Dana Putar Alam
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

DANA BPIP

+18
shah9
inaumesejupit
Princess Enya
mohdruhaizatrahim
Smoker
SepupuLeader
Suhailah
popi
The mask of zorro
golddust
metabox99
mamakbenar
Rosli bin hassan
Ahli Fikiran
topkapi palace
Amat93
Yerlertu
trillionaire_zuhud
22 posters

Page 28 of 28 Previous  1 ... 15 ... 26, 27, 28

Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by Lanun 18/1/2020, 15:54

*I bukan tidak mahu response pertanyaan u Berkaitan apa yang sedang berlaku didalam urusan Lukman*

*Ramai yang bertanya,ramai yang ingin tahu, tidak habis dengan collection,sampai bila akan berakhir?*

*Lukman sekarang berurusan dengan pihak dalaman Berkaitan immunity letters, payahnya nak dapatkan Surat ini untuk setiap leader bagi setiap shared holders , pada asas urusan urusan ini, Lukman telah boleh melakukan pengeluaran dan agihan, tetapi hanya melibatkan urusan transaksi perbankan luar Malaysia , maksudnya kita ada Wang Tetapi hanya boleh bebas guna belanja luar drp Malaysia, kita boleh swep debit cards untuk pembelian tetapi tiada pengeluaran tunai, untuk apa jika situasi ini yang berlaku?*

*Oleh itu, Lukman berusaha untuk mendapakan immunity letters yang telah diusahakan sejak kelulusan pengkreditan transaksi dibenakan, inilah perkara yang Lukman sedang usahakan.*

*Kemudian, Lukman berhadapan dengan senarai shared holders yang berbeza jumlah drp jumlah asal, ikut senarai asal share holders terdapat 1000 orang dibawah p.o atau leader tetapi senarai terkini ada yang tinggal 100 orang ada juga declared ramai share holders, Tetapi bayaran for transaction approval amat sedikit, perkara inilah yang mendatangkan Masalah kepada Lukman*,

*U tahu Tak?*

*P.O or leaders Yang tidak declared shared holders dengan betul mereka akan bermasalah dengan share holders mereka ketika judgement days..*.ayat minta top up ase..🤣🤣🤣🤣🤣

Lanun
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Kepada bodo sekalian

Post by Dato abu 18/1/2020, 00:18

Sudah2 la menipu orang ... dana ni ni x wujud lansung.. menipu orang

Dato abu
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by Hantukelinh 17/1/2020, 19:30

Bunga2 topup dah kuar. Bijak guna alasan "ini kali pertama" Alasan apa lagi nak menyakinkan sh2 nerd.
Benda tak ada nya, nak bagi apa.
Nak bagi buncit perut owner dan agen2 yg tukang kutip lagi ke. Cukuplah.

Hantukelinh
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by Yerlertu 17/1/2020, 19:11

Dah bosan sgt dgn ayat semakin hampir..dari tahun ke tahun..yer..aku terjebak pada awalnya tapi tak banyak..aku tak mampu nak sumbang banyak pun..tapi aku stop sendiri sebab bosan dgn ayat semakin hampir yg tak hampir kesudahannya..apa yg aku tahu, semakin kurang dan berkurang mereka yg dipanggil 'kaldai' menopup..so kepada pihak yang menasihati, korang jgn risau..nasihat korang tu ada juga tersemat dalam kepala otak mereka..cuma satu jer aku mintak..cukup2lah caci memcaci

Yerlertu
Orang Kaya
Orang Kaya

Posts : 269
Join date : 28/12/2018

Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by trillionaire_zuhud 17/1/2020, 18:29

w'salam
hc (hibah cendol) dapat cendol free semangkuk pun jadi la
tapi korang kan penyamun moga terus dan dilaknati selalu
trillionaire_zuhud
trillionaire_zuhud
Infomer King
Infomer King

Posts : 963
Join date : 24/12/2019

Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by Hahaha 17/1/2020, 18:25

Memang still ada top up lagi... lepas memo dibawah dikeluarkan.. ada plak lagi top up..

Hahaha
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by はしたな 17/1/2020, 17:29

Assalamualaikum, saya khuatir makluman dibawah adalah untuk memperdayakan orang ramai dan permintaan topap akan menyusul kerana telah terdapat makluman2 yang sama sejak beberapa tahun sebelum ini tetapi sehingga hari ini belum ada seorang SH pun yang telah menerima HC.

はしたな
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by PO Bpip 17/1/2020, 17:22

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*Utk semua sh Bpip........*🌾💐

*_Semoga Allah memberi kita kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan serta diberikan kita kebahagian hidup didunia dan kebahagian hidup diakhirat...._*
*آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن*

💫 *Semua Sh diminta bertenang,bersabar dan berdoa semoga urusan process Pengeluaran HC berjln dg baik,dimudahkan dan selamat.*
*(satu process tersangat rumit, buat pertama kali dlm institusi kewangan negara bakal dilepaskan nilai besar berbentuk Tunai)*

💫 *HC yg 'Dianggarkan' berlaku tersangat hampir bakal diterima dahulu Po2,Leaders diikuti Sh mengikut barisan awal,tengah dan akhir.*

*#MalaysiaMakmur*🇲🇾

*Manjakan diri anda dengan Senyuman*😊



Salam Hormat
PO YA
17-01-2020
🔅🌻

PO Bpip
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by Hahaha 16/1/2020, 12:52

Dah ada yg dapat duit ke tu...? Ke hanya dapat info je... lepas tu fikir positive...😂😂😂

Hahaha
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by trillionaire_zuhud 16/1/2020, 02:13

Skim Cepat Kaya ini Menggunakan Tun M, Bank Negara & Nama Kementerian Kewangan untuk Menipu Rakyat Malaysia

Diterbitkan pada 1 tahun lalu pada 17 Ogos, 2018 oleh WORLD OF BUZZ

Seorang pembaca baru-baru ini telah menghubungi WORLD OF BUZZ meminta kami untuk mendedahkan sekumpulan orang yang menipu beratus-ratus atau beribu-ribu mangsa. Untuk keselamatannya sendiri, beliau telah meminta identiti beliau dirahsiakan.

Beliau memberitahu kami bahawa modus operandi sindiket ini sangat serupa dengan yang digunakan dalam Dana Haji Jasman, satu sindiket yang telah disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2012 kerana penipuan.

Inilah screenshot dari Dana Haji Jasman yang disenarai hitam di laman web BNM.

Untuk dipendekkan cerita, sindiket ini mendakwa bahawa terdapat kekayaan besar yang dimiliki oleh Raja-raja Melayu yang disimpan di England dan mendakwa kerajaan British telah berjanji untuk mengembalikan dana bernilai RM2,400 trilion selepas 100 tahun disimpan di sana. Bunyi seperti kisah dongeng kepada kami!

Sindiket tersebut kemudiannya menawarkan pakej tidak masuk akal dengan mengumpan mangsa untuk melabur wang dalam membawa pulang dana itu. Contohnya, ahli yang melabur RM100 akan mendapat RM1.5 juta sebagai imbuhan. Pulangan imbuhan akan bertambah selari dengan jumlah yang dilaburkan.

Memang sukar untuk dipercayai, tetapi dianggarkan lebih 160,000 pelabur telah mengambil bahagian dalam penipuan ini pada bulan Mac 2015 tetapi mereka tidak pernah dibayar satu sen pun. Dana Haji Jasman telah disenaraihitamkan, tetapi legasinya terus hidup dengan melahirkan sindiket-sindiket baru yang menggunakan taktik yang sama.

Salah satunya ialah Barclays Private Investment Project (BPIP).

Pada dasarnya, ahli-ahli BPIP dikehendaki melabur serendah RM100 dan dalam tempoh masa yang singkat (biasanya dalam masa satu atau dua minggu), mereka diberi jaminan dengan imbuhan sekitar dari RM75,000 hingga RM5 juta, bergantung kepada jumlah dan saluran dana yang dilaburkan.

Berikut adalah pakej yang ditawarkan dalam kumpulan Whatsapp BPIP, yang menjamin wang tunai RM10 juta dengan pelaburan hanya RM200.

Bila sudah tiba masanya untuk membayar balik imbuhan para pelabur, para “Leaders” akan memberi pelbagai alasan untuk menjelaskan mengapa pembayaran harus ditangguhkan.

Bahkan, nama-nama seperti bekas PM dan Tun Mahathir telah diperguna untuk meyakinkan mangsa-mangsa dan ini akan mencegah mereka daripada meninggalkan kumpulan pelabur.

Pentadbir kumpulan BPIP juga menghantar gambar surat palsu yang mengandungi nama Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia untuk meyakinkan 'pelabur' bahawa rundingan antara kerajaan dan 'pengurusan' sedang berlangsung.

Butir-butir seperti surat sokongan palsu seperti gambar yang telah di”photoshopped” dan nombor siri projek palsu telah dihantar kepada “group” yang berkenaan.

Kami telah menghubungi MOF dan telah diberitahu bahawa tiada “Bahagian Penguatkuasa Kewangan” di dalam kementerian, manakala Bank Negara Malaysia secara khusus, memberitahu kami bahawa mereka tidak terlibat.

Berikut adalah jawapan dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Emel anda yang bertarikh 26hb Julai 2018 telah dirujuk, dan kami ingin memaklumkan bahawa BNM tidak terlibat dalam pengaturan tersebut.

Sila ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada ditipu. Berdasarkan pengalaman kami, sindiket akan berjanji kepada mangsa dengan pulangan yang “too good to be true” seperti jumlah wang yang besar yang memerlukan mangsa untuk membayar sejumlah wang “permulaan” untuk memudahkan pemindahan wang asing. Oleh itu, jangan terlibat langsung dalam apa-apa transaksi seperti ini dan jangan sesekali memberi apa-apa nilai jumlah wang yang diminta.

Kami dimaklumkan bahawa mangsa-mangsa terdiri daripada pesara askar, anggota polis, pemandu teksi, dan juga profesional yang berpendidikan tinggi. Mereka menjangkakan untuk menjadi jutawan pada bulan Mei tetapi sehingga kini (Ogos), tiada seorang pun daripada mereka yang menerima apa-apa pulangan wang.

Sementara itu, ketua kumpulan yang ingin dirinya dikenali sebagai Dato Lokman, muncul dengan promosi-promosi yang melibatkan hadiah menarik seperti Toyota Vellfire, Lamborghini Urus (bernilai RM1 juta), voucher Habib bernilai RM100,000 dan 1kg bar emas untuk mengumpan mangsa dengan melabur lebih banyak. Jumlah yang diperlukan biasanya sekitar RM50 hingga RM100 sahaja, supaya mangsa tidak akan teragak-agak untuk memberikan wang tersebut.

Selain BPIP, sumber kami mendedahkan bahawa terdapat kumpulan-kumpulan dana yang lain, beroperasi dengan menggunakan modus operandi yang sama, tetapi di bawah nama yang berbeza. Mereka adalah:

 Roll Over Program (ROP)
 Self Made Millionaire Group (SMMG)
 Gerakan Dana Keusahawanan 2020 (GDU 2020)
 Dana WIH (Dawih)

Kami masih berusaha untuk mengesahkan kumpulan yang disebutkan di atas dengan pihak berkuasa.

Sekiranya pihak berkuasa tidak membanteras penipuan-penipuan ini, lebih ramai orang akan menjadi mangsa. Walaubagaimanapun, mudah-mudahan artikel ini dapat menyedarkan serta membimbing beribu-ribu pelabur naif yang masih bermimpi untuk menjadi jutawan segera.

https://www.worldofbuzz.com/this-scam-is-misusing-tun-m-bank-negara-finance-ministry-name-cheat-msians/
trillionaire_zuhud
trillionaire_zuhud
Infomer King
Infomer King

Posts : 963
Join date : 24/12/2019

Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by trillionaire_zuhud 16/1/2020, 02:05

Penguatkuasaan ‘lemah’ Punca Skim Cepat Kaya Terus Berleluasa
21 December 2017

KUALA LUMPUR – Ramai yang terlopong kehairanan tidak kurang juga bimbang dengan jenayah skim ‘cepat kaya’ atau penipuan pelaburan wang yang telah mencecah kerugian hampir RM5.8 bilion dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh kelmarin mendedahkan hampir sejuta rakyat negara ini yang menjadi mangsa kepada berpuluh-puluh syarikat pelaburan yang kini sudah didakwa pihak berkuasa.

Malah ada yang sudah dijatuhkan hukuman dan juga yang kini di bawah pengawasan.

Peliknya, skim cepat kaya ini bukan baharu di negara ini, sebaliknya sudah lama menghantui kita iaitu lebih 30 tahun lepas.

Ketika itu antara nama popular adalah seperti skim Pak Man Telo, Labu Peram, Tingcon Credit Development, Permata Bakti dan banyak lagi sejak tahun 80-an lagi.

Skim cepat kaya yang biasanya beroperasi secara haram menerima wang deposit daripada orang ramai (pelabur) dengan menjanjikan pulangan yang besar dalam tempoh singkat.

Persoalannya, mengapa sehingga kini kita bukan sahaja tidak dapat menangani isu ini, malah jumlah kerugian semakin meningkat dengan drastik sehingga mencecah sehingga berbilion ringgit?

Adakah masyarakat sahaja akan dipersalahkan kerana mempunyai sikap tamak dan mahu menjana pendapatan atas angin dengan cara paling mudah dan cepat menjadi punca mengapa skim cepat kaya ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan?

Menurut Presiden Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak, penguatkuasaan yang ‘lemah’ terhadap undang-undang sedia ada sebenarnya punca utama mengapa dalang-dalang dalam syarikat pelaburan ini naik ‘tocang’ dan berterusan bermaharajalela.

Jelasnya, undang-undang sedia ada perlu diperketatkan dengan hukuman jauh lebih berat dan penguatkuasaan yang berterusan serta serius antara jalan untuk menghentikan jenayah ini daripada terus meningkat.

“Sebenarnya, undang-undang kita tiada masalah sekiranya penguatkuasaan dari semua agensi kerajaan dilakukan secara serius dan betul.

“Hakikatnya sehingga kini, rata-rata agensi kerajaan tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain dan hanya menuding jari kepada satu pihak sahaja. Bagaimana caranya untuk melaksanakan undang-undang ketat sekiranya tiada pelaksanaan dari pihak berwajib dengan betul?

“Apabila polis menerima laporan dan mencari bukti kukuh untuk mendakwa, pihak pendakwa tidak pula mendakwa. Kadangkala laporan dibuat namun tindakan pula lambat di ambil. Kita banyak pakar undang-undang namun ada juga agensi kerajaan yang ‘lepas tangan’. Sepatutnya kita berpadu tenaga dan sama-sama bekerjasama antara satu sama lain daripada menuding jari.

“Tidak cukup dengan itu, hukuman lebih berat dan menggerunkan perlu diperkenalkan kepada penyangak-penyagak ini. Pada mereka, membayar denda walaupun berpuluh ribu dan terlepas daripada jenayah itu adalah perkara biasa serta tidak menghairankan,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika di hubungi hari ini.

Halim yang juga merupakan bekas Veteran Komando 69 berkata, kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang bagi membuka syarikat jualan langsung selain menghadkan penubuhannya kerana rata-rata jenayah skim cepat kaya dilakukan melalui syarikat seperti itu.

Kata beliau, pihak berwajib juga boleh membuka sebuah laman sesawang baharu yang membolehkan mangsa membuat laporan dengan segera selain membuat aduan terhadap mana-mana syarikat pelaburan yang disyaki melakukan pelaburan haram.

“Masih ramai lagi yang berani menjalankan aktiviti skim cepat kaya walaupun pernah didakwa kerana merasakan diri mereka sebenarnya sangat ‘kebal’ walhal kerajaan pada hakikatnya bertungkus lumus membanteras skim ini sejak dulu lagi.

“Tindakan segera selepas aduan itu dibuat juga perlu dilakukan tanpa mengira ‘bulu’. Bayar denda ini mereka tidak hairan sangat, mungkin lepas ini mana-mana yang terlibat boleh didakwa melalui Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA). AMLA mempunyai kuasa membekukan akaun mereka sekiranya terlibat dengan perkara seumpama ini,” tegasnya.

Tambah beliau, agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam perundangan dan mampu membanteras berhabis-habisan skim cepat kaya ini adalah seperti Bank Negara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kejaraan Tempatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

“Seandainya semua berpadu tenaga dan mengabil tindakan tegas serta ketat, maka kita akan dapat melihat pengurangan drastik dalam jenayah pelaburan wang skim cepat kaya.

“Dalam masa sama, orang ramai perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, jangan cuba ‘buat’ duit dengan cara yang singkat yang mudah. Jangan jadi terlampau tamak sehingga merugikan diri anda dan mendatangkan musibah kepada negara pada kemudian hari.

“Kenapa masih lagi wujud judi haram, nombor ekor? Kerana itu, syarikat jualan langsung atau memperkenalkan produk baru untuk mendapatkan wang lebih, contohnya, labur RM1,000 anda layak mendapat RM5,000 dalam tempoh sebulan. Semua ini menyebabkan mereka menjadi tamak dan sukar di kawal,” katanya.
trillionaire_zuhud
trillionaire_zuhud
Infomer King
Infomer King

Posts : 963
Join date : 24/12/2019

Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Salam

Post by Suhailah 16/1/2020, 02:05

Mungkin hujah saye tidak sesedap didengar berbanding wang RM 30 Trillion?

Suhailah
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Salam

Post by Suhailah 16/1/2020, 01:54

Terima kasih pada mana2 yang membaca dan memahami luahan hati sy ni. Saya tahu sejauh mane pun usaha saya membawa logik itu ini, tidak mampu membuka hati orang tua sy yg dibutakan oleh ilusi wang ringgit melainkan kuasa Allah.
Saya tahu sekuat mana pun dalil agama yg saya bawa, tidak akan mengubah hati orang tua saya yg dah buta.
Fitnah akhir zaman, berat sekali.
Sejauh mana pun kita beribadah, selengkap mana pun ilmu agama, tapi kalau akal kita tidak digunakan dengan betul, kita selalu berfantasi itu ini yang tidak realistik, kita sebenarnya jahil.
Cuma saya nak tahu, adakah sebarang tindakan di ambil oleh mana2 pihak untuk mendakwa scammer ni?


Suhailah
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by trillionaire_zuhud 15/1/2020, 23:51

Suhaila wrote:Apa lagi yang saya nak cakap kat parents saya yg join bende ni. Bertahun saya nasihat diorang yang bende ni scam. Dah berbuih mulut. Penat. Habis duit yg sepatutnya untuk family, tiap2 bulan topup kat scammer ni. Banyak yg tergadai
Dah buta kah hati diorang ni?
Sedih, murung saya. Allahu. Rasa macam nak pulau ja parents saya ni. Bila ditegur, apa yg diorang cakap, "kelau betul diorang ni scammer, kenapa tak ada yang di tangkap, diorang dah berjuang untuk benda ni 12 tahun!"
Aduh, nak je saya cakap, kalau nak buat report, perlu orang yg turut join yg buat report, dan kalau ikut undang2, sesiapa yang terlibat even yg memeberi wang kepada scammer pun dikira terlibat bersubahat.
Siapa yg nak buat report kalau macam tu!!
Wahai scammer sekalian, kenyang bagi makan kat family.
trillionaire_zuhud wrote:Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 di Johor Bahru telah membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Hukum terhadap Skim Cepat Kaya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.

http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/skim-cepat-kaya
cuba forward yang di atas ni kepada parents puan
moga dipermudahkan urusan puan
trillionaire_zuhud
trillionaire_zuhud
Infomer King
Infomer King

Posts : 963
Join date : 24/12/2019

Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by Hahahahanatt 15/1/2020, 23:33

Pakar santau ni agen topup ke? Berapa persen dapat. Hahaha
Stop topup end game. Abis crita.

Hahahahanatt
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty DANA BPIP

Post by pakar santau 15/1/2020, 23:17

santau je sepupu leader tuuu...

pakar santau
Guest


Back to top Go down

DANA BPIP  - Page 28 Empty Re: DANA BPIP

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 28 of 28 Previous  1 ... 15 ... 26, 27, 28

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You can reply to topics in this forum