bagi menangguhkan perbicaraan.*

*GOA_L* 1⃣1⃣ *Shah Alam: Polis berjaya membongkar sindiket pengedaran dadah menggunakan aplikasi Telegram, susulan tangkapan empat lelaki tempatan di kondominium berhampiran kawasan perindustrian Glenmarie, di sini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berumur 31 dan 32 tahun itu ditahan dalam operasi pada 6.40 petang Ahad lalu.*

*GOA_L* 1⃣2⃣ *Kota Bharu: Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan berkuatkuasa 4 Januari lalu. Pelantikan itu sekali gus menyaksikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan yang dikurniakan kepada Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra sebelum ini ditarik balik. Menerusi Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 11 Januari yang tular di laman sosial sejak kelmarin memaklumkan, perkara berkenaan mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.*

*GOA_L* 1⃣3⃣ *Batu Pahat: Seorang lelaki sempat mengajar ibu mentuanya mengucap sebelum wanita itu menghembus nafas selepas digilis lori kontena dalam kemalangan di hadapan kilang biskut, di Kilometer 15, Jalan Yong Peng-Muar berdekatan Tongkang Pechah, di sini petang semalam. Hanitah Jais, 57, dilaporkan terjatuh selepas motosikal ditunggang dipercayai terlanggar sebuah kenderaan ketika sedang menunggu lampu isyarat hijau sekitar jam 7 petang.*

*GOA_L* 1⃣4⃣ *Kota Tinggi: Selepas kira-kira seminggu dilanda banjir dengan kegiatan ekonominya lumpuh, kini bandar Kota Tinggi kembali meriah apabila sebahagian besar kedai mula beroperasi. Tinjauan Harian Metro di sekitar bandar Kota Tinggi mendapati, hanya beberapa buah kedai yang masih tidak beroperasi membabitkan Jalan Yusof, Jalan Tambatan dan Jalan Niaga yang berada di lokasi rendah dan berdekatan dengan Sungai Johor. Rata-rata peniaga giat menjalankan jualan lelong bagi perkakasan, pakaian dan barangan yang terjejas banjir.*

*GOA_L* 1⃣5⃣ *Seremban: Tindakan pantas jabatan berkaitan mengesan punca aliran cecair berwarna hitam dipercayai minyak enjin terus memasuki Sungai Linggi, semalam, berjaya mengelakkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Linggi daripada terjejas. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, berdasarkan pemerhatian setakat 8 pagi tadi, LRA Linggi yang membekalkan sumber air kepada 47,000 akaun pengguna masih beroperasi pada kapasiti 100 peratus.*

*GOA_L* 1⃣6⃣ *Putrajaya: Pengarah syarikat direman tiga hari hingga Sabtu, disyaki memberi wang rasuah berjumlah RM4,000 bagi mendapatkan projek di bawah program keusahawanan. Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.*

*GOA_L* 1⃣7⃣ *Putrajaya: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan. Rayuan itu terhadap sabitan serta hukuman penjara, denda dan rotan, bagi kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang **RAM. Peguam Syed Saddiq, Alex Tan Chie Sian daripada firma Messrs Wong Kian Kheong ketika dihubungi Bernama berkata, bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin dan peguam kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mewakili bekas presiden parti Muda itu dalam rayuannya.*

*GOA_L* 1⃣8⃣ *Kota Bharu: "Sudah masuk hari keempat adik hilang di sungai, besar harapan kami jasadnya ditemui. Sekurang-kurangnya ada kubur boleh diziarahi," ujar Sukardi Ismail, 47. Adiknya, Norhisyam Ismail, 43, sebelum ini didakwa terjun di Jambatan Tendong di sini, petang Isnin lalu. Sukardi berkata, setiap hari dia akan ke tebing sungai Kampung Tendong, Pasir Mas, di sini untuk mengetahui perkembangan dan melihat sendiri operasi mencari dan menyelamat (SAR) Norhisyam.*

*GOA_L* 1⃣9⃣ *Alor Gajah: Seorang pelajar Tingkatan 3 bersekongkol dengan dua rakan untuk menipu ibunya kononnya ditahan 'polis' dan memerlukan RM25,000 untuk melepaskannya selepas menghilangkan diri dari rumah 27 November lalu. Lebih menyedihkan wang hasil penipuan licik itu adalah bersumberkan simpanan Tabung Haji wanita terbabit dan dikatakan habis dibelanjakan oleh ketiga-tiga suspek untuk berjoli termasuk di Genting Highlands.*

*GOA_L* 2⃣0⃣ *Kota Bharu: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan menarik balik Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK), bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkuatkuasa 2 Disember lalu. Menerusi warta bertarikh 28 Disember yang mula tular sejak pagi tadi memaklumkan, Mohammad Agus dikurniakan Darjah Kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.*

*GOA_L* 2⃣1⃣ *Kuala Terengganu: Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini, tadi, digemparkan dengan ancaman bungkusan menyerupai bom yang diletakkan di hadapan pagar kompleks berkenaan. Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya menerima laporan daripada petugas keselamatan di kompleks itu pada jam 7.30 pagi dengan memaklumkan menemukan bungkusan itu pada jam 6.45 pagi.*

*GOA_L* 2⃣2⃣ *Kuching: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal mendapatkan aset baharu iaitu empat helikopter dan satu kapal induk bertujuan memantapkan operasi pasukan itu khususnya di perairan Sabah dan Sarawak. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi berkata, peruntukan berjumlah RM600 juta sudah diluluskan bagi mendapatkan perolehan empat helikopter itu.*

*GOA_L* 2⃣3⃣ *Kota Tinggi: Tiga ahli Geng Pecah Rumah Che Wan termasuk ketuanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi, di sini, hari ini atas pertuduhan menceroboh, kurungan salah dan menghalang penjawat awam, tahun lalu. Ketua Geng Che Wan, Mohd Saifuan Mohd Noor, 33, dan konconya Mohd Ikhwan Mohd Sharif, 33 dan Muhamad Badry Muhamad Azami, 23, mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Fitri Mokhtar.*

*GOA_L* 2⃣4⃣ *Kuala Lumpur: Pegawai polis berpangkat Inspektor antara tujuh ditahan kerana disyaki terbabit kes melarikan seorang ahli perniagaan di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, pada 10 Januari lalu. Pegawai terbabit yang bertugas di kontinjen Perak ditahan pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Bangladesh mendakwa abangnya dilarikan sekumpulan tujuh individu.*

*GOA_L* 2⃣5⃣ *Tanah Merah: Kerajaan Negeri Kelantan menyifatkan pelarasan tarif air domestik mulai 1 Februari depan dengan kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu tidak akan membebankan rakyat. Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata pihaknya juga menyambut baik cadangan berkenaan memandangkan ia mengikut kesesuaian dan selaras dengan seluruh negara.*

*GOA_L* 2⃣6⃣ *Kuala Terengganu: Tekanan air rendah dan bekalan sering terputus perlu diselesaikan sebelum semakan atau kenaikan kadar tarif air dilakukan. Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) perlu memastikan masalah bekalan air terputus sehingga melebihi 24 jam selain isu tekanan air rendah terutama waktu kemuncak diselesaikan sebelum melakukan semakan kadar tarif air.*

*GOA_L* 2⃣7⃣ *Kuala Lumpur: Pemimpin politik pembangkang Bangladesh, MA Quayum berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk mendapatkan perintah penggantungan bagi menghalang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghantarnya pulang ke negara asal. Pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) berusia 63 tahun itu dikehendaki di negaranya selepas dituduh membunuh pekerja bantuan Itali, Cesare Tavella. Tavella, 50, ditembak mati penyerang bermotosikal pada September 2015 ketika berjoging di kawasan diplomatik Dhaka, ibu negara Bangladesh.*

*GOA_L* 2⃣8⃣ *Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada di Pahang dan Johor sehingga Sabtu ini. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan di Pahang dijangka melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor lokaliti yang tersenarai adalah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.*

*GOA_L* 2⃣9⃣ *Melaka: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, hari ini, atas empat pertuduhan termasuk melakukan khianat dengan melanggar kereta peronda dan mencederakan anggota polis. Tertuduh, Wan Khairul Aslam Wan Mat, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dibacakan pertuduhan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.*

*GOA_L* 3⃣0⃣ *Petaling Jaya: Dijanjikan bayaran mata wang kripto 4,000 USDT (kira-kira RM18,000) untuk bekerja selama empat hari di Hong Kong oleh sindiket penipuan pekerjaan sebelum dikurung dan dipaksa bekerja dengan sindiket terbabit. Itu situasi dialami seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan 'KK Garden' dan masih terperangkap di kawasan Myawaddy, sempadan Thailand-Myanmar, sejak bulan lalu.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

            
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


           🇵🇸 *Gaza: Seorang pegawai tertinggi Hamas mengumumkan syarat baharu untuk menghantar ubat-ubatan kepada tebusan yang ditahan kumpulan itu di Gaza, bahawa trak yang membawa bekalan itu tidak boleh diperiksa oleh Israel.*
         *Di bawah perjanjian diusahakan oleh pengantara, Qatar dan Perancis, ubat-ubatan bersama dengan bantuan kemanusiaan akan dibekalkan kepada orang awam di Gaza sebagai pertukaran untuk menghantar ubat-ubatan yang diperlukan oleh tebusan yang ditahan di sana.*
           *Seramai 45 tebusan dijangka menerima ubat-ubatan mengikut perjanjian itu.*
         *Ahli kanan biro politik Hamas, Musa Abu Marzuk mendedahkan syarat baharu untuk penghantaran ubat-ubatan kepada tebusan.*

          🇵🇸 *Gaza: Seorang pemilik kedai Palestin mendakwa dijadikan perisai manusia oleh tentera Israel bagi melindungi diri mereka semasa melakukan serbuan ke atas bandar Dura di Tebing Barat, baru-baru ini.*
         *Rakaman video daripada telefon bimbit menunjukkan Baha Abu Ras diarak ke jalan raya oleh seorang askar yang membimbingnya dari belakang dengan sebelah tangan.*
         *Pada masa, askar itu meletakkan senapang di bahu di lelaki berkenaan.*
          *Dua lagi askar Israel yang memegang senjata api, berjalan dengan berhati-hati di belakang mereka.*

          🇺🇸 *Washington: Seorang wanita Amerika Syarikat yang membantu membunuh ibunya dan memasukkan mayatnya ke dalam beg pakaian semasa percutian 2014 di Bali, dijatuhi hukuman penjara 26 tahun, lapor BBC News.*
        *Heather Mack disabitkan kesalahan di Indonesia pada 2015 dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, tetapi dibebaskan pada 2021.*
        *Dia kemudiannya ditangkap sebaik tiba di Amerika Syarikat dan didakwa di negara ini dengan konspirasi untuk membunuh ibunya yang juga seorang warga AS.*

          🇺🇸 *Washington: Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mengesahkan bahawa pintu Boeing 737 MAX 9 milik Alaska Airlines yang tercabut hingga menyebabkan pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Portland, Oregon, Amerika Syarikat pada awal bulan ini dikeluarkan di Malaysia.*
         *Menurut laporan Wall Street Journal, Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy berkata, pintu itu dikeluarkan oleh Spirit AeroSystems di Malaysia sebelum dihantar ke pembekal Boeing di Wichita, Kansas.*
         *Menurutnya, siasatan NTSB juga akan menyelidik maklumat berkaitan pengeluaran, pengangkutan, pemasangan serta pemeriksaan kualiti sepanjang proses itu.*

          🇯🇵 *Tokyo: Japan Airlines (JAL) menamakan bekas pramugari Mitsuko Tottori sebagai presiden baharunya sekali gus menjadi wanita pertama mengetuai syarikat penerbangan itu.*
         *Tottori, pegawai eksekutif pengurusan kanan yang menyertai syarikat penerbangan itu pada 1985, akan menerajui syarikat itu mulai 1 April depan.*
       *Dalam tinjauan yang diambil setahun lalu, hanya 15 wanita berkhidmat sebagai presiden syarikat daripada 1,836 firma di bahagian utama yang berprestij di Bursa Saham Tokyo.*

          🇯🇵 *Tokyo: Sebuah pesawat penerbangan kendalian All Nippon Airways Jepun (ANA) dari Tokyo ke Seattle, Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo selepas seorang penumpang dilaporkan menggigit lengan seorang kru kabin.*
         *Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata, lelaki berusia 55 tahun yang dipercayai warga AS itu dalam keadaan mabuk ketika menggigit tangan lengan kabin sehingga menyebabkan individu itu cedera ringan.*
         *Lelaki itu ditahan oleh polis Tokyo sejurus pesawat mendarat kerana menyebabkan kecederaan.*

          🇹🇭 *Bangkok: Jumlah mangsa yang maut dalam kejadian letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri kira-kira 120 kilometer di utara Bangkok, meningkat kepada 23 orang dengan enam dilaporkan cedera.*
           *Menurut Pejabat Kesihatan Awam Suphan Buri, mangsa maut terdiri daripada 12 wanita dan lapan lelaki, manakala tiga lagi tidak dapat dikenal pasti.*
            *Kejadian berlaku pada 3.30 petang (waktu tempatan) dan media tempatan melaporkan ketika kejadian, terdapat 30 pekerja di kilang berkenaan.*

          🇮🇷 *Tehran: Pemberontak Houthi yang disokong Iran menyerang sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) dengan dron di luar Yaman, beberapa jam selepas negara itu meletakkan kumpulan terbabit dalam senarai entiti pengganas.*
           *Agensi keselamatan Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) berkata, sebuah dron mengenai kapal di Teluk Aden, sejurus selepas Houthi berikrar lebih banyak serangan terhadap kapal.*
            *Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree berkata, tentera laut kumpulan itu menyasarkan kapal AS yang dinamakannya sebagai Genco Picardy di Teluk Aden, dengan beberapa peluru berpandu yang sesuai.*

          🇪🇨 *Quito: Pendakwa raya Ecuador yang sedang menyiasat serangan di stesen televisyen di Guayaquil, yang terbesar di negara itu dan salah satu bandar paling berbahaya, ditembak mati pada Rabu.*
          *Peguam Negara Diana Salazar berkata, Pendakwa Raya Cesar Suarez, yang sudah menjalankan siasatan kes berprofil tinggi lain, ditembak ketika memandu kenderaan di bandar itu.*
         *"Saya akan mengatakan ini dengan tegas. Kumpulan jenayah terancang, penjenayah, pengganas tidak akan menghentikan komitmen kami kepada masyarakat Ecuador," katanya dalam siaran video di apkikasi X (dahulunya Twitter).*

          🇸🇬 *Singapura: Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran meletak jawatan sebagai menteri Kabinet dan ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP).*
         *Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, pendakwa raya sudah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap Iswaran di mahkamah, hari ini.*
        *Menurutnya, selepas Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memberi Iswaran notis rasmi berhubung pertuduhan itu, Iswaran menulis surat kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet dan sebagai anggota PAP.*

           🇵🇭 *Manila: Filipina akan membangunkan pulau-pulau di Laut China Selatan yang dianggapnya sebahagian daripada wilayahnya untuk menjadikannya lebih sesuai untuk didiami tentera.*
        *Ketua tentera negara itu, Jeneral Romeo Brawner berkata, rancangan itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Filipina dan China.*
          *Kedua-dua negara menuntut wilayah di Laut China Selatan dan kedua-dua pasukan keselamatannya terbabit dalam beberapa insiden di laluan air strategik itu.*

            🇮🇳 *New Delhi: Menteri Luar Pakistan memberitahu rakan sejawatannya dari Iran pada Rabu bahawa Islamabad "berhak untuk bertindak balas" terhadap serangan tentera Iran ke atas wilayahnya yang didakwa dijadikan pangkalan sebuah kumpulan bersenjata di Balochistan.*
         *Menteri Luar Jalil Abbas Jilani menerima panggilan telefon daripada Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian dengan kedua-dua pihak membincangkan insiden itu.*
        *Jilani memberitahu Amirabdollahian bahawa keganasan adalah ancaman kepada rantau itu dan memerlukan usaha bersepadu dan diselaraskan untuk menanganinya.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


             📺 *Kuala Lipis: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara peribadi menyifatkan penampilan istimewa baginda membaca berita buat kali pertama semalam, sebagai kaku.*
         *Seri Paduka bertitah pengalaman mencemar duli membaca berita pada slot istimewa Buletin Diraja pada Buletin Utama di TV3 bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga lebih susah daripada menyampaikan titah ucapan.*
         *"Baca berita semalam, saya begitu kaku. Permaisuri agak rileks. Mungkin dia (Tunku Azizah) sudah practice banyak kali, tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu dalam bilik itu (studio berita) sejuk sekali. Kalau tak percaya, eloklah lawat bilik berita," titah baginda.*

             👑 *Kuala Lipis: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya kerajaan Pahang menjadikan isu kelestarian alam sekitar sebagai keutamaan dan tidak berkompromi dalam soal perancangan pembangunan.*
         *Dalam usaha mencari sumber hasil negeri, Al-Sultan Abdullah mahu agar kerajaan negeri terus memelihara khazanah alam sekitar supaya ia berkekalan sehingga ke anak cucu.*
         *"Saya percaya Pahang satu negeri yang besar dan bertuah kerana kita ada bukit, pulau dan taman-taman yang cantik yang boleh kita banggakan. Saya harap dalam memajukan negeri, kerajaan negeri kena menjaga hasil alam dan khazanah ini.*

             👸🏻 *Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi bahagia di Instagram, saat menerima titipan berbentuk wang daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli dalam kunjungan diraja ke Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.*
          *Duit itu diberikan oleh Tunku Azizah kepada Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, selepas mendapat tahu bahawa pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu sedang hamil lima bulan.*
          *"Kejadian di Sri Pentas TV3. Menerima kunjungan diraja di Media Prima. Tuanku (Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra dan penyayang.*

             🐍 *Bangkok: Penumpang dalam penerbangan Thai AirAsia dari Bangkok ke Phuket, baru-baru ini, dikejutkan dengan kehadiran ular yang merayap di salah satu ruang penyimpanan barang di dalam kabin, lapor portal The Straits Times.*
           *Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna aplikasi TikTok @wannabnailssalon sehingga mencatat 3.4 juta tontonan, sejak video insiden itu dimuat naik ke media sosial berkenaan.*
           *Kelihatan beberapa penumpang dengan pantas bergerak dari tempat duduk mereka, manakala yang lain mula merakam kejadian yang dipercayai berlaku pada 13 Januari itu.*

             💦 *Juba: Enam wartawan di Sudan Selatan ditahan berhubung edaran rakaman yang menunjukkan Presiden Salva Kiir kelihatan terkencing dalam seluar di acara rasmi, kata kesatuan wartawan negara, baru-baru ini, lapor CNN.*
         *Rakaman pada Disember menunjukkan kesan di seluar kelabu presiden berusia 71 tahun itu ketika dia berdiri untuk lagu kebangsaan pada acara rasmi. Video itu tidak pernah disiarkan di televisyen, tetapi kemudiannya tersebar di media sosial.*
         *Wartawan itu, yang bekerja dengan Perbadanan Penyiaran Sudan Selatan yang dikendalikan kerajaan, ditahan baru-baru ini, kata Patrick Oyet, presiden Kesatuan Wartawan Sudan Selatan.*
          *"Mereka disyaki mempunyai pengetahuan bagaimana video presiden (terkencing)," katanya kepada Reuters.*
             

*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
                 

*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


              🙌🏻 *Abidjan: Penjaga gol, Andre Onana mungkin berada dalam kesebelasan Cameroon untuk menentang juara bertahan Piala Negara-Negara Afrika, Senegal, esok apabila kembali berlatih, semalam.*
           *Onana terlepas perlawanan pembukaan Cameroon di kejohanan di Ivory Coast itu pada Isnin lalu, selepas dia dibenarkan berada di Manchester United dan beraksi ketika seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur di Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.*
         *Dia diterbangkan dengan pesawat sewa khas ke Ivory Coast selepas perlawanan di Old Trafford itu, tetapi tiba beberapa jam sebelum sepak mula Kumpulan C dengan Guinea, apabila Cameroon terpaksa bangkit sebelum seri 1-1.*

              😇 *London: Penyerang Brentford, Ivan Toney mengisytiharkan dirinya bebas daripada penggantungan lapan bulan kerana 232 dakwaan terbabit dalam perjudian, semalam, dan menimbulkan spekulasi apabila menyatakan mahu bermain dengan kelab atasan.*
         *Pemain antarabangsa England berusia 27 tahun itu yang muncul penjaring terbanyak Brentford pada musim lalu dan memuat naik GIF di media sosial dengan satu perkataan saja iaitu 'bebas'.*
          *Bercakap kepada televisyen Sky Sports, dia memberitahu mengenai cita-citanya.*

              ✍🏼 *London: Bek kiri Tottenham Hotspur dari Sepanyol, Sergio Reguilon menyertai Brentford secara pinjaman hingga akhir musim ini, hari ini, selepas gagal menyerlah di Manchester United.*
          *"Sergio adalah pemain sempurna dan sesuai dengan kami, terbukti sebagai pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam pelbagai aspek. Dia sesuai dengan kemahuan kami. Bagus apabila menyerang, membuat hantaran lintang dan memiliki kaki kiri yang bagus," kata pengurus Brentford, Thomas Frank menerusi laman web kelab itu.*
           *Reguilon yang juga pemain antarabangsa Sepanyol menyertai Tottenham dari Real Madrid pada 2020 dan dipinjamkan semusim ke Sevilla, tetapi dia bergelut mengekalkan prestasi pada musim kedua.*

              ⚽ *London: Nottingham Forest dan Everton mengenepikan kemungkinan dipotong mata pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mara ke pusingan keempat Piala FA, awal pagi tadi.*
           *Forest mengatasi ancaman untuk menyingkirkan kelab bahagian tiga, Blackpool 3-2 selepas masa tambahan, manakala Everton menang 1-0 ke atas Crystal Palace dalam satu lagi aksi ulangan pusingan ketiga.*
          *Ia sudah pasti berita gembira buat Forest dan Everton, yang kedua-duanya dirujuk kepada suruhanjaya bebas oleh EPL pada Isnin, selepas mengaku melanggar peraturan kewangan.*

             🏆 *London: Mohamed Salah tidak lagi beraksi di bahagian kanan pasukan Mesir, sebaliknya diberikan peranan baharu yang menurut Jay-Jay Okocha, bintang Liverpool itu perlu 'jujur' dengan pengurusnya.*
          *Mesir hanya mampu seri 2-2 dengan Mozambique dalam aksi pertama Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang menyaksikan Salah kurang menyerlah dalam perlawanan itu.*
        *Walaupun pemain berusia 31 tahun itu menghasilkan gol dan mencipta bantuan jaringan, namun ada yang mempertikaikan kualiti gol penalti penyamaannya dan bantuan jaringan itu pula tidak disengajakan.*

              🏆 *Abidjan: Pasukan mencipta kejutan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022, Maghribi menang 3-0 ke atas Tanzania yang beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan pembukaan Piala Negara-Negara Afrika, awal pagi tadi.*
         *Ketua pasukan, Romain Saiss, Azzedine Ounahi dan Youssef En-Nesyri menjaringkan gol buat Maghribi manakala Tanzania beraksi dengan 10 pemain selepas Novatus Miroshi dibuang padang.*
          *Walaupun dianggap kuasa besar Afrika sejak beberapa dekad lalu, Maghribi masih memburu gelaran kedua kejohanan selepas kali pertama menjulang trofi kejuaraan di Ethiopia, 48 tahun lalu.*

             🏆 *Doha: Juara bertahan, Qatar muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas menundukkan Tajikistan 1-0 pada perlawanan kedua Kumpulan A saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor, malam tadi.*
         *Kemenangan itu adalah yang kedua buat skuad digelar 'The Maroons' bimbingan Marquez Lopez itu dan kini mendahului kumpulan dengan enam mata menjelang perlawanan terakhir bertemu China, minggu depan.*
           *Penyerang kelab Al Sadd, Akram Afif, sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol kemenangan pada separuh masa pertama perlawanan, sekali gus menyaksikan beliau kini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan tiga gol.*

             🏆 *Doha: Peluang China dalam kempen Piala Asia semakin sukar selepas hanya mampu seri 0-0 kali kedua berturut-turut ketika menentang Lubnan sebentar tadi.*
         *Lubnan yang menduduki ranking lebih rendah tidak bernasib baik apabila percubaan mereka dua kali terkena palang manakala usaha China diselamatkan di atas garisan gol dalam aksi menarik di Stadium Al Thumama.*
         *Tuan rumah dan juara bertahan menentang Tajikistan dalam aksi kumpulan sama malam ini dan pusingan 16 terakhir dalam jangkauan mereka. China pula akan berdepan Qatar dalam aksi terakhir mereka.*

             🏆 *Doha: Australia membuat keputusan tepat meninggalkan Oceania dan menyertai konfederasi Asia (AFC) pada 2006 selepas tahap kejohanan di benua itu membantu meningkatkan prestasi Socceroos sebagai satu pasukan, kata jurulatih Graham Arnold hari ini.*
          *Australia menjadi ahli Persekutuan Bolasepak Oceania hampir empat dekad tetapi meninggalkannya pada 2006 dan menyertai Piala Asia kali pertama pada 2007.*
         *Mereka muncul juara ketika menjadi tuan rumah 2015 dan menjadi naib juara edisi 2011 yang turut berlangsung di Qatar.*

              🏆 *SKUAD Harimau Malaya perlu berjaga-jaga menjelang aksi kedua Kumpulan E menentang Bahrain apabila pasukan lawan turut 'bernafsu' memburu tiga mata penuh.*
         *Ia dilaungkan pengendali Bahrain, Juan Antonio Pizzi yang mengakui peluang untuk anak buahnya bangkit selepas tumbang di tangan Korea Selatan adalah dengan menundukkan Malaysia di Stadium Jassim Bin Hamad, Sabtu ini.*
         *Jelas Pizzi, pemainnya akan mengerah segala kudrat yang ada bagi memburu kemenangan sekali gus membuka peluang layak ke pusingan berikutnya.*

             🎾 *Melbourne: Cuaca hujan kembali melanda di Terbuka Australia, hari ini, menyebabkan gelanggang berbumbung mudah alih menjadi sibuk manakala aksi di gelanggang tak berbumbung ditangguhkan.*
         *Walaupun berdepan dengan cuaca yang mengganggu perlawanannya pada pusingan kedua, pemain tenis remaja Republik Czech, Linda Noskova, 19, mengatasi set kedua yang kurang memuaskan dan bangkit menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), McCartney Kessler, 24, dengan keputusan 6-3, 1-6, 6-4.*

             🎾 *Melbourne: Juara 10 kali Terbuka Australia, Novak Djokovic sekali lagi melepasi cabaran sengit dalam dua perlawanan untuk mara ke pusingan ketiga kejohanan, malam tadi.*
         *Pada ketika perlawanan terikat 1-1, Djokovic bangkit memenangi set ketiga dengan mengatasi pemain kegemaran tempatan, Alexei Popyrin 6-3, 4-6, 7-6 (4), 6-3.*
         *Pertarungan kali ini mengambil masa tiga jam dan 11 minit, selepas Djokovic memerlukan empat set dalam aksi lebih empat jam untuk menyingkirkan Dino Prizmic di pusingan pertama.*

              🏀 *Miami: Penolong jurulatih Golden State Warriors, Dejan Milojevic meninggal dunia pada usia 46 tahun selepas mengalami serangan jantung pada majlis makan malam pasukan NBA itu di Salt Lake City, semalam.*
          *Jurulatih dari Serbia yang bermain di Sepanyol dan Turki serta di negara asalnya memulakan kerjaya sebagai jurulatih selepas menyertai Warriors sebagai penolong jurulatih pada 2021.*
          *Dia sebahagian daripada anggota pasukan yang memenangi Kejuaraan NBA pada 2022.*

             �‍� *Augusta, Georgia: Juara dua kali, Bernhard Langer bakal membuat penampilan terakhirnya dalam kejohanan golf Masters pada April ini, umum pemain Jerman itu dalam temu bual bersama Golf Channel.*
        *Langer, 66, gagal mencapai skor yang memenuhi syarat untuk bermain pada tiga kejohanan Masters sebelum ini, membuat pengumuman itu di Hawaii, sebelum berlangsung Juara Jelajah PGA, minggu ini.*
        *"Saya sudah membuat keputusan, ia bakal menjadi Masters terakhir saya tahun ini dan mungkin Terbuka Amerika Syarikat (AS) terakhir saya, kecuali jika terjadi keajaiban," katanya.*

             ⛵ *Langkawi: Memenangi enam perlumbaan berturut-turut meletakkan pasukan Witchcraft dari Hong Kong dalam keadaan selesa untuk muncul juara baharu Regatta Diraja Antarabangsa Langkawi (RLIR) 2024, di sini.*
           *Meskipun berbaki empat perlumbaan, kejayaan mengatasi lawan pada hari pertama, kedua dan ketiga hari ini, menyaksikan pasukan diketuai Nick Burns itu berada pada landasan tepat untuk bergelar juara edisi ke-20 ini.*
        *Ini berikutan pencabar terdekat yang juga wakil negara, The Next Facto dari Kelab Perahu Layar Diraja Selangor (RSYC) ketinggalan lima mata penalti kepada Witchcraft, manakala Uranus (Hasani Hassan, 15 mata) di tempat ketiga.*

             🏸 *Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terus mempamerkan aksi positif apabila menewaskan gandingan China, Cheng Xiang-Zhang Chi 26-24, 21-10 pada pusingan kedua Terbuka India hari ini sekali gus mara ke suku akhir.*
        *Kejayaan terbaru itu pastinya dapat mengubat kekecewaan mereka yang kandas seawal pusingan pertama di Terbuka Malaysia, minggu lalu.*
        *Pada perlawanan hari ini, Soon Huat-Shevon dipaksa bekerja keras untuk memenangi set pertama sebelum mempamer aksi konsisten pada set kedua sekali gus melakar kemenangan dan akan bertemu pilihan kelima kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di suku akhir.*

             🏸 *Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa bermain sehingga ke set penentuan sebelum mencatat kemenangan 21-9, 19-21, 21-14 ke atas pasangan Jepun, Akira Koga-Taici Saito dalam aksi pusingan pertama yang berlanjutan lebih sejam di Terbuka India, semalam.*
           *Beraksi di Dewan Tertutup KD Jadhav, beregu negara yang berada di ranking keempat dunia bermula baik di set pertama apabila kurang melakukan kesilapan dan bermain dengan tempo pantas serta terus menerus menekan sehingga lawan melakukan kesilapan mudah untuk menang dalam masa 17 minit sahaja.*

            🐯 *Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tanah air perlu menghormati dan percaya dengan strategi direncanakan pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon pada kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.*
          *Bekas pengendali Harimau Muda A Mohd Azraai Khor Abdullah berkata beliau tidak sesekali mempertikaikan taktikal diatur jurulatih kelahiran Korea Selatan itu kerana ia melanggar etika seorang jurulatih.*
          *"Beliau (Pan-gon) ada caranya tersendiri. Sebagai seorang jurulatih, bukan etika kita nak ulas taktikal jurulatih lain. Itu pendirian saya untuk tidak menyentuh taktikal yang digunakan jurulatih lain. Kita perlu hormati (strategi Pan-gon)," katanya ketika dihubungi hari ini.*

            🐯 *Doha: Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!*
        *Itu perumpamaan bagi menggambarkan situasi terkini skuad Harimau Malaya yang bermotivasi untuk memburu kemenangan ke atas Bahrain pada aksi kedua Piala Asia, Sabtu ini.*
         *Menurut pemain sayap lincah negara, Faisal Halim, tiada perkara mustahil dalam bola sepak dan kejutan boleh saja berlaku dalam mana-mana perlawanan.*

            🐯 *"DIA minta maaf, sebenarnya bukan salah dia". Demikian luahan tonggak pertahanan skuad Harimau Malaya, Shahrul Saad yang mempertahankan taktikal pengendali negara, Kim Pan-gon pada aksi pertama Kumpulan E Piala Asia menentang Jordan, Selasa lalu.*
           *Katanya, kekalahan 0-4 itu bukan berpunca daripada Pan-gon ataupun mana-mana pemain sebaliknya Jordan baginya terlalu unggul dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Janoub itu.*
           *Justeru, Shahrul atau lebih mesra dipanggil 'Badak' percaya keputusan positif mampu dilakar pada aksi kedua menentang Bahrain pada Sabtu ini bagi menghidupkan peluang pasukan ke pusingan berikutnya.*

            🐯 *BARISAN kejurulatihan skuad Harimau Malaya mempunyai resepi tersendiri dalam membangkitkan suasana latihan yang ceria apabila memulakan sesi latihan dengan permainan Ted Ball.*
        *Arena Metro yang melakukan tinjauan di pusat latihan pasukan di padang Universiti Qatar di sini mendapati suasana latihan pasukan cukup harmoni.*
           *Suasana itu memberi isyarat bahawa skuad kendalian Kim Pan-gon tampak bersemangat menjelang aksi hidup mati menentang Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad, Sabtu ini.*

           ⚽ *Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu tegas dalam isu kelayakan sesebuah pasukan yang akan bertanding di dalam saingan Liga Super agar masalah sama tidak berulang sehingga mencemarkan nama MFL sebagai pengelola Liga Malaysia.*
         *Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa berkata, setiap pasukan yang ingin bertanding dalam saingan liga utama di Malaysia, perlu menetapi kriteria secukupnya yang ditetapkan MFL agar ia tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.*

              
*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

CCTV
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Fake dana 14/1/2024, 11:23

@SINCERE terbaik brader .....apa yg brader kata tu dah adalah reality sebenarnya memang tepat sekali dan cara yg terbaik jgn bantu walaupun satu sen sekali pun dan lupakn terus M5301 InshAllah jiwa akan jadi lebih tenang n damai

Fake dana
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 11 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 11 of 17 Previous  1 ... 7 ... 10, 11, 12 ... 17  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You can reply to topics in this forum