Dana Putar Alam
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

dana Pokemon Paiman saiko

+9
Fizz
Ahli5301
Rose88
Buttercokies
Abglong
Mat Kilau
Hantu Raya
trillionaire_zuhud
FAIZARZAHAR
13 posters

Page 39 of 40 Previous  1 ... 21 ... 38, 39, 40  Next

Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Dana M5301penipu

Post by Konatepi 25/6/2022, 08:04

Lagi sakan kaut duit.. seminggu berapa kali minta topUp???? Kesian sungguh kat org2 yg bendol ni tertipu dengan puak puaka nii..  ni alasan BNM bg kod baru pulak.. kod kepala hotak dorang la.. ke kutipan nak enjoy tak cukup???

Tambah2 lg 2 minggu nak raya dan kos brg makin meningkat.. hat puak puaka ni tau penaya org aja tanpa rasa bersalah..  dahsyat manusia puaka nak hidup senang atas kesusahan org lain.

Eh korang still percaya ke? Anda dianiaya sebenarnya

Konatepi
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty dana Pokemon

Post by aku pon kena tipu 21/6/2022, 09:32

Next.. hari ni depa tengah mereka cipta alasan apa lagi nak kutip duit.. cerita pasal AMLA ntah ke berapa kali xtau... ingat org BODOH piang sangat ke??? tunggu yer.. klu bukan malam ni (Selasa), esok depa minta top up... top up dan top up lg.. dah berapa kali proses terakhir.. siap bagi harapan hari apa masuk dlm account.. nun bukan apa pasai nak duit punya pasai... last2 tiba hari tersebut sekupang habuk pon tarak.. eleekkk... haiii masih ada yg percaya ke??

Sedih betul bila jd penunggang agama.. duit org tu.. x ingat mati ke??? aku pon tunggu nak tengok game ni bila penamatnya, kita lepak2 santai kat dlm tu.

aku pon kena tipu
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Tiada nama 21/6/2022, 07:13

Bodoh punya dana. Tk habis2 dgn mslh dgn sistem. Dari hari tu tk lepas2 dgn sistem confirmation paymaster. Aku pun ada dlm group, sj tknak left sbb nak tgk kebodohan org2 kita yg dok sibuk nak jadi billionaire kononnya. Aku rasa mcm nak maki je sorg2 dlm tu tp kena sabar. Yg aku pelik sgt2 knp bengap sgt p topup utk byran pengurusan lah apa lah, sdgkan yg sblm ni pun tk pnh dpt pulangan 1 sen lagi. Eh diaorg ni tk tkt ke ek makan duit org ni? Tk tkt ke nanti kt mahsyar nak crik sorg2? Aku geram tp sedih jgk sbb kbnyakan yg percaya dana tu ramai org melayu dan tua2 termasuklah makcik pakcik aku yg dah labur beribu2 utk dana tu.. hmmm Sad

Tiada nama
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Putar Alam Pakej M5029039130180

Post by Hantu Kaya 1Billion 20/6/2022, 16:29

Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Tobak aku xmau percaya dgn Dana putar alam ni, xpernah aku kluarkan modal utk bantu dyorang bt bayar proses ntah pape, tapi aku xnak la left group sbb nak tgk org Malaysia ni lucu2. Hahaha. Gelak sakan weh sbb Malaysia berjaya melahirkan ribuan Pak Pandir sbb percaya Dana Putar alam. Silakan topup utk mngisi poket2 penunggang agama, nk tgk dekat akhirat sape la yg disebalik penipuan ni. Gigih benor menipu. Best baca komen2 dlm ni. Tp sdih sbb mertua aku still percaya dgn merekea, geram tul la aku dgn penipu2 ni.

Hantu Kaya 1Billion
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty duit duit

Post by kakikencingkakitipu 16/6/2022, 09:49

weiii standby duit siap2.. esok dorang nak buat collection pulakkk

kakikencingkakitipu
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Test

Post by Katakan 13/6/2022, 21:12

......

Katakan
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by wak paiman 13/6/2022, 17:24

LAPORAN KEPUTUSAN KES
MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (1) KUALA LUMPUR
KES TANGKAP : 62-426-07

PENDAKWA RAYA

LAWAN

PAIMAN BIN SHAKIMON



KORUM

:

:

:

MAJISTRET

TPR

PEGUAM


:

:

:

PUAN S. M KOMATHY

ANAS AHMAD ZAKIE

MD YUNOS B. SHARIFF
SHAIFUL IZHAM B. RAMLI
FAIZAL MAHDI B. MAHMUD


PERTUDUHAN :

Pertuduhan Pertama

Bahawa kamu di antara 6 Mei 2005 hingga 17 November 2006 di Hotel Nikko, Jalan Ampang, di dalam Daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menipu Dato’ Rosidi Bin Kamaruddin KP: 521211-02-5421 dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa satu skim pelaburan bernama “Program Roll Over” adalah sah dan mendapat kebenaran dari Bank Negara Malaysia dan skim pelaburan ini akan menguntungkan yang mana kamu ketahui kesemua perkara tersebut adalah tidak benar dan dengan demikian dengan curangnya mendorong Dato Rosidi bin Kamaruddin menyerahkan wang tunai sejumlah RM 3,429,370.00 kepada kamu sebagai pelaburan untuk skim tersebut yang mana Dato’ Rosidi Bin Kamaruddin tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan sedemikian dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Pertuduhan Kedua

Bahawa kamu di antara September 2005 hingga Mac 2006 di Hotel Nikko, Jalan Ampang, di dalam Daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah dengan curangnya menggunakan sebagai tulen dokumen-dokumen (Rujuk Lampiran A) yang mana dokumen-dokumen tersebut merupakan satu cagaran berharga seperti yang diperihalkan di bawah Seksyen 467 Kanun Keseksaan, dan kamu ada sebab memepercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu ketika ia diserahkan kepada Dato Rosidi bin Kamaruddin di Hotel Nikko tersebut dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 467 Kanun yang sama.

Lampiran A

Citibank Withdrawal Advice bertarikh 17 November 2005
Citibank Withdrawal Advice bertarikh 18 November 2005
Penyata Akaun Bank Citibank bertarikh 20 Oktober 2005
Penyata Akaun Bank Citibank bertarikh 30 November 2005
Penyata Akaun Bank Citibank bertarikh 5 Disember 2005
Buku Cek Citibank No. Akaun 0036174132
Permohonan Pindahan Dana Citibank bertarikh 15 Oktober 2005
Permohonan Pindahan Dana Citibank bertarikh 30 September 2005
Slip Deposit JP Morgan Chase Bank bertarikh 6 Disember 2005
Slip Pengesahan Deposit JP Morgan Chase Bank bertarikh 20 Disember 2005
Penyata Akaun Bank JP Morgan Chase Bank bertarikh 6 Disember 2005
Penyata Akaun Bank JP Morgan Chase Bank bertarikh 17 Januari 2006
Penyata Akaun Bank JP Morgan Chase Bank bertarikh 17 Januari 2006
Credit Note JP Morgan Chase Bank bertarikh 18 Disember 2005
Credit Note JP Morgan Chase Bank bertarikh 9 Disember 2005
Buku Cek JP Morgan Chase Bank
Buku Cek JP Morgan Chase Bank


Pertuduhan Ketiga

Bahawa kamu di antara Oktober 2005 hingga 26 Mei 2006 di Hotel Nikko, Jalan Ampang, di dalam Daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menipu Dato’ Liew Teck Keong KP : 550910-10-6119 dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa satu skim pelaburan bernama “Program Roll Over” adalah sah dan mendapat kebenaran dari Bank Negara Malaysia dan skim pelaburan ini akan menguntungkan yang mana kamu ketahui kesemua perkara tersebut adalah tidak benar dan dengan demikian dengan curangnya mendorong Dato’ Liew Teck Keong menyerahkan wang tunai sejumlah RM 500,000.00 kepada kamu sebagai pelaburan di dalam skim tersebut yang mana Dato’ Liew Teck Keong tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan sedemikian dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan


Pertuduhan Keempat

Bahawa kamu di antara Oktober 2005 hingga Ogos 2006 di Hotel Nikko, Jalan Ampang, di dalam Daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah dengan curangnya menggunakan sebagai tulen dokumen-dokumen (Rujuk Lampiran A) yang mana dokumen-dokumen tersebut merupakan satu cagaran berharga seperti yang diperihalkan di bawah Seksyen 467 Kanun Keseksaan, dan kamu ada sebab mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu ketika ia diserahkan kepada Dato’ Liew Teck Keong di Hotel Nikko tersebut dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama 467 Kanun yang sama.

Lampiran A

Permohonan Pindahan Dana Citibank bertarikh 18 Oktober 2005
Permohonan Pindahan Dana Citibank bertarikh 29 November 2005
Penyata Akaun Bank Citibank bertarikh 30 November 2005
Penyata Akaun Bank Citibank bertarikh Disember 2005
Buku Cek Citibank
Pengesahan Deposit JP Morgan bertarikh 20 Disember 2005
Penyata Akaun Bank JP Morgan Chase Bank bertarikh 6 Disember 2005
Penyata akauan Bank JP Morgan Chase Bank bertarikh 17 Januari 2006
Penyata Akaun Bank JP Morgan Chase Bank bertarikh 3 Mac 2006
Slip deposit Cek JP Morgan bertarikh 6 Disember 2005
Buku Cek JP Morgan


TARIKH PERTUDUHAN :


28 September 2007

NOTA PROSIDING :

Pertuduhan-pertuduhan di atas telah dibacakan, diterangkan kepada tertuduh. Tertuduh tidak mengaku salah terhadap pertuduhan-pertuduhan dan minta dibicarakan.

TARIKH KEPUTUSAN/ SEBUTAN/ BICARA:


Mahkamah menetapkan tarikh 7 hingga 11 Julai 2008 untuk perbicaraan

Tertuduh dibenarkan dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah RM 100,000.00 dengan seorang penjamin, dan pasport antarabangsa diserahkan kepada Mahkamah sebagai syarat jaminan dan tertuduh diperintahkan untuk melapor diri di Balai Polis Kajang sekali dalam sebulan.

wak paiman
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by wak paiman 13/6/2022, 17:16

Tipu: Datuk dihukum 26 tahun penjara

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dijatuhi hukuman penjara 26 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana didapati bersalah menipu dan memalsukan dokumen melibatkan RM12 juta milik dua Datuk lain dalam kes penipuan pelaburan lima tahun lepas.

Bagi tuduhan pertama, Datuk Paiman Shakimon, 52, diperintahkan menjalani hukuman penjara lima tahun kerana menipu ahli perniagaan Datuk Rosidi Kamaruddin, 59, setelah mendorong mangsa menyerahkan lebih RM3.8 juta dalam skim pelaburan palsu dikenali sebagai "Program Roll-Over", yang kononnya diluluskan Bank Negara.

Paiman dari Country Heights, Kajang, dihukum penjara lapan tahun kerana kesalahan serupa - sebagai ganti bagi tuduhan ketiga - melibatkan RM8 juta yang diterimanya daripada Datuk Liew Teck Keong, 56.

Mengenai kesalahan memalsukan dokumen berhubung tuduhan kedua dan keempat, Paiman dihukum penjara lima tahun kerana memperdayakan Rosidi dan lapan tahun penjara berkaitan kes melibatkan Teck Keong.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh memerintahkan hukuman bagi kesalahan pertama dan ketiga berjalan secara berturut-turut berkuat kuasa semalam manakala hukuman bagi kesalahan selebihnya berjalan secara serentak.

Berikutan keputusan itu, Paiman hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 tahun. Paiman melakukan semua kesalahan itu di Hotel Nikko, Jalan Ampang di sini antara Mei 2005 dan November 2006. - Bernama

20 Apr 2011


Penipu RM12j dijel 13 tahun

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas empat tuduhan menggunakan dokumen palsu dan menipu menggunakan Pelaburan Program Roll-Over membabitkan kerugian hampir RM12 juta.

Hakim Datuk Jagjit Singh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Datuk Paiman Shakimon.

Jagjit dalam keputusannya berkata, selepas menimbang keterangan pembelaan tertuduh, beliau mendapati ia hanya penafian semata-mata selepas difikir kemudian dan ditambah.

Paiman, 52, didakwa dengan dua tuduhan menipu ahli perniagaan, Datuk Rosidi Kamaruddin dan peguam, Datuk Liew Teck Keong dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai Pelaburan Program Roll-Over adalah sah dan mempunyai kebenaran Bank Negara Malaysia sehingga mendorong mereka menyerahkan wang berjumlah RM3,879,370 dan RM8 juta.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa dengan dua pertuduhan menggunakan dokumen cagaran berharga palsu yang diserahkan kepada kedua-dua mangsa mengikut Seksyen 471 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda.

Bagi tuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu terhadap Rosidi, Jagjit mengenakan hukuman penjara masing-masing lima tahun manakala bagi tuduhan sama terhadap Teck Keong, hukuman penjara masing-masing lapan tahun dikenakan terhadap tertuduh, kedua-duanya berjalan serentak.

myMetro
20 Apr 2011

wak paiman
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Skim Propa skim penipu

Post by aku pon kena tipu 13/6/2022, 10:26

bukan nak kata apa.. depa kata hari senin duit masuk lepas key-in apa manatang xtau... tp hangpa perasan dak time minta duit depa start janji senin duit masuk dlm account.. ni dah berapa kali senin duit **RAM x masuk2.. perasan x setiap kali minta duit tu alasan nak tarik orang suruh bayaq duit kat depa.. lepas dapat duit depa pusing pulak cerita lain... puak hamlau semua ada aihhh.. apa ingat org cap duit ka.. ada mesin duit boleh print duit sedia???? sembang kari xhabis2.. orang bodoh piang ja dok pi bagi depa duit..

lepas tu dok main ulang bonuh raya.. bonuh raya x abis2.. raya posa habis dah.. tunggu raya haji pulak ka.. xdak raya haji depa kira deepavali pulak.. ishhhhh pusing punya pusing bilan nak stop xtau..

aku pon kena tipu
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Dana M5301

Post by Ejaldrummer 11/6/2022, 11:06

Semua direka cipta tanpa ada bukti sokongan mengenai Dana,tu pun masih ramai lagi percaya disebab kn terlampau excited hendak jadi jutawan

Ejaldrummer
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Percaya ke??

Post by Jebon Hensom 9/6/2022, 16:06

Dah top up?? seronok pulak main top up2 ni hahaaaa..

dah kaya ke belumm???

game dah over belum???

ishhh pusing2 macam rollercoster..


Jebon Hensom
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Putar Alam

Post by Hantu Kaya 1Billion 7/6/2022, 13:47

Aduh, sbnarnya ramai dah yang sedar sebab Dana Pokemon guna modus operandi yg sama drpd dlu, tapi lately makin ramai pula percaya, yg ni lawak xleh brain dh dana putar alam ni Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

Hantu Kaya 1Billion
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty dana Pokemon

Post by Cik Tipah 2/6/2022, 11:01

memang xde nya duit tu... kencing kuat.. puak ni makin kerap minta duit.. tu yang heran ada juga hat rajin dok topup duit.. dok percaya apa xtau.. sistem apa yg dorang dok torak tu.. sistem simpan poket sendiri bg penuh????. Janji berapa kali da.. kami akan bayar.. kami akan bayar bla bla blaaaaa selepas selesai bayaran dibuat... lepas bayar sistem ada masalah la apa la bla bla blaaaaa kena topup lagi..

katanya ada kesilapan pada pemahaman mengenai bonus raya.. dah berpusing dekat situ pulakkkk, lepas ni apa alasan paling baik dorang bagi kat korang.. nak percaya ke??? Korong tunggu plak deepavali baru dpt bonuih kot.

katanya lagi abaikan info2 sebelum niii.. itu janji pokemon, janji pelsu belaka.. jangan mimpiii di siang hari weiii. jangan kena pukau sudahh, makin merepekk puak pokemon ni..


Cik Tipah
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Tiada nama 1/6/2022, 19:43

Aku rasa duit tkkan ada. Sb tiap2 hari ada ja alasan diaorg bg. Tp yg pelik ada ja ahli dlm group tu sanggup topup plan yg konon dpt imbuhan berjuta2 dgn ferrari la, jongkong emas la. Diaorg tk rasa ke yg diaorg tu kencing je lebih.

Tiada nama
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Skim Propa skim penipu

Post by Jeng kalajengking 31/5/2022, 10:04

Bebas??? dorang saja yg tau... cuma xde bukti yg boleh tunjuk.. janji tinggal janji.. urusan apantahtaktau asik bertangguh2.. lepas ni alasan apa dorang nak reka cerita pulak nak kutip duit, nampak sangat menipu.. berani mainkan kalimah dan nama Allah.. takutnyaaa.. puak2 tu xtakut azab ke nanti, makan duit orang dengan menipu..

Jeng kalajengking
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Benarkah Dato Paiman telah dijamin dan sekarang telah bebas

Post by Jonblato 30/5/2022, 20:44

Puak2 taksub telah spin cerita.Dato Paiman telah keluar penjara. Sekarang operasi urusan mengagihkan dana.Cerita ini menjadi modal sebagai alasan untuk meraih lagi kutipan dari ahli.Ada sesiapa punyai bukti , beliau sudah bebas?

Jonblato
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Bonuih Raya

Post by aku pon kena tipu 26/5/2022, 15:18

Ghayer nak habis.. manadia bonuih ghayer.. hang tolong jawab sat brader johnnnnnnn roti johnnnn.. xkan asik top up ja.. alasan demi alasan depa bagi.. pas satu satu plak alasan... macam2 aih.. hang x rasa tipah tertipu ka brader john.. cer jawab..

hang sendiri pon nama john labu.. cettttt kata kat orang... melayu makan belacan jadi brader johnnn puihhhh

aku pon kena tipu
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Bonuih Raya

Post by Cik Tipah 24/5/2022, 11:34

Hello Broder John.. dah top up?? bonus bila boleh dapaat??? saja tanya

Cik Tipah
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Tiada nama 24/5/2022, 07:35

Dana putar belit. Ckp nak bg bonus raya tp sampai dah nak habis raya tk nampak byg. Yg npknya cuma alasan semata2. Yg nampaknya cuma buka plan, mungkin utk duit raya depa je la kot.

Tiada nama
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by はしたな 21/5/2022, 11:33

brader john butthurt ka.. bila dana ni nak kasik brader john kaya raya? takkan topap je brader john... mcm org jual roti john... tapi brader john xdak apa pun.. nama sebenar ka brader john tu... brader john butthurt... ekekekekeke

はしたな
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Dana M5301

Post by Brother John 17/5/2022, 18:23

Bagi yg komen negatif pasal dana ni...., cer direct bagi nama. Senang sikit kerja nak demob bagi yg dah join. Ada bran tak...!? Bukan baling batu sorok tangan. Kalau gentle..., declare nama hangpa. Kalau tak..., hangpa sama la mcm anjing menyalak bukit tapi jubur penuh taik. Tak der hal la nak refund duit hangpa...

Brother John
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Hantu Kaya 1Billion 17/5/2022, 15:22

Adoi, jangan la percaya dengan perkara2 begini, takut jatuh syirik duk harapkan kehidupan dengan duit.

Hantu Kaya 1Billion
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Dana penipu pusing2

Post by Takde nama 15/5/2022, 10:22

Mmg penipu pun. Pusing2.. ada je alasan. Sistem la itu la ini lah

Takde nama
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Bonuih Raya

Post by aku pon kena tipu 13/5/2022, 11:13

Depa buat memusing dah... angpa pening x??? saja tanya Very Happy

aku pon kena tipu
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Bonuih Raya

Post by Cik Tipah 10/5/2022, 08:53

Eh ehhh.. dapat dah ka bonuih raya???? ka kena kencing lagi ??

Cik Tipah
Guest


Back to top Go down

dana Pokemon Paiman saiko - Page 39 Empty Re: dana Pokemon Paiman saiko

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 39 of 40 Previous  1 ... 21 ... 38, 39, 40  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You can reply to topics in this forum